Assalamulaikum semua. Tajuk yang berat. Ya sangat berat. Aku menaip dalam keadaan dada aku terasa berat, sesak. Lebih 20 tahun aku menanggung rasa celaka ini.
Sebelum itu, aku kenalkan diri. Aku Bunga. Ya, nama samaran untuk menunjukkan bahawa aku seorang perempuan. Biasanya masalah p*rnografi dikaitkan dengan lelaki. Tetapi tuhan pilih aku.
Ah, aku baru hendak mula, dada makin terasa berat dan sesak. Aku menaip ini kerana aku betul-betul ingin keluar dari semua ini. Tetapi aku seolah-olah dipaksa untuk kembali ke masa silam, ke 20 tahun yang lalu. Dalam lingkungan usia aku 7 tahun, Abi kembali menghadap Ilahi kerana kemalangan.
Aku masih ingat ketika jenazah Abi di bawa pulang ke rumah, aku berlari ke arah bonda, ingin memeluk bonda untuk dapatkan “comfort”. Tidak semena-mena bonda menolak aku sambil menangis dan berkata ” ini semua salah adik sebab tak jaga solat, tak berdoa banyak2, kan Abi dah mati”.
Allahukabar, I was only 7. Ya, sebagai anak bongsu daripada tiga beradi sememangnya aku agak manja dan nakal. But I was only 7. Beberapa minggu selepas itu, bonda mengambil keputusan untuk pindah dan tinggal di rumah nenek di kampung.
Di sini bermulanya detik hitam dan semua rasa celaka ini di dalam hidup aku. Kesemua adik-beradik bonda tinggal berhampiran sahaja.
Aku masih ingat, pada suatu hari, kakak-kakak saudara aku mengajak aku masuk ke sebuah bilik. Mereka meminta aku menanggal seluar dan bermain “doktor-doktor”.
Permainan itu agak aneh bagiku kerana melibatkan sentuhan-sentuhan di tempat privasi.
Sejak dari itu, semakin kerap kakak-kakak sedara aku mengajak bermain “doktor-doktor”. Kami turut memulau tidak mahu bermain dengan sepupu lelaki kononnya permainan kami lebih seronok. Beberapa tahun kemudian, salah seorang kakak saudara aku memasuki sekolah menengah.
Aku masih ingat, pada suatu hari dia mengajak aku masuk ke dalam bilik, menyuruh aku menanggal semua pakaian dan mula mencium aku. Apa yang dia lakukan seterusnya tidak perlu aku ceritakan lebih terperinci. Tetapi sejak dari itu, aku semakin suka dan ketagih bermesra dengan dia.
Salah seorang kakak saudara aku yang lain pula sering membawa pulang novel-novel dan bahan bacaan soft p*rn dari sekolah. Setiap kali ada bahan bacaan baharu pasti dia akan mengajak aku membaca bersama sama dan kami akan melakonkan semula adegan di dalam novel tersebut.
Fast forward ketika aku mula bersekolah menengah, bonda mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik di daerah lain. Makanya sekali lagi kami berpindah dan aku berjauhan dengan sepupu-sepupuku. Ketika itu, bonda membelikan sebuah komputer untuk kegunaan pelajaran kakak dan abangku.
Aku masih ingat suatu malam, aku buka komputer, dan mula membuat carian mengenai lelaki yang tidak berbaju. Entah kenapa aku begitu teringin untuk melihat lelaki tanpa baju.
Selama ini aku hanya membayangkan sahaja dari novel-novel yang aku baca. Dari situ aku mula explore internet dengan lebih jauh.
Aku mula explore p*rnografi dan bahan bacaan luc4h yang lebih banyak. Biasanya kegiatan aku adalah di waktu malam apabila semua orang telah tidur kerana komputer diletakkan di ruang keluarga. Aku juga mula belajar ona**.
Aku tahu perbuatan ini salah kerana aku bersekolah di sekolah agama. Tetapi aku kalah dengan nafsu. Di sekolah semua orang melihat aku sebagai pelajar yang baik dan suci. Bertudung labuh dan pintar.
Rakan-rakan dan guru-guru juga melihat aku seperti seorang gadis yang sangat terjaga. Kerana aku langsung tidak berminat untuk berkawan dengan mana-mana lelaki. Hakikatnya aku ini sangat menjijikkan.
Apabila mula memasuki tingkatan empat (sewaktu bonda membelikan komputer), aku mula nampak kesan-kesan buruk p*rnografi ini kepada aku.
1. Pelajaran aku makin merudum. Benarlah aku pernah terbaca, menonton p*rnografi ini akan membuatkan hati menjadi gelap dan hitam.
Apabila hati semakin hitam, ilmu makin susah untuk masuk. Aku tidak tahu kenapa aku mengalami kesukaran di dalam pelajaran lagi-lagi bab hafalan dan pengiraan.
Aku pelik, kawan-kawan aku dengan mudah dapat menangkap ilmu baru, kata kunci hafalan dan formula-formula sains (aku di aliran sains) tetapi tidak bagi aku. Bebal. Ya aku terasa sangat bebal.
2. Apabila hati semakin gelap, ibadah juga semakin hilang manisnya. Aku mula meninggalkan solat. Aku tidak dapat berbohong, aku memang tidak merasakan manisnya ibadat. Seperti aku katakan, aku bersekolah di sekolah agama.
Jika tidak kerana terpaksa solat berjemaah, dan tadarus bacaan al quran, aku memang tidak akan buat. Di rumah aku langsung tidak bersolat. Aku hanya berpura-pura mengatakan ya jika bonda atau kakak aku bertanya.
Seperti dijangka, keputusan SPM aku sangat teruk. Dan aku memutuskan untuk mengambil STPM. Sama sahaja, keadaan ketagihan aku masih sama dan keputusan STPM aku juga cukup-cukup makan.
Tetapi aku direzekikan untuk menyambung Degree di sebuah IPTA terkemuka. Di sini bermulanya episod depresi aku.
Sama seperti di sekolah menengah, aku masih lemah di dalam bab pelajaran. Tetapi aku mula depressed bila dikelilingi rakan-rakan yang sangat outspoken, sentiasa tip-top dalam assignment dan pelajara.
Ah senang cerita, mereka ini “bright student”. Aku mula rasa sangat tertekan kerana tidak dapat “catch up”.
Di alam universiti ini juga aku pertama kali mempunyai telefon bimbit sendiri dan mula berjinak dengan media sosial seperti Instagram dan Twitter. Entah kenapa ketagihan aku makin teruk.
Melalui telefon bimbit aku mula explore dengan lebih jauh lagi. Dan aku juga makin kerap alami depresi. Tetapi aku tidak tahu mahu meluahkan kepada siapa. Aku terlalu takut jika orang memandang jijik kepada aku kerana perwatakan aku yang kelihatan suci dan naif.
Jauh di sudut hati aku tertanya-tanya, kenapa Allah pilih aku untuk menjadi jijik seperti ini? Sedangkan aku sendiri merasakan aku ini tersangat jijik, apatah lagi orang lain?
Di alam degree ini aku mula berkawan dengan rakan-rakan yang kerap mengajak aku ke usrah, majlis agama dan sebagainya. Sudah tentu aku mengikuti mereka, tetapi secara berpura-pura.
Bermula dari sini timbul perasaan cemburu kepada mereka. Kenapa mereka, Allah pilih untuk jadi baik, Allah gerakkan hati dan anggota badan mereka melakukan kebaikan.. tetapi aku?
Hati dan fikiran aku sentiasa inginkan keseronokan melayani p*rnografi. Malah aku sanggup berjaga malam untuk puaskan nafsu aku berona** tetapi mereka ini Allah pilih untuk berikan mereka kudrat untuk berjaga malam belajar, mengaji alquran, bersolat malam..
Aku makin tertekan apabila setiap semester result aku makin teruk.. aku sungguh-sungguh struggle di dalam pelajaran. Sedangkan kawan-kawan aku sentiasa cemerlang dan aku lihat mereka sangat bahagia.
Satu perkara yang sangat menyeksakan ialah.. setiap kali selepas relapse, badan aku terasa sangat letih.. ya kepuasannya sangat sementara. Tetapi selepas itu badan aku mula terasa sangat letih, aku sangat bencikan diri aku, aku terasa sangat jijik dengan diri sendiri.. Tetapi aku tidak boleh tinggalkan.
Bila-bila masa emosi aku boleh triggered untuk melayari semula p*rn. Dan kemudian sekali lagi aku end up untuk tersangat benci dengan diri sendiri dan merasakan lebih layak aku mati.
Yes, ada beberapa perkara aku cuba lakukan;
1. Install sejenis apps untuk kawal diri kita sekiranya relapse. Apps ini sangat berguna sebenarnya cuma aku asyik takut-takut..
Aku asyik terfikir, bagaimana jika sesuatu terjadi kepadaku dan orang lain discover apps tersebut di dalam phone aku dan kantoi bahawa aku ketagihan p*rn? (entah kenapa ya aku terlalu takut fikirkan jika orang tahu masalah ketagihan aku ini). Aku end up delete apps ini.
2. Cuba berpuasa. Ya berjaya di waktu siang. tetapi sesekali di waktu malam aku masih melayari p*rn dan berona**. Jijik bukan? Sungguh celaka hidup aku. Siang berpuasa dan malam kembali kepada maksiat.
3. Sibukkan diri. Aku masuk pelbagai persatuan dan aktif di dalam pelbagai aktiviti fakulti. Ini berjaya untuk beberapa ketika. Paling lama rasanya 2 bulan bila aku betul-betul sibuk dengan program. Tetapi aku masih relapse.
4. Aku pernah buat sesuatu yang advance seperti menyimpan pemetik api dan cuba membakar jari setiap kali timbul rasa yang triggered aku. Sekali lagi ianya berjaya hanya untuk beberapa ketika. Aku masih gagal dan relapse kemudiannya.
5. Aku setkan wallpaper phone aku kepada gambar kubur, gambar arwah abah. Kerana aku kenalpasti masalah aku berpunca apabila aku terlalu banyak masa terluang dan akses kepada phone aku.
Jadinya dengan harapan apabila aku rasa triggered dan buka phone, aku akan insaf apabila mengingati kematian. Tetapi sekali lagi, ianya bertahan beberapa ketika.
Aku sejujurnya tidak tahu bagaimana mahu terangkan keadaan depresi aku sewaktu degree. Ianya rasa celaka yang menghukum dan mengikuti aku seperti bayang-bayang. Ada ketika aku sedang bergelak ketawa dan kemudiannya satu suara berbisik kau menjijikkan, tidak layak untuk bahagia.
Dan tidak semena-mena aku menjadi murung dan berharap ada kereta yang melanggar aku sehingga mati. Sampai satu tahap aku berdoa kepada tuhan tolonglah ambil nyawa aku dan janganlah biarkan aku hidup satu hati lagi jika hanya untuk menyeksa aku dengan rasa celaka dan berdosa ini.
Bertaubat? Sudah tentu aku hambaNya yang sentiasa inngin bertaubat. Kadang-kadang semua “rasa” ini sangat menyesakkan dada aku dan aku menangis semahu-mahunya kepada Allah untuk sembuhkan aku. Aku tahu aku “sakit”. Tolonglah ya Allah berikan aku kesembuhan ini.
Tetapi itulah, selepas beberapa ketika, aku gagal dan kembali relapse. Sehingga aku berputus asa dan merasakan Tuhan sememangnya tidak mahukan aku.
Di sini bermulanya rasa “Hidup tidak bertuhan” seperti di tajuk aku. Aku mula mempersoalkan kewujudan tuhan. Aku rasakan seolah-olah Tuhan memang tidak mahukan aku. Ah, aku menaip ini dalam keadaan dadaku terasa begitu sesak. Aku mohon maaf terpaksa berhenti di sini.
Kepala aku terasa begitu sakit dan berdenyut-denyut. Sudah beberapa minggu aku depressed dan benar-benar ingin mati. Malam ini kemuncak apabila aku relapse dan kemudian menangis semahunya kerana aku benar-benar letih. Sampai bila ya Allah? Sudah lebih 20 tahun Kau seksa hidup aku begini.
Tidak layakkah aku berasa bahagia? Aku langsung tidak pinta Kau ambil Abi sewaktu aku masih kecil. Aku langsung tidak pinta jalani hidup kanak-kanak dengan sangat menjijik kan.
Kau katakan Kau lah Ar Rahman Ar Rahim? Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. tetapi kenapa Kau letakkan aku untuk jalani kehidupan yang aku tidak pinta? Sepatutnya aku yang mati.. bukan Abi..
Awalnya aku ingin menulis kepada Syed Azmi.. tetapi entahlah, aku segan dengan beliau.. Aku juga cemburu.
Beliau juga pernah alami kisah yang hitam sewaktu kanak-kanak oleh seorang ustaz. Tetapi Allah pelihara dan memilih beliau menjadi insan yang hebat dan memberi manfaat kepada masyarakat. Tetapi aku? Aku gagal sebagai hamba, anak, isteri, ibu dan pekerja. Aku gagal-segagalnya.
Maaf kepala aku makin terasa berat. Aku penat menangis. Mungkin aku akan sambung di siri kedua. Itupun sekiranya admin membenarkan post aku ini di siar.
Aku tidak berniat sebenarnya untuk menulis panjang lebar bersiri-siri. Tetapi ada banyak lagi ingin aku sentuh bagaimana celakanya hidup aku dari kesan p*rnografi ini sehingga memberi kesan ke alam pekerjaan dan perkahwinan aku.
Aku pohon secebis doa kalian untuk mendoakan agar aku sembuh. Aku benar-benar merayu. Kalian orang baik-baik yang tinggi amal dan ilmu agama. Tolong… tolong…. doakan aku. Ya, kalian juga layak mengecam aku. Mungkin ada yang akanmeninggalkan komen mengecam.
Tak apa.. aku terima.. Setiap hari aku bergelut dengan rasa ingin bunuh diri.. Mungkin Allah tak nak sembuhkan aku, tak terima taubatku kerana aku ini terlalu jijik dengan dosa. Sungguh rasa putus asa ini sungguh celaka. Tolong doakan aku? Aku merayu.
Aku akan sambung siri dua sekiranya admin approve post ini.
Selamat malam. Tolong doakan aku..
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit