Bermadu Dengan Mertua

Saya L, umur 30 dan tahun ini merupakan tahun keempat saya berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata. Suami saya S, seorang lelaki yang baik, bertanggungjwab, namun lurus dan tiada pendirian

Seperti tajuk tertera, saya beberapa fikir yang saya tersalah langkah dengan mengahwini seorang “mummyboy”.

Sejujurnya masa awal perkenalan dulu saya terlalu bersangka baik dengan berfikir bahawa untungnya saya dapat suami yang family man dan penyayang.

Ye betul, S sangat sayangkan keluarga dan penyayang. Cuma yang menjadi masalah ialah ibunya. Ibunya selalu melihat saya sebagai pesaing seolah olah saya cuba merebut anak kesayangan dia darinya.

Dia tak pernah senang hati kalau anak lelakinya belikan apa apa pada saya, layan saya bagai puteri raja, dan selalu mencari sekecil kecil kesalahan saya untuk suami lihat bahawa ibunya lebih baik dari saya.

Saya memang suka memasak sebab ayah saya chef dan mak saya kerja restaurant,

Dan suami selalu memuji masakan saya di depan ibunya dan itu membuat ibunya tak senang hati sehingga sekecil kecil silap saya pun dia akan ungkit berbulan bulan lamanya.

Contohnya ada sekali saya termasak terletak cili dalam masakan, sehingga sekarang dia masih tak puas hati dan ungkit benda yang sama saja sambil buat muka.

Belum masuk kesalahan kesalahan kecil yang lain sehingga buat saya rasa macam worthless sebab salahnya kecil saja tetapi suami tetap akan suruh saya cuba untuk ambil hati ibu walaupun hati saya sndiri banyak kali sakit.

Saya cuba masakkan untuk ibu, cuba ajak ibu keluar berdua dengan saya, cuba untuk bagi ibu sayang saya tapi saya rasa itu tindakan yang sangat bodoh sebab ibu makin bencikan saya dengan jelingan dan sindiran yang saya terima setiap hari.

Ibu juga selalu tak senang hati kalau kami spend masa berdua atau berdating. Kejap kejap dia call. Ini buatkan saya rasa sangat tak selesa.

Apatah lagi suami saya selalu mementingkan keluarga beliau sendiri berbanding perasaan saya. Kami memang duduk berasingan cuma jarak rumah kami 10 minit saja dari rumah ibu.

Suami saya kalau boleh setiap minggu nak balik rumah ibu dan berat hati setiap kali nak balik rumah keluarga saya. Saya rasa dah banyak pendam hati sampai rasa menyesal pula berkahwin kerana saya terlalu tertekan.

Saya tak boleh buat silap sedikit psti ibunya akan ungkit sampai berbulan lamanya. Masalah suami saya juga, beliau tiada pendirian diri dan selalu buka aib rumahtangga pada keluarga. Apa apa isu rumahtangga pasti dia ceritakan pada ahli keluarga.

Walaupun saya tahu niat dia untuk meminta pandangan sahaja, tapi pada pengakhirannya saya pula yang dipersalahkan sebab yelah, mana ada ibu yang nak salahkan anak dia sndiri kan.

Kini satu keluarga suami akan menjeling menyindir saya setiap kali saya datang ke rumah.

Saya boleh pilih untuk jauh dari mereka tapi suami saya tetap berkeras yang semuanya baik baik sahaja seolah menidakkan perasaan saya dan memaksa saya untuk mengambil hati semua.

Sebelum kami kahwin, suami memang melayan ibunya bagainya kekasih. Diberi bunga, diajak dating, nak masuk kereta pun dia bukakan pintu dan saya sebagai kekasih,

Ketika itu tersentuh tengok keakraban suami dengan ibu tanpa sekalipun nampak masa depan saya akan jadi begini iaitu akan bermadu dengan ibunya sendiri.

Belum masuk bab ipar yang suka mengadu domba dan menghasut lagi. Masalahnya suami saya ni dia lurus. Dia lebih percayakan keluarga dia berbanding saya.

Pernah ipar menuduh saya bawa suami balik ke rumah mama sebab saya nak jauhkan suami dari keluarga. Sejak dari itu, suami agak keberatan setiap kali saya ajak pulang ke rumah mama.

Ipar juga tak senang hati setiap kali melihat suami melayan saya dengan baik sebab suami memang rapat dengan dia.

Dia selalu menyibuk urusan rumah tangga kami contohnya selalu mesej suami tanya, “ada apa apa ke dengan L tu? tengah gaduh ke” Dan suami saya amat lurus dengan cerita semua benda yang berlaku dan akhirnya backfire saya semula.

Belum pun masuk urusan anak lagi. Suami saya seorang yang penyayang dan sangat sukakan budak budak.

Tapi Allah menguji kami dengan ujian ini dan saya tak terkejut pun kalau suatu hari nnti mertua dan ipar nasihatakan suami untuk kahwin lain semata mata untuk sakitkan saya.

Semakin lama saya semakin tertekan dan fikir untuk tidak lagi mahu teruskan perhubungan ni. Apa gunanya lagi kalau suami selalu paksa balik rumah keluarga dia tetapi satu family di bencikan saya dan suami tak pernah memihak pada saya?

Saya selalu menangis sendiri kerana perasaan dibenci tapi tahu silap sndiri ni sakitnya luar biasa.

Saya juga ingin disayangi mertua dan keluarga ipar seperti mana mereka menyayangi menantu dan biras.

Adakah perkahwinan saya masih boleh diselamatakan kerana saya merasakan hubungan ini memberi kesan yang mendalam pda kesihatan mental saya.

Terima kasih warganet.

– Lydia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *