Berniaga Biar Jujur

Assalamualaikum.

Di sini aku ingin meluahkan satu kekesalan yg dah lama saya rasakan terhadap kebanyakan penjual-penjual makanan di luar sana. Kecewa tak bila kita beli makanan penuh satu pinggan, dah bayar dan baca bismillah, tiba nya nasi yg kita beli tadi ke dalam mulut dan melalu oesophagus, tiba-tiba kita merasakan rasa yang sangat tidak enak dan akhirnya kita terpaksa memuntahkan kembali nasi tersebut?

Ha benda ni la yg hampir setiap kali aku dan ramai pemakan-pemakan lain terpaksa hadap (terutamanya pelajar sister yg tinggal dekat mahallah). Sebagai student IPTA yg mengharapkan duit elaun tidak seberapa setiap bulan dan bukan sejenis yg sentiasa mempunyai duit untuk makan dkt kedai hipster setiap hari, aku adalah salah seorang yg sentiasa bergantung dkt cafe hostel untuk makan, ye lah sebab cafe hostel kan kira murah daripada kau makan kat restoran luar. Tapi Ya Allah peritnya rasa hati dan anak tekak bila cafe tempat kau bergantung harap tu lah yg merosakkan perut kau.

Bayangkan la kalau tiap hari lauk-pauk yg dihidangkan dekat cafe tu tak habis, dan selagi tak habis selagi itu lah pengusaha cafe tu akan panaskan lauk tersebut selama berhari-hari walaupun lauk tu dah tak rupa lauk. Contohnya dkt cafe satu ni, aku perasan lauk dia setiap hari tak habis dan aku berani kerat jari cakap yg pengusaha cafe tu tetap guna teknik panas memanaskan setiap hari sampai ayam yg sepatutnya menyelerakan tu dah tak ada rupa ayam. Lagi-lagi masakan berasaskan santan – kari, gulai. Kadang-kadang rasa kari dan gulai tu dah macam dimasak minggu lepas, masam! Tak rasa bersalahkan wahai pengusaha cafe, menganiaya perut kami para pelajar yg kelaparan.

Jangan cakap “Oh masak je la sendiri, mahasiswa kena berdikari”. NO because polisi hostel kami adalah tidak boleh memasak di dalam asrama. So memang bergantung harap dkt makanan cafe je. Terpaksa bedal walaupun kari basi, mee goreng berlendir mungkin dari pagi, sambal ayam penyet rasa macam cili boh belum masak etc etc. Bukan tak komplen dkt pengusaha cafe, tp setiap kali mengadu masakan basi, seperti mencurahkan air ke daun keladi.

Lagi sejenis penipuan pengusaha makanan yg dikesali,

Ada satu hari tu ada festival dkt kampus. Aku pun dengan penuh kelaparan beli la Nasi campur yg dijual dkt bazar tersebut. Nasi seciput, ayam seketul kecik je, popppp RM7. Aduh sakitnya tu di sini. Jujur aku cakap ayam yg aku dapat tu kecik gila! Nasi sesenduk je tapi harga dia mcm dapat Peha Ayam dan Nasi normal portion.

Lagi satu peristiwa is bila aku beli Air MANGGA 100% Jus Asli katanya. Buah mangga dia susun cantik-cantik depan gerai, nak meyakinkan pembeli yg mangga dia mmg pure mangga lah kot. Aku pun beli, bila minum….. YA RABBI mangga asli apa dia mmg sah sah rasa mangga kordial! Kenapa nak menipu pembeli macam tu sekali.

And lastly is aku beli Lasagna, rupa dah cantik, sangat menyelerakan. Aku sebagai hantu masakan western ni dah berkobar-kobar nak makan. Balik bilik, belek lasagna, alangkah kecewa nya rasa bila rupanya, sekeping je lapisan lasagna yg ada, dekat bahagian atas sekali. Dalam nya just kentang, kentang, daging tak seberapa, sayur dan bahan-bahan lain yg dimasak dan tak sepatutnya dilabelkan sebagai lasagna pun .

“Lasagne”, or the singular “lasagna”, commonly refers to a dish made with SEVERAL LAYERS of lasagne sheets alternated with sauces and other ingredients, such as meats and cheese.

Ni sepatutnya lasagna kau. Belum lagi aku cerita macam mana satu hari tu dekat bazar festival jugak, aku beli lasagna dan lapisan-lapisan yg sepatutnya lapisan LASAGNA itu digubah menjadi lapisan roti. Kecewa.

Mungkin akan ada yg tak setuju bila aku katakan jenis penjual begini adalah penjual yg menipu dan tak amanah. Mungkin akan ada yg back up dgn mengatakan, setiap penjual boleh menggubah menu mengikut cita-rasa mereka sendiri.

Tapi bagi aku, bila kau dah state dekat sana JUS MANGGA 100% ASLI – pembeli akan menganggap jus tersebut adalah betul-betul asli dan bukan cordial.

Bila kau dah state menu kau adalah lasagna – pembeli akan serta-merta anggap itu adalah seperti lasagna yang ori, unless kau mention “ini lasagna roti, ini lasagna yg menggunakan sekeping sahaja pasta untuk mengaburi potato potato di dalamnya”.

Dan bila kau berniaga kedai makan terutamanya, pelanggan menetapkan 100% kepercayaan kepada kau untuk hidangkan makanan yg segar baru dimasak, dan bukan dipanaskan berulang kali sampai dah basi tetap dihidang lagi.

Maka para peniaga perusaha makanan sekalian, aku mohon, tolonglah bersikap jujur dalam berniaga. Kecewa bila mostly peniaga yg aku terkena ni semua peniaga-peniaga Melayu. Please, quality over quantity. Pekerjaan kau itu amanah, duit pendapatan itu sepatutnya duit halal untuk kau suapkan kepada keluarga kau. Tolong lah bersikap jujur dan bukan sekadar kaut untung semata-mata.

– Aimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit