Berniaga Jangan Untuk Kaya Semata-mata

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan artikel ini. Saya dapat jangkakan mungkin ramai yang tidak setuju dengan artikel ini, tetapi ketahuilah kebenaran tetap kebenaran. Tatkala ini, ramai di antara terfikir, berfikir, merancang, bermula, sedang, dan telah berjaya dalam perniagaan masing-masing. Dengan dunia moden sekarang, arus kehidupannya memerlukan kewangan yang mantap untuk mengharungi kehidupan dengan penuh kesenangan, bahagia dan aman.

Alhamdulillah, sekarang ini majoriti rakyat Malaysia mempunyai perniagaan sendiri yang boleh membantu kewangan sendiri, suami, dan keluarga. Ada yang meniaga dengan membuka gerai, menjual di opis dan yang paling trending perniagaan atas talian. Perniagaan yang dijalankan bergantung kepada kemampuan modal kita masing-masing. Saya amat menyokong kepada semua yang menjalankan perniagaan sama ada untuk membantu keluarga, ingin lebih senang, lebih bertanggungjawab, dapat menimba ilmu perniagaan dan seterusnya berjaya dalam hidup.

Apabila bermulanya perniagaan, jika ada hasilnya, ia menjadi salah satu punca pendapatan kita bermaksud juga ia salah satu rezeki untuk kita. Dan jika namanya dah menjadi rezeki, kita perlu menjaganya dengan baik dan perlu diberi perhatian dari segala aspek. Persoalannya di sini adakah rezeki yang kita dapat itu benar-benar berkat? Macam mana kita nak thu? Ok, kita memang perlu lihat perniagaan kita dari setiap sudut dan aspek. Sebab itu sebelum kita memilih jenis perniagaan, kita perlu buat kajian menyeluruh bukan sahaja sebab takut rugi, tapi perlu juga kita fikirkan adakah jenis perniagaan yang kita pilih itu memberi keberkatan pada rezeki kita.

Di antara jenis-jenis perniagaan yang sangat tinggi dipilih oleh rakyat Malaysia dalam perniagaan adalah produk kesihatan, produk kecantikan, makanan dan lain-lain lagi. Apa yang saya ingin tekankan di sini, sebelum kita menjual sesuatu produk, adakah kita kaji dulu produk tersebut? Ada tak kesan sampingan, kalau tiada, anda berpandukan kepada siapa…? Tuan punya produk? Atau agen berdekatan? Kalau kita tanya agen dan sewaktu dengannya, pastinya jawapan yang baik-baik belaka akan diberikan.

Tuan/puan, tahukah anda, jika kita tahu produk yang kita mempunyai kesan sampingan, tapi kita jual juga, rezeki kita boleh jatuh kepada haram. Kalau kita tak serius buat kajian sebelum jual, kita jual juga walaupun sah-sah tiada kelulusan Kementerian kesihatan Malaysia(KKM), macamana rezeki kita nak berkat. Kalau kita dah yakin yang produk kita jual itu tak berisiko, tapi sebab agen yang bagitau, rasa puas ke kalau dapat rezeki banyak tanpa usaha kaji sendiri produk tu? Macamana kalau agen tipu?

Tuan puan, janganlah sebab nak kaya cepat, rezeki kita tercemar tanpa sedar. Sebab dari rezeki itulah kita bersedekah, dapat pahala, tapi kalau produk dijual tiada kajian, tiada kelulusan, berdosa pula. Saya menasihati diri saya sendiri dan anda supaya kajilah produk tu sebelum jual, kaya macam mana pun kita berniaga, kalau produk itu mendatangkan kemudaratan, tiada gunanya. Tapi walaupun untung ciput, apa yang kita jual mendatangkan manfaat kepada orang lain, kita akan kaya dengan pelbagai rezeki lain seperti rezeki kesihatan, rezeki anak, rezeki kebahagiaan dan lain-lain. Sekian.

– Oel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit