Bermadu III

Untuk part I, (https://iiumc.com/bermadu/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/bermadu-ii/).

Alhamdulillah ya ramai baca confession saya yang pertama dan kedua. Bagi feedback pun ramai yang positif2.

Yang part III ni saya tak nak cerita apa2 pun. Sebab dah tak ada cerita. Cuma nak sampaikan apa yang saya rasa tertinggal je dan nak berterima kasih ya pada yang sangat2 positif di ruangan komen serta memahami apa yang saya lalui.

Hidup saya tak mudah, kalau saya boleh atasi masalah2 saya macam yang diperkatakan di ruangan komen, tak akan ada lah confession saya kan? Hehe..

Ada yang kata malas baca sebab macam cerita buat2? Kalau hidup ni semua sama je jalan cerita dan kaedah cerita, tak jadi kehidupan ni.

Ada beberapa solusi yang saya fikirkan sesuai untuk saya ambil dari ruangan komen kalian. Yang mana sebelum ini, bertahun2 kahwin, saya tidak terfikir sedikit pun untuk buat.

Betul, saya terlalu naif. Saya memang tidak terfikir walau sekali, kehidupan saya akan dilalui dalam keadaan tekanan sekali lagi.

Bagi yang merasakan saya menagih simpati tu, maaf lah, saya tak berniat pun. Saya cuma nak jelaskan apa yang tidak jelas di confession pertama saya. Kenapa dan mengapa yang dipersoalkan di ruangan komen sebelumnya.

Saya cuba berbincang dengan suami, saya ambil duit poket lebih, RM400 sebulan. Harapan saya, suami nanti tidak ungkit lah di hujung2.

Saya memang ambil sebelum ini RM100 sahaja, tapi segala jenis perbelanjaan suami tanggung. Minta apa sahaja, dia tunaikan. Sebab tu saya katakan dia tidak kedekut. Cuma, terasa hati bila sampai isu keluarga saya je lah.

Ada yang tanya mungkin suami ada isu dengan keluarga saya? Saya yang setuju tinggal jauh dari keluarga kerana saya tahu, duduk dekat dengan keluarga saya, suami saya boleh sakit jiwa nanti.

Saya faham, dekat busuk, jauh wangi. Saya tak nak sentuh isu keluarga siapa buruk dan baik. Cukup dalam confession sebelum ini, saya terangkan dari mana asal depresi saya.

Saya sudah bincang untuk ambil gaji saya, tapi saya sediakan tabung. Setiap benda yang kami plan nak beli selepas ini, kami akan masukkan dalam tabung amaun untuk disimpan, dari gaji suami dan sedikit dari saya. Lebih adil rasanya.

Jadi, baru lah ada perkataan beli sama2 di situ kan? Terima kasih ya bagi yang mencadangkan. Saya tidak terfikir hal ini sebelum ini.

Untuk motor siapa yang guna? Motor tu saya yang teringin nak ada. Tapi, saya tak reti bawa pun, sebab tu plan tuk beli motor untk kami jalan2 hujung minggu dengan duit saya sebelum ini,

Tapi betul lah kata2 dalam salah satu komen, nanti kalau gaduh jadikan isu sampai saya tak redha, buat apa.

Kan jadi dosa suami. Jadi saya bincangkan semula juga hal ini. Rumah atas nama siapa?

Memang akan dibeli atas nama saya, sebab kami tahu ibu memang akan tuntut hak rumah kalau suami tiada.

Untuk rumah, jika boleh dihibahkan atas saya, kami akan usahakan. Ejen insurans sudah ada, beli sahaja rumah nanti, terus kami hubungi ejen semula untuk langkah seterusnya.

Apa sekali pun, saya amat berterima kasih pada semua yang memberi komen positif, sedarkan saya pada beberapa perkara yang selama ini saya buta. Ramai yang memberi doa2 yang baik, saya terharu sangat bila baca. Saya tak sedar pun macam dipergunakan.

Saya memang tak reti melawan dari kecil ya. Sebab dalam keluarga saya, jika saya buat sesuatu atau berkata untuk melawan atau pertahankan diri, memang saya terus didoakan bukan2 atau diomokkan dengan kurang ajar.

Tapi, bila dah kahwin, jiwa saya memberontak sedikit lah. Sebab saya letih sebenarnya jadi macam ini.

Akhir kata, doakan saya temui semula rasa sayangi diri sendiri yang saya rasa sudah hilang dalam diri saya. Betul, saya terlupa fikir diri sendiri rupanya. Saya lupa sayangkan diri saya. Saya mungkin pentingkan diri, tapi tidak sayangkan diri saya.

Saya doakan semua yang memberi pandangan dan komen dalam confession 2 saya sebelum ini diberi kehidupan yang baik dan tidak diuji dengan perkara yang anda tidak mampu hadapi.

Jika ada terjadi, moga anda kuat harungi semua masalah hidup. Jangan katakan orang depresi mengada2,

Kerana bukan semua orang yang hadapi depresi ini, hanya duduk dan tidak berbuat apa2, ada yang anda nampak senyum sepanjang masa, tapi bila dia bersendirian, dunia dia begitu sempit sekali.

Sebarkan bahagia jika anda rasa kehidupan anda boleh diharungi dengan baik dan sempurna.

Untuk mereka yang ada masalah rumahtangga seperti saya, jika anda sudah lakukan yang terbaik, berjuang habisan atau anda sudah tidak ada jalan keluar selain bercerai,

Mungkin kita patut fikir begini, kalau bukan bahagia kita di sini, doakan bahagia kita di tempat yang kekal abadi di sana.

– Jay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *