Berlayar Ke Syurga

Bayangkan sebuah kapal ingin menuju ke satu destinasi yang sangat jauh di seberang lautan. Seperti umumnya kapal-kapal lain, kapal ini lengkap dengan kapten, pembantu kapten dan krew kapal.

Kapal yang tersebut adalah sebuah kapal yang besar, mewah, lengkap, dan moden. Pemilik kapal yang juga merupakan kaptennya pula handsome, berkelulusan sehingga phD dalam bidang akademik.

Mudah saja kaptennya melengkapkan kapal tersebut menjadi sebuah kapal yang mewah. Kerana kaptennya mempunyai sumber yang kuat dan kewangan yang kukuh. Ditambah lagi dengan pembantu kapten yang jelita bak bidadari.

Krew kapal pun bukan calang-calang. Penuh dengan krew yang jelita skirt terbelah paras peha, dan sado-sado lengan ketak-ketak belaka. Malah semua graduan universiti.

Hanya saja tiada di antara mereka mempunyai ilmu perkapalan atau selok belok lautan. Kapal teknologi moden. Klik sahaja semua auto.

Di awal pelayaran semua sempurna, mewah, bahagia. Semua yang berada dalam kapal terleka dan terpesona dengan kemudahan dan kemewahan.

Perlahan-lahan sebahagian peralatan kapal menjadi rosak. Gagal dibaiki kerana tidak seorang pun mempunyai pengetahuan baik pulih enjin mahu pun kapal.

Satu demi satu kerosakan. Semakin lama kapal tersebut semakin uzur. Tidak juga sampai ke destinasi. GPS rosak.

Gagal membaca peta malah kapten dan krew kapal tidak mempunyai pengetahuan. Berlayar lah mereka selama-lamanya terumbang ambing di lautan.

Krew kapal hanya tahu menyalahkan kapten yang mengajak mereka menaiki kapal tanpa ilmu. Atau anak kapalkah yang salah? Memilih kapal dengan kapten yang enggan menuntut ilmu perkapalan? Bukankah sudah ada phD? Apa perlu ilmu perkapalan?

Atau saja anda memilih untuk menjadi krew kapal. Andakah anda memilih untuk menaiki kapal yang dipimpin kapten seumpama ini? Sombong dengan kelulusan phd dan asetnya.

Relevenkah ilmu akademik bertahap phd itu di lautan? Jangan terkejut. Ramai yang memilih kapal ini kerana kemewahan dan kesenangan yang dijanjikan. Kesadoan kapten dan ahli krew yang mengaburi mata.

Atau adakah anda memilih menaiki kapal yang dipimpin oleh kapten yang terkenal seperti Abu Abdullah atau Zheng He?

Atau andai saja anda adalah kapten kapal tersebut, maka jadilah seperti Abu Abdullah (dibaca : Ibnu Battutah) atau Zheng He (dibaca : Cheng Ho). Sudah pasti kapal tersebut berlayar laju ke destinasi tanpa sebarang masalah.

Tidak terumbang ambing tanpa hala tuju. Laju, gagah dan pantas. Kenapa? Lihat saja ilmu Abu Abdullah dan Zheng He. Akidahnya, akhlaknya, ilmunya, tawakkalnya. Sebelum berlayar penuh persediaan.

Boleh saja kapten dengan phD itu menuntut ilmu perkapalan. Boleh saja kapten itu menunjuk ajar krew kapalnya ilmu perkapalan.

Andai kapten sakit, pengsan, mahu pun mati, boleh saja krew kapalnya mengemudi kapal ke destinasi. Tidaklah mereka sesat beramai-ramai di lautan penuh gelora tanpa hala tuju.

Hebatnya kapten. Sudahlah ada phD, handsome, sado, kaya, arif ilmu falak, berjaya mencurah ilmu kepada krew kapal. Tidak tertanding kehebatan dan jasa kapten.

Analogi rumahtangga dan kehidupan. Suami yang handsome, berharta, bijak akademik, orang have-have. Namun bodoh sombong enggan berguru ilmu agama dan rumahtangga.

Berkahwin dengan isteri jelita bak artis. Dedah aurat merata. Ke mana hala rumahtangga tanpa ilmu? Setakat menghalalkan yang haram? Ke mana destinasi di akhirat?

Atau suami yang kaya dan handsome itu akur untuk menuntut ilmu agama dan rumahtangga. Isteri yang jelita dididik hingga menjadi ketua bidadari di syurga. Di dunia bijak dan kaya raya. Di akhirat juga menjadi orang ada-ada.

Destinasi ada syurga atau neraka. Cukupkah ilmu ketua keluarga untuk membawa keluarganya ke syurga? Atau berharap pada ilmu sedia ada yang tiada kaitan dengan agama dan rumahtangga?

Andai anda lelaki, jadilah kapten kapal yang berilmu. Tidak kisah garang seperti Barbossa atau gila seperti Sparrow yang penting anda berilmu mengemudi kapal ke destinasi.

Andai anda perempuan, jangan tergedik kahwin sebab orang lain kahwin. Pilih kapal dan kapten yang betul.

Andai anda mempunyai ibu bapa yang telah mencurah ilmu dan anda yakin boleh memandu hingga ke destinasi, pilihlah mana-mana kapal dan didiklah krew kapal.

Atau andai anda memilih mengemudi kapal sendirian, kuatkan fizikal, mental, dan emosi kerana semua kerja anda kena buat sendiri. Tidak semudah yang dibayangkan.

Pilihan di tangan masing-masing.

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *