Berkorban Kasih

Assalamualaikum semua. Mungkin cerita saya kurang menarik dan penulisan saya agak tidak teratur. Maaf ye semua. Saya ingin meluahkan rasa.

Saya Mia (bukan nama sebenar). Saya baru berkahwin selama 1 tahun 7 bulan dan saya menumpang dirumah mertua. Kami tinggal berlima. Adik ipar, ibu mertua, nenek suami, suami dan saya.

Saya dan mertua okay saja. Cuma saya kurang senang bila dia suka sangat komplain pasal masakan saya. Itu dan ini.

Bila tanya beliau cara masak dia akan cakap semua dihujung jari. Cari sahaja. Bila ditanya cakap macam tu.

Kadang saya bukan tak tau masak. Tapi saya sekadar mahu dia ajar saya cara dia masak. Kalau masakan saya tu salah atau tak sedap pada tekak dia.

For sure, suami okay je makan masakan saya. Bila saya tanya suami. Sedap. Atau tidak masakan saya? Dia cakap sedap je dan selalu je suami saya makan bertambah. Kena pula suami saya suka makan.

Saya juga mempunyai penyakit tiroid. Dan ibu mertua seperti mengagap saya ni tidak menjaga makan semua. Dan meyuruh saya makan supliment itu dan ini. Sedangkan saya masih dalam rawatan doktor.

Saya hanya mengikut saranan doktor kerana saya mahu kembali normal.

Malahan pula saya belum dikurniakan zuriat kerana doktor tak beri mengandung sekiranya saya masih belum lepas rawatan tiroid tersebut.

Mana ada pasangan yang barkahwin tidak mahukan zuriat?

Saya juga sedang membuat rumah dikawasan rumah bapa saya. Dan suami yang membayar kos buat rumah tersebut.

Saya fikir bila rumah itu siap. Kami boleh la tinggal berdua. Dan rasa berdikari bila berdua. Tapi suami berkeras juga mahu membawa ibu dia tinggal bersama kami.

Saya rasa kecewa disitu. Saya bukan tak suka ada ibu mertua bersama. Tapi saya tak suka cara ibu dia komplain banyak pasal saya. Padahal saya pon berkerja untuk sama2 menolong suami. Lagi pon kami sekampung.

Hari2 pon boleh jenguk mak dia dan boleh je sediakan semua kelengkapan. Selama duduk dengan mertua pon. Suami yang tanggung semua hal dalam keluarga dia. Barangan dapur dan segala bil semua dia bayar.

Rumah pula buat hasil suami buat loan dekat bank separuh. Bapa saya pinjamkan separuh.

Ibu bapa saya memang tak pernah campur urusan kami. Kemana kami pergi buat apa semua. Tetapi tidak untuk mak dia. Kalau boleh semua nak tau.

Adik ipar saya pula tidak berkerja dan saya tak tahu la dia tunggu untuk menjadi apa. Padahal umur da 23 tahun dan seorang lelaki yang sihat.

Ibu mertua pula bila suami berkeras untuk menegur adik ipar. Ibu mertua kata nak tegur orang kena ada cara. Yess memang kena ada cara.

Tapi bila berlembut. Sampai sekarang pon dia tak berkerja malah main game dan tidur sahaja yang dia tau. Malam pula keluar melepak. Makan minum dia semua suami tanggung.

Itu okay la saya malas nak ambik pusing pasal adik dia asalkan dia tak mengangu saya. Cuma saya ada cakap dengan suami. Saya sebolehnya tak nak suami ajak adik ipar duduk sama dengan kami.

Kerana saya juga mahukan kebebasan seperti mana suami rasakan. Bebas tanpa bukan mahram ada dirumah. Saya pastinya kena menutup aurat jika duduk sekali dengan adik ipar. Perlu sentiasa memakai tudung dan berpakaian sopan.

Apa gunanya kalau kami buat rumah tetapi saya kena mengalah dengan keluarga dia dalam segala hal. Dimanakah hak saya?

Pernah sekali suami bawa saya bercuti ke langkawi. Tiba2 ibu mertua marah2 dalam group family. Dan dalam group tu pon ada saya. Dia marah kerana suami tak tutup lampu dan tak buang sampah.

Saya rasa macam ditampar. Sedangakn adik ipar dirumah tidak pula nak disuruh apa2. Bagi makan kucing pun nak suruh suami yang buat. Boleh sahaja kalau dia nak whatsapp suami personal.

Kerana sebelum ni kalau dia nak pesan apa2 dekat suami. Dia whatsapp personal. Ibu mertua bercakap bergini, “oh kalau mama yang suruh tak nak dengar. Kalau orang lain boleh dengar”.

Saya tak tau la saya yang kuat terasa ke apa. Saya jadi tak seronok bila baca whatsup marah2 tersebut. Saya rasa seakan ibu mertua cemburu dengan layanan baik suami terhadap saya.

Sebelum ni saya pernah keguguran dan banyak lagi hal kesihatan. Suami yang sentiasa ada disisi dan melayani setiap apa yang saya inginkan.

Walaupun perkara itu saya boleh buat sendiri. Saya boleh drive dan kemana2 sendiri. Memandangkan kereta yang ada pon kereta milik saya. Dan suami hanya ada motor.

Kekadang saya rasa worst dalam perkahwinan saya ni. Kerana banyak makan hati dengan ibu mertua yang bagi saya suka campur urusan kami berdua.

Banyak lagi hal yang saya tak mampu nak cerita dalam ni. Saya cuma mahu kan pendapat semua. Saya bukan nak cari salah orang. Tapi saya sebolehnya nak perbetulkan semua masalah. Dan okay sahaja dengan semua orang.

Apa pendapat semua? Apa perlu saya buat untuk tidak terus makan hati? Adakah saya yang tidak matang atau yang bersalah dalam hal ini?

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *