Bermula Dengan Kesalahan, Moga Berakhir Dengan Keimanan

Salam semua. Nama aku Layla. Dan apa yang aku ceritakan ini bukanlah berkait dengan aku tetapi aku rasa hendak berkongsi bagaimana berkuasanya Allah dalam menentukan kehidupan kita.

Niat aku bukan untuk membuka aib sesiapa, malahan tidak lain hanya untuk kita sama sama beringat yang kita ini semua pendosa dan berpeluang untuk bertaubat.

Aku mengenali sepasang suami isteri yang terpaksa berkahwin dalam usia yang muda kerana kesilapan yang mereka lakukan semasa bercinta.

Pada waktu tersebut, kedua dua mereka masih jahil tentang agama.

Awal perkahwinan mereka sangat sulit, dengan anak yang baru dilahirkan, kedua dua nya terpaksa berhenti kolej kerana perlu menanggung keluarga.

Ibu bapa mereka turut terkesan sama akibat perbuatan mereka tetapi ibu bapa mereka la yang banyak membantu mereka untuk membiayai kehidupan mereka.

Sekitar 2 tahun selepas berkahwin, si suami tersebut masih lagi belum mendapatkan pekerjaan yang tetap. Mereka banyak bergaduh dan berselisih faham.

Namun pertolongan Allah itu sangatlah dekat. Allah memberikan hidayah kepada suami untuk berubah dan mula mendirikan solat.

Dari situ, kehidupan mereka sedikit demi sedikit berubah menjadi lebih cerah apabila si suami mendapatkan pekerjaan yang baik dan seterusnya dapat membiayai isteri dan anak mereka.

Selang tidak lama kemudian, si isteri pun turut untuk belajar agama, mula mendirikan solat serta mereka mengamalkan solat berjemaah bersama anak-anak jika mempunyai kesempatan.

Hebat kan perancangan Allah? Dan sekarang kehidupan mereka meskipun tidak semewah mana tetapi semakin membaik dan selalu merasa cukup.

Aku teringat di awal perkahwinan mereka, ramai yang mengutuk dan mengumpat hal mereka.

Namun Allah lah yang berkuasa atas segalanya, tiada siapa yang tahu pengakhiran seseorang nanti ditakdirkan seperti apa.

Mari lah kita sama sama doakan supaya Allah menjaga mereka dan tetap istiqamah dalam melakukan ibadah dan semoga mereka dilimpahkan rezeki seluas luasnya.

Akhir kata, janganlah kita menjadi hakim atas dosa dosa seseorang, kerana semua itu adalah urusan urusan nya dengan Allah dan sesungguhnya Allah itu maha Pengampun dan Penyayang.

– Layla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *