Bermula Sebagai Crush Sahaja

Sebab I ada terbaca baru-baru ni pasal crush, mari sini I nak cerita pasal crush I juga. Maaf ayat bercampur Bahasa Melayu dan English dan mungkin juga grammar atau ejaan pun silap sikit.

I minta maaf dulu sebab cara I tulis ni macam I bercakap dengan kawan so I akan buat dengan seselesa yang mungkin.

I Bahasa kan diri I la yer sebab ‘aku’ nampak kasar sangat, ‘saya’ nampak skema la pulak. Baiklah cerita ni tidak la sampai ke ‘happy ending’ tapi boleh la untuk menggembirakan hati. Nak focus dekat crush pun iya juga tapi sebenarnya nak lebih kepada perancangan Allah swt dengan situasi I ni.

Ok bermula pada akhir tahun 2017 atau awal tahun 2018, pada waktu tu pertama kali nampak my crush (S).

Masa on the way ke office, lalu di depan kedai makan, colleague I yang tengah makan dekat situ tegur. Satu meja dengan colleague tu ada 2 lagi lelaki yang mana sorang tu memang lain dari yang lain.

Walaupun cuma sekilas pandang tapi I boleh perasan pada si S. Itulah pertama kali I nampak S dan terus macam nak tahu siapa dia. Tapi sebab I jenis yang tak beriya, so I tak buat apa-apa pun lepas tu. Hidup pun berlalu macam biasa.

Sampai satu hari colleague haritu tanya I ada bf ke. I cakap takde, dia cadang untuk nak kenalkan dengan S (kawan dia kan sebab tu senang nak petik nama si S tu). Katanya S masih single. Dekat situ I macam dah teruja sebab orang yang I usha-usha nak di matchkan dengan I.

Colleague tu as matchmaker la kira tapi petang tu colleague tu datang semula dekat I cakap yang S tak sudi pun untuk kenal. Tambahan S cakap dia dah bertunang. Pulak.

Tak tahu la betul ke tak sebab masa tu I dah terpinga-pinga, tak tahu nak react apa. Kecewa pun ada juga. S tak kenal pun I dan rasanya memang dia tak tahu pun I mana satu.

Jadi, hari pun berlalu dan dalam masa yang sama mata ni tercari-cari juga kalau-kalau boleh ternampak kelibat S dekat mana-mana. Tak tahu kenapa rasa nak kenal tu masih ada walaupun pernah ditolak. Crush la katakan. So, second time nampak S masa dalam lif.

Hati berbunga-bunga tak tahu macam mana nak cakap sebab memang berharap nak terserempak dengan dia. Sepanjang dalam lif I tersenyum. Nak terserempak dengan S ni bukan senang. Tak tahu kenapa macam susah sangat nk bertembung ke apa.

Selama I kerja situ hanya 2 kali sahaja terjumpa. Kalau orang lain tu dah berkali-kali jumpa.

By the way, last conversation pasal dia dah bertunang tu I just ignore sebab I suka tengok dia as a crush saja so takde letak harapan pun. Kesahihan bertunang tu pun memang diragui. I pun takde tanya-tanya colleague I pasal S lagi sebab malu.

Ok. Masa tu pun dah hujung tahun 2019. Kira dah agak lama tu kan, semangat nak kenal dekat S pun dah pudar. Macam dah ingat-ingat lupa pasal dia. Dah la susah nak jumpa lagilah malas nak fikir dah. I pun naik pangkat kena transfer department.

Then, boommmm!! I dapat satu department dengan dia.

Ya Allah selama ni tak tahu pun dia department mana sebab company I ni selalu reshuffle. Kerap reshuffle so memang tak akan ada staff yang stay lama dekat satu tempat. Ok I dah happy. Memang buat semua benda tak kena.

Tapi satu hal pulak department I yang baru ni agak luas jadi bila I masuk situ I dapat wing A, dia wing B. Walaupun satu floor tapi antara wing ke wing tu agak jauh. Takkan la nak pergi wing dia semata-mata nak tengok saja kan.

So, bila I ada task kena pergi wing B, I memang akan cantik-cantik nak jeling-jeling S.

Tapi S ni memang workaholic. Dia datang awal pagi dan terus buat kerja. Tak bangun-bangun sehingga lunch. Memang depan laptop saja.

Bila I lalu area dia duduk tu memang berdebar. Berpeluh-peluh sebab crush lama sangat dah. Hihihi.. I memang akan teruja bila kena pergi wing B. I bukan jenis berjalan-jalan ke workstation orang lain. I pun jenis kurang bercakap dengan orang lain.

I bercakap benda kerja atau yang penting sahaja. Jadi, bila ada kerja berpeluang pergi wing B memang I akan prepare. Selalu saja jeling-jeling S tapi biasalah tak nampak sangat sebab terlindung dengan partition.

Dekat situ pun baru I tahu kenapa susah sangat nak terjumpa dia sebab dia tak bergerak-gerak. Dia focus kerja. Masa dia balik, datang kerja dan lunch pun tak sama dengan staff lain. Samada terlalu awal atau terlalu lewat.

Bulan berganti bulan, I memang teruja pergi kerja. Jarang sangat ambil cuti salah satu sebab nak jumpa dia. Terjumpa semasa nak pergi toilet pun takpelah janji jumpa. Hahaha..

I lagi excited lepas dapat tahu dia masih single. Orangnya berkarisma, hensem manis, baik, bijak, tegas tapi single tak tahu apa masalah.

I don’t care as long dia single I’m happy. So macam tu la perjalanan I dengan S. Tak de apa-apa progress pun just suka dalam diam.

I pun tak bercakap dengan dia walaupun satu department. Dia pun tak tahu I suka dia. Sehinggalah department I buat reshuffle surprisingly dia yang kena masuk team I.

Lepas dapat tahu S akan masuk team I, I punya la rasa nak melompat. Senyum sampai ke telinga. Tapi I sorok saja. I buat muka selamba saja padahal dalam hati memang rasa nak terkeluar jantung. Siapa sangka dulu tengok dari jauh saja boleh duduk satu team.

So, first day he asked for my assist, I menggeletar. Dia pun macam segan sebab first time kan bercakap sesame sendiri. Nak terkencing, terkentut semua ada. Nervous sangat. Tapi I tahan saja reaksi I taknak tunjuk sangat I menggeletar. Sebulan pertama tu terkejut dengan cara kerja dia.

Dia jenis disiplin dan tegas. Dia boleh marah I sebab tak ikut cara dia. I buat kerja tu dah lama since dia belum bertukar so memang dah biasa tapi dia tak boleh terima. I kena bertukar cara kerja I sesuai dengan cara dia pulak. So memang haru jugak.

Memang sebulan awal tu kena marah saja and memang sakit hati. Menyampah pulak rasa. Tapi I tahan saja. I diam saja dan ikut macam yang dia nak sebab at the end of the day dia jugak yang evaluate I (he is my superior). Lagipun I malas nak bergaduh. I manage kerja I balik ikut style dia.

After a month tu baru nampak dia lenient sikit. Dia lebih ceria dan banyak bercakap berbanding masa mula-mula masuk dulu muka tegang ya amat. Tak tahu la apa yang nak ditegangkan. Nak cakap dengan dia pun takut.

Selepas tu jugak nampak dia lagi lively. Rupanya dia jenis tak betul jugak. Childish kadang-kadang. Senang dah rasa nak komunikasi.

Since then, kami jadi rapat dan everyday akan ada saja masa berborak since kami berdua memang suka bercerita. Either waktu pagi I datang office or waktu I nak balik.

Kami akan bercerita about everything. Pasal kerja, pasal jodoh, pasal selipar, pasal artis, semua lah. Tapi rapat-rapat pun bukanlah sampai tahap sayang sebab dia ada prinsip. Serapat mana pun dia dengan I dia still target cikgu as his future wife. Dia mentioned awal-awal masa dia join team I.

I punya hati masa tu jatuh ke lantai lah rasa. Takde harapan la I nampaknya. Start situ I memang dah redha sangat. Sedih of course tapi siapalah I ni nak menggelupur tak pasal.

Tapi… redha-redha pun I try juga secara halus untuk tackle dia mana tahu dapat ke kan.

Dia tak kisah kalau I try seduce dia dan tak pernah membantah pun kalau I gurau macam tu. Lelaki kan. Seduce tu bukan menggatal sangat tapi ada la caranya. Tetapi tak boleh nafi juga kekadang gurau kami agak spicy.

Setakat bagi small love tu dah macam bagi gula-gula. Tapi tidak pernah sampai ke tahap yang tak sepatutnya.

Nak hadap hari-hari berani ke nak buat benda bukan-bukan? Mestilah tak kan. Nanti jadi awkward pulak. Maruah pun nak kena jaga juga so berpada-pada lah. I berani nak try sebab I tahu dia still single.

Pernah sekali tu dia nak I declare dia as bff I. Memula tu I reluctant juga tapi tengok muka dia macam sedih saja I terus declare dia one of my bff.

I enjoyed this kind of relationship lagi-lagi dengan dia. Dengan orang lain tak ye. Dia lain sebab dia crush..haha. Bekerja dengan dia baru la betul-betul tahu sikap sebenar S.

Dia memang worth untuk di miliki. Memang ada kekurangan tapi kelebihan tu lebih banyak.

Even officemates pun ramai yang nak jadikan dia menantu sebab dia memang baik dan bagus. Kerja bagus, sikap baik, solat jaga so memang tak salah dari awal dulu I terjatuh suka dekat dia even dengan melihat sahaja.

Tambahan, sehingga sekarang I memang akan looking forward untuk borak dengan dia everyday dan dialah satu-satunya lelaki yang sekepala dengan I. Cara hidup S dengan I lebih kurang sama jadi kami senang faham satu sama lain dan tak complicated.

So, till this date, kami dah bekerja bersama lebih kurang 1 tahun. Dia still my crush walaupun kekadang sikap dia tu sangat annoying. Dia tak tahu yer.

One of the best part selama I kerja dengan dia ni bila ada satu masa tu I ada isu. Orang kutuk I dekat belakang tak tahu sebab apa. S yang bagitahu I perkara ni. Dia yang terdengar orang kutuk I.

Bila kami ulas macam mana benda ni boleh terjadi dia cakap ‘U are attractive, da bomm! sebab tu orang tend to cari keburukan U’… hahaha.. ini rare sebab he is my crush man. Apa U rasa bila your crush cakap macam tu? Of course la happy kan.

Hilang segala kesedihan sebab kena kutuk tu. Dan ada satu lagi gurauan yang I ingat bila satu masa tu I tanya S ‘what do u want?’ then dia reply ‘I want u, eh! ’.. senyum I masa tu dah nk smpai belakang kepala dah tapi nasib baik pakai mask.

Menggigil..haha. Walaupun dia main-main saja tapi awak faham tak perasaan tu macam mana? Oh my gawd. Seminggu tak hilang senyum I.

Untuk pengetahuan, I ni bukanlah mengharap seratus peratus dekat S. I pernah saja register OMI dating apps untuk cari kenalan. Kira salah satu usaha I untuk move on dari dia. I download OMI. Tapi 10 jam saja I on that apps sebab ramai sangat nak match.

Ada lebih 1000 orang nak match dengan I sampai I takut dan I delete terus apps tu. Last-last sorang pun tak sangkut kat situ. Tambahan, perasaan I ni tak boleh pergi ke lelaki lain sebab S dekat sangat dengan I so macam mana I nak suka dekat orang lain?

Part ni memang I pening. Tak nak berharap tapi hari-hari tengok macam mana I nak move on? Hahahah.. alahai. Sebab tu I still single sampai sekarang.

So, confession dia dekat sini. I had a crush on my teammates. Dan apa awak rasa bila setakat crush jauh-jauh saja tiba-tiba jadi your teammates. Ajaib kan? I just takjub dengan situasi ni sebab ingat selalu ke benda macam ni boleh terjadi?

Dalam banyak-banyak lelaki kenapa dia dimasukkan dalam team I? macam mana I boleh dapat satu department dengan dia? kan ada banyak lagi department dekat company I tu. Why? Dan tiba-tiba jadi rapat dengan dia.

Jadi kawan tempat untuk masing-masing luah perasaan. Apa I perlu buat sekarang ni? I pun kekadang sangat surprise dengan rancangan Allah swt. Dia yang Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang. Sampai sekarang I still clueless dengan apa sign yang Allah nak tunjuk.

I tak nak cerita pasal jodoh sebab I pun tak tahu I meninggal dulu ke kahwin dulu. I just go with the flow. Well, to be honest, ramai orang yang matchkan dia dengan cikgu seperti yang dia nak tapi satu tindakan pun takde dari dia.

Dah ada calon depan mata pun still tak nak proceed ke? Dia nak apa sebenarnya? I pun tak faham. Di level sekarang ni I rasa memang sangat tak sangka macam mimpi.

– Miss L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *