Assalamualaikum saya Cempaka. Saya dah berkahwin 10 tahun. Mempunyai anak empat.
Alhamdulillah kami tak pernah lagi catu makanan. Semua suami dapat sediakan. Rezeki sentiasa ada.
Tapi ada benda yang buat saya stress sangat. Sepanjang perkahwinan suami saya kuat main game.
Sampaikan masa untuk saya dan anak-anak terabai. Mujur saya surirumah. Semua hal di atas bahu saya.
Dari memasak mengemas menjaga mencuci mengajar anak semua saya uruskan seorang.
Suami hanya sediakan keperluan. Itu pon kadang kadang culas. Jadi saya akan beli barang menggunakan khidmat delivery.
Masa anak satu dia cuma main game guna 1 handphone. Anak kedua dia upgrade beli 2handphone pulak.
Anak ketiga dia beli laptop. Masuk anak ke empat dia dah beli pc. Siap ada bilik gaming. Dia boleh duduk dalam bilik tu seharian.
Saya hanya nampak dia bila dia nak ambil makanan (makan dalam bilik ok) dan ke toilet. Pintu memang dia tak kunci. Jadi kadang kadang saya sengaja masuk untuk ambil barang.
Mujur ada beberapa alat ada dalam bilik tu. Jadi tak la nampak saya sengaja masuk bilik tu.
Memang setiap kali masuk memang suami tengah war. Saya pernah je stalk handphone suami. Tiada yang menarik melainkan hal kerja dan game sahaja.
Saya pon tak tahu la macam mana saya boleh survive sampai 10 tahun dengan perangai gila game dia tu.
Dulu saya kuat merungut tapi sia-sia.Suami masih begitu sampai saya malas dah nak menegur. Buat gaduh buat sakit hati. Duit dia biar la. Janji anak-anak dapat makan pakai tempat tinggal.
Tapi kesian jugak kat anak-anak kurang kasih sayang dan anak-anak memang kurang rapat dengan ayah.. Ayah keluar kerja tiada yang menangis nak ikut.
Kalau mak yang hilang walaupon hanya ke tandas mesti ada tukang sorak di luar pintu.
Saya selalu berdoa supaya suami saya berubah.. Namun sejak akhir-akhir ni saya dah berhenti berdoa.. Saya dah putus asa.. Saya kalah dengan game suami..
Tipu la saya cakap saya sabar je.. Banyak kali terlintas cerai tu tapi saya ni tak de pendapatan.. Simpanan pon kurang.
Jadi saya masih bertahan lagi… pejam celik dah 10 tahun berlalu.
Saya cuma berharap masa cepat berlalu supaya anak anak saya membesar dengan cepat.. Boleh la saya bekerja semula. Simpan duit sendiri..
Sekian luahan hati saya yang bermadu dengan hantu game. Nak serang pon tak boleh… bukan orang..
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit