Hi, Assalamualaikum. Aku Bunga. Tujuan aku menulis di sini sekadar luahan yang tak dapat dilepaskan dekat orang, dan aku hanya memendam sahaja. Pendam ada tahapnya juga.
Ini kisah aku dengan bekas tunang aku. Aku namakan dia A, cukup A sahaja. Hubungan yang kekal lama sehingga ke alam rumah tangga adalah satu impian yang terbesar. Tapi yelah, takdir dah tak ada jodoh, Allah tulis sampai di situ sahaja.
Kami bertunang pada Julai tahun lepas dan kami putus tunang atas pilihan masing-masing pada Mei tahun ini, baru sahaja. Hubungan ini kekal selama 11 bulan sahaja.
Soal pertahankan? Aku sudah cuba pertahankan dengan lebih baik. Yelah, tipulah kan kalau bertunang tu tak ada ujian, tapi ujian yang kami lalui amat perit untuk kami berdua.
Ujian ini soal kepercayaan, overthinking, kami masing-masing ada ego. Tetapi setiap kali ada pergaduhan, aku je yang beria pujuk. Dia? Perkataan maaf tak pernah aku dengar dia sebut, padahal salah itu datang daripada dia.
Yes, kena faham each other, tapi dia tak pernah faham aku. Dia tak pernah tahu aku okay ke tak. Soal give up? Yes, aku give up dengan hubungan ini. Adakah aku ni tak layak bahagia? Dan adakah dia terima aku sebab family?
Soalan-soalan tu selalu bermain di fikiran dan selalu aku salahkan diri aku sendiri. Adakah aku tak sesempurna, secantik macam orang lain??
Setiap kali kami keluar, dia tak pernah fokuskan dekat aku, asyik telefon je. Aku keluar dengan dia sebab nak spend time dengan dia sebab masing-masing penat bekerja.
Kami putus tunang juga disebabkan goyangnya kepercayaan. Dia, dia tuduh aku curang dengan rakan tempat kerja, padahal aku tak pandang sesiapa pun. Aku pergi kerja, balik kerja, dan dia lebih memilih untuk mempercayai orang luar berbanding orang yang dia kenal bertahun.
Aku penat. Penat pertahankan hubungan ini sorang diri dan penat sangat. Macam-macam cara aku buat untuk memperbaiki hubungan ini walaupun dah retak seretaknya.
Tak guna kalau aku je yang over nak pertahankan bagai kalau orang tak hargai pun pengorbanan untuk fix kan hubungan itu.
3 malam aku solat istikharah. Mula-mula aku ragu dengan istikharah, but I tried my best for the relationship. Dan Alhamdulillah, jawapan itu berpihak pada aku. Dan tanggal 2 Mei 2025, kami telah putus dan membuat haluan masing-masing.
Kalau orang tanya aku, satu je aku nak jawab: baik buat haluan sendiri kalau pertahankan pun tak pernah orang hargai dan nampak.
Kini aku kembali solo. Soal jodoh aku tak nak fikirkan lagi. Aku tutup pintu hati aku untuk seketika, bagi aku rawat dan sembuhkan luka yang tersisa di sini. Soal jodoh aku serahkan kepada Yang Maha Esa, kerana pilihan-Nya adalah yang terbaik.
Doakan aku terus kuat, teman-teman. Kerana aku nampak je kuat luaran tetapi dalaman hanya Allah yang tahu tersirat itu. Doakan aku ditemukan dengan lelaki yang baik-baik.
Kini aku ingin membawa diri aku ke luar negeri dan Alhamdulillah, aku ditawarkan bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, Allah tarik yang itu dan Allah menggantikan rezeki yang baharu. Terima kasih ya Allah.
Doakan aku dapat melupakan dia dan teruskan hidup seperti biasa. Aku mahu cari diri aku yang dahulu. Doakan aku kuat!
Terima kasih kerana baca kisah aku. Semoga kisah ini memberi teladan buat anak muda zaman sekarang.
**Berkorban Sampai Hujung Noktah**
*Cerita dari Bunga, bukan nama sebenar.*
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit