Bernafsu Pada J4ntina Sendiri

Tengok tajuk pun mesti korang curious kan. Ini kisah aku. Aku perempuan yang tertarik dengan lelaki. Haa, bagus normal. Eh, sekali tertarik juga bila tengok perempuan.

Aku akui ramai perempuan di luar sana pasti pernah ‘mengidolakan perempuan lain’

Sebagai contoh, bila ternampak perempuan lawa, pasti akan terpegun dan memuji. Haa, aku harap aku jatuh dalam kategori itu. Tetapi..

Tidak ya kawan. Kalau korang tengok aku sekali imbas, memang tak boleh teka.

Sebab aku bukannya boyish sangat pun. Aku suka mekap, bertudung kemas, gemar berg4ya dan sangat feminin.

Bagaimana aku tahu aku ni bis3xual? Adakah tiba-tiba perasaan itu muncul? Aku tak tahulah orang lain tapi jalan untuk aku agak berliku2.

Start daripada kecik, umur around 7-8 tahun, aku dah mula mengagumi badan perempuan. Lawanya. Haa macam tu, masih normal lagi.

Budak kan. Tetapi bila dah 10/11 tahun, aku perasan bila tengok movie, kalau ada pelakon wanita memakai baju hingga menampakkan lurah. Pasti mata aku laju je ke situ. Aku boleh merenung berjam jam sebab suka tengok.

Bila dah remaja, of course lah ada crush banyak kan. Dah start suka lelaki. Kalau badan fit2 dan tinggi, terus cair gitu kan. Tapi, rasa tu seiringan dengan perempuan. Aku suka tengok bentuk badan perempuan, betis dia, leher dia.

Okay, sampai sinilah aku describe, tak nak lebih2. Yang penting korang paham yang aku bukan nmpak muka lawa, ahh lawanya, cantiknya dia.

Tetapi, apa yang aku nampak dan bermain dalam minda bila tengok perempuan, lebih kurang macam seorang lelaki jugaklah pendek cerita.

Tetapi, masa ni, aku masih lagi tak tahu yang itu tak normal. Aku ingat biasa-biasa je. Pastu, aku ingat ada sorang kakak senior ni muka dia comel gila, and aku pergi dekat dia cakap boleh tak nak jadi adik angkat.

Bila dia kata boleh, fuhhhh, happynya. Aku rasa macam dia milik aku. Tak ada siapa boleh ambik dia, aku dah cop. Haa buta lagi ni, masih rasa tak ada apa yang pelik.

Nak dipendekkan cerita, aku ada banyak crush lah sebab dua2 jantina aku minat hahaha. Lelaki pun ya, perempuan pun ya. Haa, bila ada perempuan yangg pegang tangan rasa berbunga hati.

Bila dah besar, korang fahamkan mengenai fitrah manusia yang bernafsu.

Dulu tengok je, sekarang bila tenung betul2 macam contoh bibir perempuan tu ke. Haa terasa macam nak, lu pikirlah sendiri hahaha. Kalau ada s3x dream, mesti dengan perempuan. Aku pun tak faham.

Tetapi aku tak pernah melayan perasaan tu. Bila ada fikiran nakal tu, cepat2 aku tepis. Aku jaga boundaries aku, baik dengan lelaki dan perempuan.

Bila dah masuk Uni, haa dah cerdik sikit kan. Barulah tahu, ada istilah straight, g4y and bis3xual ni. Pastu, saja-saja buat test kat online tu sebab rasa sangsi. Are you g4y?

Haa, tu dia. Result dia kemain terang bersuluh. You are bis3xual, you are attracted to both male and female.

Aku terpana. Time tu satu-satu memori flashback. Semua petunjuk tu daripada kecik memang dah ada dan menunjukkan aku tak normal.

Aku je tak perasan.

Dan bermulalah episod aku menangis di tandas selama 2 tahun on off disebabkan perkara ni. Iye.. ingat tak sedih ke? Sebabnya, aku kebingungan. Aku rasa kenapa aku?

Aku tak pilih pun nak ada rasa ni. Aku rasa aku ni ciptaan yang salah. Hmm, macam mana nak describe ya. Rasa diri ni macam rosak.

Faham tak? Like there’s something wrong with me. This isn’t right. Aku jadi kemurungan, rasa tak akan di terima, tiada motivasi dan sebagainya.

Nak dipendekkan cerita, aku datang satu ceramah tu. Dan di situ, ustazah tu bercerita mengenai Allah yang Maha Pengampun.

Ustazah tu juga berkata syurga memang indah tetapi sangat sukar untuk dimasuki, manakala neraka sangat sengsara tetapi senang untuk dimasuki.

Nah, sebab itu kita sering ditimpakan ujian. Ada yang lahir dalam keluarga miskin, ada yang lahir dengan sakit dan ada yang lahir dengan keluarga yang toxic. Lain orang, lain cabaran nya.

Aku pun menangis ketika mendengar ceramah itu. Ketika itu, hati aku betul2 dijentik oleh Allah. Ustazah tu, dia cakap general je. Tapi boleh kena direct tepat pada aku.

Balik ceramah tu, aku betul2 dah tak tahan. Aku kena juga cerita ni dekat seseorang. Maka, aku dtg berjumpa kawan baik ku, okay kita panggil dia K.

Aku pun luahkan dekat dia, bak kata orang mat salleh, come out gitu. Aku menangis semahu-mahunya. K ni perempuan.

Sebab tu aku hesistate nak bagitau sblm ni dan simpan saja, sebab aku tak nak simpati or even worse, aku tak nak K dah rasa tak selamat dengan aku.

Atau K rasa tak selesa ke. Aku risau sangat2 dia tak terima aku. Tapi, dia memujuk aku sambil mendakap aku. Dia menerima aku seadanya.

Alhamdulilah, aku dapat emotional support yang aku perlu. Sejak hari tu, hidup aku lebih tenang. K tetap layan aku macam biasa. Kadang2 dia sendiri lupa yang aku ni Bi.

Oh ya, walaupun aku ni Bi, tak semestinya aku tertarik kat mana-mana perempuan ya. Aku pun ada type.

Maap. Oh ya, sambung balik, mana tadi dah.. Oh ya tenang. Aku lebih gembira dan bersemangat. Sebab apa? Sebab aku dah boleh accept diri aku.

Kini, aku dah mempunyai kekasih hati(ehem lelaki). Dia tak pernah tahu sisi aku yang ini dan takkan tak tahu pun. Cukuplah Allah saja yang tahu aib ini.

Aku kiranya bertuahlah sebab suka dua2 jantina. Aku tak mampu bayang kalau orang lain yang hanya tertarik pada satu jantina je.

Bagaimana mereka mahu survive? Sudahlah tidak bernafsu pada opposite gender, rasanya membujang sampai ke tua sajalah. MashaAllah, kuatnya perjuangan mereka mempertahankan keimanan di dada.

Aku harap tiada pasangan g4y yang berkahwin untuk menutup aib ini dan kemudian menyeksa pasangannya secara batin. Kalau tidak mampu beri nafkah batin, nasihat aku adalah jangan kahwin. Kasihan… Haram tu hukumnya.

Apa yang aku belajar dan rasa kini adalah aku ni bukan suatu kesilapan. Perasaan ini adalah fitrah manusia. Datang daripada Allah, maka aku tak boleh salahkan sesiapa terutamanya Allah S.W.T.

Inilah takdir aku. Kalau manusia mempunyai perasaan terhadap orang lain, itu adalah fitrah.

Bukan salah dia, dia tak pilih pun. Tetapi, yang menjadi salah bila dia choose to act upon it. Selagi aku tak mendekati zina, seperti bercouple, berdating sebagainya.

Selagi itu, tiada apa masalah. Ini adalah jihad aku sebagai seorang muslimah yang biseksual. Aku kuatkan diri kerana Allah. Aku tepis segala godaan kerana Allah. Aku hidup hanya kerana Allah S.W.T

Maka, untuk pembaca di luar sana yang beragama islam tetapi mempunyai nafsu songsang. Tabahlah anda menjalani kehidupan ini, sahabat.

Sesungguhnya, anda adalah insan terpilih untuk menghadapi ujian ini. Allah tahu anda kuat. You are not a mistake. You are good enough.

You are strong. Dunia ni hanyalah sementara. Dunia ni memang penjara untuk orang islam sebab yang bebas indah nanti, di syurga yang hakiki.

Setiap kesukaran anda ni, akan diberikan ganjarannya. Sahabat, anggaplah hari hari yang mendatang ini sebagai satu pejuangan.

A battle to win the ultimate prize, tempat di sebelah yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Tuhan yang satu, Allah S.W.T.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *