Assalamualaikum wbt semua. Maaflah jika menyumbang pada lambakan topik rumahtangga. Sebenarnya orang perempuan ni perlu teman berborak jika taknak sunyi.
Bila pasangan tak menjadi sahabat paling akrab serta tak menjadi tempat mencukupkan kuota perkataan sehari-hari, dia beralih la pada anonymous confession macam ni kalau dia malu nak luahkan pada mana-mana kawan lain.
Aku just nak vent out sebelum aku burst into tears or flames seorang diri lagi huhu. Aku taip di notes sikit demi sikit bila stress aje huhu. So penulisan aku maybe kurang teratur.
Sebenarnya dah berbulan aku dan suami perang dingin. Aku dan dia sama-sama dah takde energy atau hati lagi untuk bergaduh. Malah bila aku ajak berbincang pun dia straight forward je kata dah tawar hati dan takde apa lagi dia nak kata.
Banyak kali aku play senario untuk pujuk dia dalam kepala, tapi tak jumpa waktu yang sesuai untuk realisasikan sebab aku pun bekerja dan ada tiga anak, dua masih kecil.
By the time baby dah tidur dan semua urusan rumah dah settle, bateri aku sendiri pun dah kong. Takde mood aku nak beromantik dengan suami. Hati aku sendiri pun tak terpujuk macam mana nak pujuk dia pula.
Sesekali aku menangis dalam kereta. Lepas dah lega aku keluar kereta dan teruskan kehidupan macam biasa.
Aku ingat lagi bahawa punca asal perang dingin ni dari benda simple sahaja. Suami aku sejenis family pleaser. Tapi bukan pada family kecik kami but pada family besar dia yang sebelum kami kahwin.
Ada satu weekend tu aku tak mahu join aktiviti dengan keluarga dia pada hari ahad. Sebab aku dah join full day outing dorang pada hari sabtu dan aku sangat letih.
Sebenarnya awal lagi aku dah beritahu aku tak boleh join his family untuk weekend tu, sebab aku ada kerja nak dibuat. Kerjaya aku memerlukan aku selalu kena bawa balik kerja ke rumah.
Ahli keluarga dia especially kak A suka perlekehkan kerja aku- kononnya aku ni banyak cuti serta kerja separuh hari saja. Jadi dorang suka tak percaya kalau aku kata ada kerja nak dibuat.
Dipendekkan cerita, aku pun tak join lah aktiviti ahad tu. Suami bawa anak sulung dan kedua ke rumah mertua dan aku handle baby sorang di rumah sambil struggle nak siapkan kerja.
Suami start tak bercakap dengan aku since then. Aku sebenarnya okay saja dan sejujurnya suka sebenarnya boleh buat hal sendiri. Aku teruskan hidup macam biasa urus anak-anak dan busy kerja.
Di rumah, kami masih solat subuh dan isyak berjemaah tapi aku dah tak salam dia after solat. Ada apa-apa urusan anak kami just inform di whatsapp saja pendek-pendek. Kami hidup macam roommates who do co-parenting.
Suami layan anak-anak macam biasa. Dia bank in nafkah (yang semuanya aku spend ke sekolah/ nursery anak, tiada sesen untuk diri sendiri) macam biasa juga.
Dia pernah kata dia malas nak bercerai sebab sama juga dia kena bayar nafkah anak-anak sama macam sekarang juga.
Dia kata at least if stay sebumbung macam ni dia dapat tengok muka dorang hari-hari. Dia takde hati pada aku dan aku pun sama sebenarnya.
Aku torn apart sama ada nak cuba selamatkan hubungan ni atau tak. Aku dah tak tahan nak menghadap keluarga dia setiap minggu. Aku boleh layan kerenah ibu bapa dia sebab aku faham dorang tu mak ayah suami. Mereka pun dah tua, jadi aku sabarkan saja.
Tapi aku semakin tak boleh tahan dengan salah seorang kakak ipar aku. Suami ada ramai kakak tapi ada seketul yang andartu bermulut laser.
Awal-awal berkahwin dulu aku layankan saja malah cuba berempati dengan keadaan dia. Tapi sekarang aku susah dah nak berlakon. Sekali sekala aku menjawab sama laser juga bila dilaser.
Bila aku tak mampu berlakon, muka aku memang takdelah senyum dah, nak buat macam mana kan? Tapi nanti suami akan marah aku pula. Di mata dia, aku tak cukup menyantuni keluarga dia. Aku tak jadi the bigger person pada kakak dia.
Alahai.. kak A (A for andartu) tu literally and figuratively lebih besar dari aku kot, takkan asyik aku saja kena mengalah dan berjiwa lebih besar.
Kak A akan plan bercuti, outing or kemana-mana sana sini ikut suka dia. Pantang dia tahu suami aku cuti or free, memang ada sajalah plan dia. Kadang dia guna nama mak ayah suami, kadang dia direct je arahkan suami untuk buat urusan-urusan dia.
Dia takde suami tapi suka ambil masa dan tenaga suami orang lain. Mungkin tak boleh nak salahkan dia sangat sebab dalam banyak2 suami orang lain, suami aku je yang terpaling gemar nak menjadi adik mithali.
Kak A tak suka nampak suami belikan aku apa-apa. Dulu dalam setahun dua juga aku tak kerja sebab lambat posting.
Bernanah aku pendam dan sabar bila dia gigih ulang2 berpesan jangan habiskan duit suami. Macamlah suami aku belikan emas or kereta or benda2 besar pun untuk aku. Dari dulu cuma bagi nafkah basic or sesekali pakaian/ beg macam tu aje pun.
Sekarang kak A dah kurang melaser bab tu sebab aku sangat suka war-warkan semua barangku aku beli sendiri.
Sebelum orang tegur apa2 barang baru yang ada macam tudung ke apa sekalipun, terus aku announce dulu ni aku beli sendiri. Sedih kan? Macamlah dibelanja suami tu benda yang salah.
Kak A selalu marah anak-anak buah dia termasuklah anak aku. Memang menyirap je aku bila nampak dia cubit anak-anak aku tapi aku tahu aku tak boleh nak mengadu ke suami sebab nanti kononnya kak A cuma garang tapi berniat baik. Marah sebab nak disiplin kan saja kononnya.
Suami pernah cakap “anak kita pun bukannya baik sangat” demi nak back up kak A tersayang dia. Iyalah budak kalau usia 2-6 tahun memanglah lasak kan.
It still doesn’t give anyone the right untuk cubit. Bukan kau yang lahirkan dia setengah nyawa. Inilah antara benda2 yang aku cuba tahan dan sabar.
Aku cuba untuk tak panjangkan dan cuba elakkan anak2 aku berdekatan dengan kak A. Tapi susah sangat kalau dah memang kak A suka menempel dekat keluarga aku. Bukan sekadar menempel tapi suka bagi unsolicited advice.
Bila aku dah tak terdaya nak pura-pura layan, dia dok kata aku begitu begini pula pada suami. Contohnya dia akan buat2 tanya “kenapa mahsuri (nama palsu aku) tu masam aje muka dia?” ke suami aku banyak2 kali sampai suami aku hilang sabar.
Tapi dia akan hilang sabar pada akulah bukan pada kak A. Contoh lain kalau aku tak join aktiviti keluarga mertua memang kak A akan harass suami aku tanya banyak2 soalan dan next time bila dia jumpa aku, dia akan panjang2kan hal tersebut.
Aku rimas sungguh. Aku syak dia tak puas hati kalau tak boleh pass baton jaga mak ayah dia/ buat kerja rumah mertua pada aku minggu tu.
Kak A always nak masa dan tenaga suami aku, tapi taknak cari cara ambil hati isteri dan anak-anak adik dia ni. Dia just buat ikut suka hati dia thinking everybody owes her something. I don’t owe her anything and I’m done being adik ipar yang berlemah lembut.
Aku tak pernah berdekatan dengan orang berperangai annoying macam kak A ni sebelum kahwin walaupun aku jenis ramah dan boleh berkawan dengan semua orang. Since she’s family aku cuba tolerate. Tapi dah nak masuk 8 tahun so aku pun fed up juga.
Lagipun dulu aku tahankan maybe sebab sayang pada suami, but now perasaan tu pun dah pudar. Diganti dengan meluat. Aku rasa sedih suami pura2 tak sedar betapa banyak aku bersabar dengan keluarga dia selama ni.
Hanya sebab aku tak larat join aktiviti keluarga dia sesekali (bukannya tiap2 minggu aku elak), suami nak kata dia tawar hati pada aku pula.
Lainlah kalau aku buat dosa besar macam curang or bawa masuk orang dia tak suka ke rumah, then bolehlah dia sakit hati sampai terfikir nak ceraikan isteri.
Aku memang terasa sangat bila suami nak back up kakak tersayang sampai isteri sesetia ini nampak macam terlalu buruk di mata dia.
Annoying nya kak A tu bukan sekadar ipar2 dia lain pun malas nak dekat, tetapi yang generasi anak2 pun sama juga.
Pelik aku dengan dia, tak ada anak sendiri tapi taknak berusaha tawan hati anak2 buah. Nanti kalau takde sesiapa nak melawat dia bila dia dah tua, barulah nak merentan pula agaknya.
Awal kahwin dulu dalam 2 tahun sebelum aku ada anak sendiri, aku sangat gembira melayan semua anak-anak buah suami. Sampaikan dorang berebut2 nak duduk sebelah aku.
Ada a few times waktu family trip keluarga besar depa, aku dijeling and kak A merengus tak puas hati bila dalam kereta budak2 kecik tu semua mengelak taknak duduk sebelah dia. Dorang nak dengan aku sahaja.
Waktu tu baru kahwin so aku memang cuak sangat dengan dia. Terus aku pun jadi takut2 nak rapat dengan anak-anak buah.
Bila aku ada anak sendiri masa aku agak terhad nak melayan anak2 buah. Aku ni breastfeed baby dari anak pertama lagi jadi memang kena masuk bilik untuk menyusu agak kerap juga. Dah dikatanya aku mengelak buat kerja dapur dan suka memerap pula. Allahuakbar.
Aku pada usia 30an ni tak perlukan drama sinetron macam ni. Kak A pun dan 4 series aku rasa dia pun patut hentikan perangai menelek aku untuk mencari salah.
Kalau dia nak sangat suami aku untuk jadi chaperon dia, silakanlah. Tapi aku taknak terlibat dan aku berniat tahun baru ni nak kurangkan bertemu insan2 yang tak memberi bahagia. Jadi aku memang sangat2 tak gemar nak ke rumah mertua.
Kak A banyak mencucuk ibu mertua aku juga. Kalau dia takde aku yakin akan lebih harmoni dan murni2 sangkaan MIL pada aku.
Bab ni panjang lagi malas aku nak cerita. Tak boleh nak singkatkan drama 8 tahun di sini. Tapi cukuplah yang sedikit ini untuk korang tahu tentang kak A kesayangan suamiku.
Macam mana ya? Ada tak antara kalian yang ber”madu” dengan kakak ipar juga? Kalau perempuan lain yang dok menagih kasih suami aku dan buat benda2 menyakitkan hati aku, memang dah lama aku angkat kaki aje.
Tapi sebab ni hanyalah kakak dia dan suami aku bukanlah seorang yang fasik or jahat. Dia ayah yang baik dan bertanggungjawab.
Sedih memikirkan kami tak menyayangi each other lagi selayaknya sebagai suami isteri. Pedih bila dipulaukan dan suami tak mahu bercakap dengan aku hanya disebabkan keluarga dia.
Boleh ke hidup macam ni saja? Adakah perkahwinan ni akan terus banyak mengumpul rasa sedih berbanding mawaddah dan sakinah?
Aku dah cuba berbincang, malah sepanjang kahwin ni banyak dah gaduh dan heart to heart kononnya.
Memang sekarang suami tak mahu tambah perbincangan lagi dan aku rasa dipersalahkan sebab tak terima keluarga dia seadanya. Kami takkan boleh pindah jauh dari sini sebab memang suami dah beli rumah selang tiga baris dengan rumah mertua.
Bila terbayangkan aku kena menghadap kak A dan perangainya sampai bila2 memang aku rasa nak give up saja.
Based on penelitian aku, orang macam kak A ni umur dia panjang sebab memang Allah nak uji keluarga dan orang sekeliling dia.
Aku dapat bayangkan kalau dia dah tua nanti dengan anak2 aku sekali dia kuli2kan buat itu ini, and dia akan play victim bila orang taknak tolong dia. Perangai lembik suami aku sangatlah tak membantu untuk aku keluar dari situasi ni.
Aku tenang dan bahagia sangat bila ada minggu yang tak perlu jumpa kak A. Perlukah aku undur diri sahaja?
– Bukan Mahsuri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kunci nya kat suami Puan, klu dia boleh handle n pandai uruskan kakak dan famili dia, situasi akan ok, klu dia tk boleh handle, masalah ni tk boleh selesai.
Part sis kata banyak masuk bilik untuk breastfeed anak, meningatkan kepada ibu saya. Waktu saya sekolah rendah dulu, saya dapat adik baru and memang breastfeed dengan ibu. Kalau balik kampung, memang banyak duduk bilik untuk menyusu dan jaga adik. Budak kan, mana la boleh nak tinggal macam tu je atas katil. Kalau bawa keluar, bising sangat dengan sepupu lain bermain, baby tak boleh tidur. Saya lah masuk dapur tengok makcik2 mengata ibu saya. Bayangkan perasaan saya yang umur tak sampai 10 tahun waktu tu tengok dan dengar. Bila besar, saya banyak menjawab. Bukan berkurang ajar, tapi nak “menjawab” kepada cacian yang sah sah salah belaka.
Suami awak mungkin ayah dan anak yang baik tapi dia gagal sebagai seorang suami. Dia sendiri kata dah tawar hati. Bg saya, dia tak nampak usaha awak tawan hati FIL awak dulu esp kak A. Dan dia xda sifat empati atau letakkan diri dia di tempat awak. Tak cuba selami perasaan awak. Dan awak kena terus terang, biarlah org kata ungkit pun tp selagi tak cakap, perkara tu takkan sampai. Awak kena cerita kenapa awak tak suka Kak A tp kalau dah suami x faham juga nak buat mcm mana kan? Yg penting kena come clean, jgn harap suami faham bahasa kiasan dan body language dgn bermasam muka pd ipar. Dan sy setuju cara awak laser kak A tu. Jgn sampai awak dipijak pijak. Kalau suami awak kata dah takde hati dgn awak, awak pun xda hati dgn dia. Silalah berpisah, tp suami kata malas kan? Bukan hanya sbb xdpt jumpa anak hari2. Kalaupun hak jagaan dpt kat dia(kemungkinan taklah) dia mesti tau tak sanggup jaga sorg2
Susahnya kan jadi suami isteri ni. Bila dah tawar hati ada isu anak pula. Tapi memang I boleh faham. Kita dah tawar hati and prefer hidup asing. Tapi anak2 tu tak tau apa apa. Kalau ayah jahat boleh juga dia brain. Kalau mak tak ok pon boleh juga dia faham. Ni nothing involve them- tapi kita kena sabar seumur hidup ke? Hidup dengan orang yang dah tawar hati?
Saya pun lalui benda yg sama cumanya kak ipar saya status dia J – divorce.
Sy setuju dgn tindakan sis yg kalau beli brg sndri ke brg ank ke, mmg kena mention duit tu pakai duit kita. Klau tak org jenis mcm ni asyik nmpak dia je berjasa. Utk relay sis dgn suami, pada pndgan sy, cuba cri penyelesaian utk berbaik dulu sbb ank masih kecil. Lgpun point Kak A tu mmg kalau blh nk pisahkan sis n suami, kalau sis give up, mksdnya dia menang. Jgn give up sis, Allah lihat usaha isteri solehah dan yg baik, terus je buat kebaikan pada suami, kalau dia cuba utk lunaskan plan Kak A, sis cuba join tp bg time frame kat suami. Kalau dia bermsm muka jugak, let it be, nanti dia akan nmpak sis punya boundary…. Dan sis mgkin perlu selalu explain setiap tindakan yg sis buat. kenapa ada time frame. Mgkin awl2 suami sis mgkin tak fhm tp lama2 dia akan sedar kenapa sis mcm tu. Tp jgn silent treatment, kalau terpksa, bebel je dpan2 dia, biar dia tahu isi hati sis. Kalau dia masih lg sedemikian, kena rujuk pakar runding rumahtangga Pejabat agama. Semoga dipermudahkan semuanya! Salute sbb berani laser dgn Kak A 👍🏼
awk.. situasi kita sama, tp sy cuba untuk luahkan juga, bila sy menjerit menangis dan sy memberontak masa tu baru lah suara sy didengari suami, barulah suami nak dengar apa sy rasa, barulah suami nak bertimbang rasa dengan sy.. tapi bagi sy dah terlambat semua tu, sebab sy dah tawar hati, bila ada salah faham sy prefer untuk diam dan tak bergaduh lagi terlukanya hati sy pendam sendiri, tak minta dipujuk lagi, hati sy mati untuk semua tu, sy nak tenang.. nak bertahan seumur hidup itu terlalu lama untuk sy, tapi kena lalui juga demi anak2.. :(
Puan,
ini pandangan lelaki yg lain drp perspektif perempuan.
Apabila seseorang itu tidak kira perempuan atau lelaki berkahwin,perlu setkan minda drp awal perlu terima dan bergaul dgn keluarga kedua-dua belah pihak kerana itu asas kematangan rumah tangga,jika kita ada persepsi skeptikal yg keluarga pasangan kita adalah org lain ini lah yg akan berlaku pada setiap rumahtangga walaupun sudah berkahwin 20 lama.
puncanya asalnya HANYALAH puan tak nak join aktiviti keluarga dan memyebabkan suami pergi sana tanpa puan ikut sekali.Ini yg saya ingin suarakan bagi pihak suami puan.
Pada saat dan ketika itu suami puan akan rasa dirinya berada pada titik yang paling rendah di depan mata keluarganya dan org lain,dgn kata lainnya suami puan terasa seperti dayus kerana dia tidak mampu menguasai isteri sendiri,kerana sifat lelaki yang asas adalah menguasai.Daripada apa yang puan ceritakan puan dan suami ada bersolat berjemaah ,itu adalah tanda suami puan membesar dengan didikan yang betul.Bersyukurlah..dan puan juga memberitahu yang suami puan tak nak berpisah kerana fikirkan anak2 dan nafkah,ini menunjukkan suami puan berfikir panjang,bersyukurlah puan..di luar sana berapa ramai anak2 lelaki yang di besarkan dengan cara yang salah sehinggan mereka curang dengan perempuan lain,bersekedudukan dan berzina sedangkan isterinya baik layanan.
Suami/lelaki memang sifat semulajadi asanya ego,tetapi tidak memukul dan mendera,kerana sifat ketua itulah perlu untuk menguruskan anak2 dan rumah tangga.
Terlalu panjang jika pandangan saya nak di lontarkan di sini,dan pasti akan akan sanggahan drp org lain.
Di pendekkan cerita saya rumuskan untuk puan,rumahtangga akan ada segala perselisihan sama,lalui dengan senyuman dan nyanyikan lagu2 kegemaran puan..sayangi suami puan dan sayangi anak2 puan.semua nya akan ok..selamatkan rumahtangga.selagi mana suami puan tidak pernah curang itu adalah perkara yang paling berharga untuk seorang suami.dia adalah lelaki baik.
masakkan makanan kegemaran dia dan maaf cakap,puan layan dia di bilik tidur dengan cara yang puan tak pernah buat sebelum ini,dan istiqomah..insyaAllah apa yang puan minta drp dia puan akan dapat dan dia akan lebih hargai puan.
lelaki itu mudah jaga makan minum,jaga sex,apa yang pasangan minta mereka pasti usaha untuk tunaikan
Kalau kita nak pasangan kita berubah,kita kena berubah
Dayus? Sila fikir lebih. Apa weightage nya nak letak pada isteri ni, kalau x join event family, suaminya dikira dayus? Wajib ke join event family mertua dlm agama? Yg wajib kalau memenuhi jemputan, menyantuni org lain tanpa memakan diri sendiri. Suaminya mmg dayus, dayus sebab tak memenuhi hak batin isteri. Isteri nya penat, atas sebab nak memikul tanggungjawab. Suami perlu lebih memahami dan support isteri. Bina boundary yang sepatutnya, dan jangan bersikap buta. Comment anda lah antara penunggang agama yang menyiksa umat islam. Ada mentaliti mcm ni, jgn kawin. Jgn dera anak org