Assalamualaikum semua. Nama aku Gerhana. Terima kasih sebab sudi membaca cerita aku yang tak seberapa ni. Ketika aku dok taip cerita ni, aku masih lagi dekat tempat kerja. Selamat berpuasa buat semua.
Seperti tajuk di atas “Berlapang dengan Takdir”. Berlapang dengan Mertua yang cemburu dekat menantu.
Aku ada seorang mertua yang telah kematian suami beberapa tahun yang lalu. Pada awal pekahwinan, mertua aku ni sudah ada tunjuk tanda-tanda nak kami tinggal bersama dengan dia.
Usia perkahwinan aku telah menjangkau lima tahun pada tahun ni. Tapi Ibu saudara suami aku telah pesan awal-awal lagi supaya aku duduk asing apabila sudah berkahwin nanti.
Untuk pengetahuan semua, laki aku dulu seorang duda. Awal perkahwinan suami aku dengan Ex, dia jugak duduk serumah dengan mertua. Punca peceraian mereka aku sendiri pun tidak tahu.
Dari apa yang suami aku cerita, Ex dia selalu nak balik rumah parent dia dan tak mahu tinggal sekali dengan dia.
Tapi MIL aku bising kata EX besan dia kata kat dia macam-macam. Tapi MIL aku pun tak kurang hebatnya buat dekat orang, dia cakap orang buat dia, dia buat kat orang memang tak rasa ka?
Benda pertama yang aku buat selepas kahwin adalah mecari rumah sewa. Aku memang tak mahu duduk sekali dengan MIL.
Masa mula-mula nak pindah, MIL aku macam tak berapa setuju nak duduk asing, MIL aku tanya rumah yang dia duduk ni siapa nak duduk nanti.
Padahal dia kalau boleh nak kami duduk sekali. Tapi aku berkeras jugak untuk duduk asing sebab aku nak kena ulang kerja jauh.
Mujur aku kena berulang kerja jauh, kalau tempat kerja dekat, memang cerai awal la aku dengan suami aku sebab masuk campur tangan mertua.
Maka berpindahlah kami ke rumah sewa dan jalani hidup dengan aman dan bahagianya.
Keadaan makin rumit bila usia perkahwinan kami berginjak ke angka lima ini. MIL aku dia ada astma. Tapi jarang la astma dia datang menyerang. Setahun dalam dua kali macam tu.
Yang aku perasan, semenjak dua menjak ni dia tak boleh aku spend masa dengan suami aku kalau weekend. Setiap kali weekend ada sahaja agenda dia.
MIL aku ni kalau boleh setiap minggu nak beli ikan. Dia cakap, ikan kena beli setiap minggu baru lalu nak makan, padahal sudah 4 tahun dia beli ikan 2 minggu sekali. Setiap minggu dia nak anak dia bawak dia keluar pergi pekan.
By the way, aku dengan suami aku memang akan balik setiap minggu dan rumah parent kami duduk dekat. Semalam di rumah MIL dan lagi semalam di rumah mak aku.
Kadang aku rasa MIL aku ni jeleous dengan aku, sebabnya kalau aku ajak laki aku pergi keluar, MIL aku mesti cakap kesian tengok laki aku nampak penat dan letih sahaja.
Yang aku pelik kalau suami aku buat kerja dekat rumah dia, boleh dia suruh buat macam-macam seperti tebang pokok, mesin rumput.
Bab mesin rumput, kalau boleh dia nak suami aku mesin rumput setiap minggu dekat rumah dia punya tak nak aku spend weekend dengan suami aku.
Ni belum termasuk kalau dia ajak kami berjalan, by the way aku memang tak akan pernah bawak mertua aku pergi bercuti.
Masa awal perkahwinan aku macam terkejut jugak, tiba-tiba dia kata nak ikut aku pergi bulan madu dengan husband aku dekat Langkawi, aku waktu dengar tu speechless jugak la.
Aku cakap la, kami nak pergi bulan madu bukan nak buat Family Day. Tu pun masa dekat Langkawi dia ada call kata rugi tak ikut kami.
Aku kalau seboleh memang tak mahu bawak dia pun. Ada tempat yang boleh bawak MIL aku, ada tempat aku nak privacy. So, bila akau nak bercuti mana-mana memang aku dengan husband tak akan cerita.
Kami pergi bercuti senyap-senyap dan bila balik baru bagi tahu. Masa tu dia buat la ayat anak menakan dia marah pergi mana-mana tak bawak dia berjalan.
Lepas tu orang itu, orang ni marah tak bawak mak pergi berjalan sekali. Kadang aku rasa nak tanya orang tu, kenapa nak marah kami tak bawak dia berjalan.
Cuba la bawak MIL aku pergi berjalan sekali. Akan rasa kami yang tumpang MIL berjalan. MIL aku yang akan atur nak singgah mana, nak pergi rumah siapa.
Lagi pun MIL aku bukan larat sangat nak berjalan, dia sakit lutut. Akan berhenti kat mana-mana. Kejam sangat ka aku dengan MIL?
Kadang aku cuba nak bawak dia berjalan dengan senang hati, tapi dia mengarah nak melawat orang ni, nak melawat orang tu, nak kena singgah sini. Kalau tempat yang aku nak pergi dia kata tak berkenan nak pergi.
Lagi satu mertua aku ni dia suka sangat nak makan dekat rumah orang, tapi aku dibesarkan dengan culture tak boleh nak makan dekat rumah orang, tak suka menyusahkan orang nak masak untuk kita.
Daripada kecil parent aku ajar, kalau nak singgah rumah sapa-sapa, parent aku akan bawak makan dekat luar dulu sebelum singgah rumah saudara. Tapi MIL aku ni straight akan cakap nak pergi makan sana.
Bak kata pepatah, aku cuba nak memahami MIL aku, tapi kalau aku bagi muka, MIL aku lagi suka nak ajak sana sini tak tak rasa anak dia letih, dan kalau aku ajak, tiba-tiba kata kesian dekat laki aku Nampak letih nak kena ajak sana sini.
Kadang pernah jugak laki aku marah akan permintaan dia, MIL aku jenis buat tak kisah janji apa yang dia nak dia dapat.
Lagi satu, MIL aku ni bukan jenis terasa kalau orang buat muka, boleh dikatakan MIL aku ni hati kering la. Asalkan dia puas hati dia dapat benda yang dia nak.
Yang buat aku paling terkilan, masa MIL aku penat sebelum ni, Mak saudara suami akau kata tak boleh tinggalkan MIL aku sorang dekat rumah dah, kena duduk sekali.
Memang tak la aku nak duduk sekali, bergaduh jugak la kami suami isteri sampai aku rasa nak bercerai sahaja.
Aku terus terang dekat suami aku, aku tak suka kalau aku nak berjalan MIL aku nak ikut sekali. Aku tak suka bila aku nak buat apa-apa MIL aku suka halang dan bergaduh lama jugak la kami.
Yang ajaibnya, bila kami balik teratak cinta kami, semua perasaan gaduh-gaduh tu dah hilang.
Dah la nak ajak aku duduk rumah MIL, lepas tu nak suruh aku berhenti kerja pulak.aku ni bukan kejam, aku boleh jaga MIL aku, tapi kena tunggu dia bed ridden dulu la. Waktu tu dia memang tak akan membebel dah dan tak akan ajak pergi pecan setiap minggu.
Selepas pada tu, yang MIL aku buat perangai, setiap minggu nak beli ikan, kalau dah tahu anak ada tanggungjawab lin,sekali beli ikan tu apa salahnya ambil banyak. Ni ambil ikan 3, 4 ekor. Lepas tu setiap minggu nak kena beli ka? Nak buat anak lelaki tu serba salah ka.
Aku kalau bleh tak nak halang suami aku jalankan tanggungjwab dia. Tapi MIL aku ni semacam cemburu kalau suami aku tanya pendapat aku, tanya persetujuan aku kalau nak pergi mana-mana.
Tapi sekarang MIL aku dia semacam akan call suami aku bila di tempat kerja. dan dia akan beritahu plan dia. Aku kalau ada plan nak berjalan, memang aku akan booking laki awal, kalau lambat-lambat memang MIL aku ajak pergi market.
Yang buat aku geram sangat, ad aka patut seorang atok cakap bawak cucu ni menyusahkan depan aku.
Ada la haritu, MIL aku ajak suami aku keluar. Dia pesan jangan bawak anak aku, susah. Lepas tu dah tak bawak anak, tak bawak la aku selaki. dan laki aku sama benggap, tak mau bawak aku sekali.
Dah nak raya ni, dia booking siap dah suruh bawak pergi sana sini. Dia lupa ka menantu dia still ada parent lagi. Dia nak raya tu the whole week tu dengan dia sahaja.
Aku sekarang kalau boleh tak nak pergi bercuti memana. Panjang akal MIL aku teringin nak berjalan dengan sakit lutut.
Sekarang ni aku cuba bersabar agar tidak mengeluarkan perkataan yang tidak elok kepada Mil aku. lagipun tahun ni MIL aku dah 70++,
Sebab MIL aku umur yang macam ni, kalau boleh tak nak bergaduh dengan MIL aku. Tapi bila aku diam, lagi sakan sia atur strategic nak pergi sana sini. Kalau pergi mana-mana dengan air liur macam dia tak pala jugak,.
Ni nak kena bawak keluar belanja. Yang dia setiap minggu nak berjalan, yang kami weekday kalau nak makan ikat perut. Sekarang memang aku sangat jarang bercakap dengan MIL aku.
Aku kalau boleh, tak mau sembang langsung dengan dia. Bukan apa, kalau aku sembang, lagi sakan dia nak bubuh aku. dia suka kata aku ni malas. Hehehe. Memang aku tak pernah menolong rumah dia, tapi rumah aku sendiri, kerja tip top aku buat.
Actually banyak lagi aku nak cerita pasal MIL aku untuk legakan hati aku. Cuba untuk terima keadaan dia. Tapi kena ingat, kita tak berada di kasut yang sama.
Menantu yang cuba berbaik dengan Mertua. Buat pembaca semua, boleh suggest tak macam mana aku nak terima mertua yang macam ni. Aku rasa ayat aku macam terabur sikit. Terima kasih kerana sudi membaca.
– Gerhana Mentari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit