Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin sbb sudi menyiarkan penulisan sy pd kali ini.
Nama aku Ahfa. Berumur 23 tahun. Seorang graduan segar dalam bidang perakaunan. Ilmu perniagaan mmg dh kt hujung jari aku. Bkn nk berlagak mahupun riak, tp aku mmg dh sebati dgn perniagaan. Tambahan pula, ramai kenalan aku menceburi bidang sebegini.
Perasan x org kite dh mula serious dlm berniaga? Alhamdulillah. Tahniah. Kalau diperhatikan, mereka menceburi dalam industri makanan&minuman (F&B – Food & Beverages) dan industri kosmetik. Dua industri ni mmg naik dr dlu sampai sekarang.
Walaupun ramai yg menceburi bidang sebegini, aku tetap pantang kalau ade yg berniaga tp tidak berilmu. Ape gune aku belajar tggi2 tp xnk menggunakan kepakaran aku?
Perasaan aku lebih kurang sama dgn doktor perubatan di luar sana yg aktif di media sosial. Penat2 belajar bertahun-tahun, jd doktor pelatih 2 tahun sebelum bergelar doktor perubatan, tp masyarkat tetap nk gune ubat dan supplement tah pape. Dh tenat br cr doktor. Mcm tu jgak aku. Perniagaan dh goyang, br cr aku minta nasihat.
Berniaga tp tak berilmu satu hal. Ade pulak berilmu tp berguru dgn individu yg self claim sbg mentor atau sifu. Mereka tu bkn nye mahir dalam bidang tu pon. Sekadar mengaburi peserta dgn penampilan yg menarik dan gelaran yg palsu.
Hari tu ade sorg penulis meluahkan bahawa dia anak businessman dan dia akui, berniaga tak menyebabkan kau kaya. Ok. Ini aku setuju. Sbb mostly client aku semua xkaya mana pon. Tapi mereka berniaga sbb seronok menjadi ‘ketua’. Aku xpaham knp peniaga skrg bole kaya gile2 walhal aku yg berada dlm bidang ni pon akui berniaga tak menjadikan kau kaya.
Aku ade sorg client. Masyuk client ni. Selalu dpt tender kerajaan. Ak cek sales dia mmg padu. Lima belas juta. Tp aku kira untung dia, negatif tujuh ratus dua ribu. Haa. Lagi besar periuk, lagi besar keraknya.
Rasulullah seorang peniaga suatu ketika dahulu. Tp meniaga dalam keadaan miskin. Buktinya, sewaktu beliau pulang ke rumah, isterinya sedih. Rupanya di dapur hanya ada sebiji buah tamar. Lalu baginda belah dua. Separuh untuk beliau dan separuh utk isteri. Sampai mcm tu sekali.
Aku bukan nak kata berniaga bole buat kau rugi. Tidak. Tp aku pelik knp org skrg bole kaya dengan cepat. Nak kaya, tak mustahil. Nak letak perniagaan di zon yg selesa pon susah, inikan pula nk letak perniagaan di zon yg mewah?
Nak cerita pasal perniagaan mmg panjang. Tp penulisan kali ini aku nk tekankan soal harga.
Bile aku selidik satu per satu, rupanya harga pasaran yg ditawarkan terlalu mahal. Malah, produk atau perkhidmatan tempatan lg jauh mahal berbanding import.
Pelik juga harga barang mahal2 ni. Kite berniaga sbb nk bantu org. Kau lapar? Meh ak bukak kedai makan. Kau bosan bj yg sama? Meh ak bkk kedai baju. Tp letak harga mahal2 ni mcm menindas org.
Aku bukan nk sangka buruk dan serkap jarang terlalu awal. Mesti ade sebab knp harga mereka mahal. Jadinya, aku kena gunakan kepakaran aku utk tahu kenapa benda mcm ni bole berlaku. Aku dh dpt rungkai sebab harga jadi mahal.
Pertama. GST 6% (Goods, Services and Tax) yg menggantikan SST 10% (Sales, Services and Tax). Dr segi mata kasar, GST lg murah sbb kadar peratus turun sebanyak 4%. Tapi, beza dia adalah tier. SST gune single tier (mandatory) dan GST gune mutiple tier (option).
Tak paham? Ok. Analogi dia mcm ni. Rantai perniagaan selalu nya mcm ni. Pengeluar – Kilang – Gedung – Borong – Runcit – Pengguna. Dlm 6 rantai perniagaan ni, SST hanya bole dikenakan sekali sahaja. Kalau Pengeluar dh kenakan cukai 10%, jdnye dr kilang smpi ke pengguna dh xbole ade ape ape cukai. Kosong.
Beza dgn GST, multiple tier. Dr pengeluar smpi ke pengguna ade cukai. Silap silap kite terima barang tu dgn cukai terkumpul 36%.
Igt x Pak Mak Menteri ade ckp, GST bole turunkan harga barang. Betul lah ape dia kata. Cumanya dia cakap tak habis. GST bole turunkan harga KALAU peniaga menggunakan konsep single tier. Kerajaan xkata GST wajib multipe tier. Tp kerajaan bg pelepasan utk multiple tier.
Ye. Masih ade lg peniaga yg menggunakan GST berkonsepkan single tier. Biasanya ade perjanjian dlm rantai perniagaan tu. Kalau nk dpt 0% GST dr kilang, pemborong kne beli sekian sekian jumlah dlm 1 resit. Ade. Aku dh jmp. Perasan x ade peniaga buat advertisement mcm ni, “Biar kami tanggung 6% GST. Biar kami rugi. Asalkan anda puas”. Itu salah satu contoh anda dpt brg dgn 0% GST walaupun barangan tersebut perlu dikenakan GST.
Kedua, harga bahan mentah mahal. Rasanya tak perlu terang. Semua faham. Tapi yg pelik, knp otak peniaga ni tak nak fikir panjang? Kalau btl bahan mentah tu mahal, cari la yg murah. Cari pembekal yg murah. Bkn ke peniaga ni kena kreatif?
Dekat Malaysia ni, semua barang ade pilihan. Ade satu sahaja kita takde pilihan. Nak tak nak, kena hadap jugak. Iaitu elektrik. Di bawah TNB. Dr Utara smpi Selatan, Barat ke Timur, Sabah Sarawak menggunakan elektrik yg sama taarif nya. Kalau kau kata air negeri kau mahal, pindah la negeri yg air murah. Buka ke ciri2 usahawan adlh individu yg sentiasa amik peluang keemasan?
Ketiga, barang berkualiti. Biasanya barang kualiti mmg mahal. Takleh kata apa. Cuba beli bj Uniqlo dkt Outlet dgn bj Uniqlo dkt Bundle. Beza kan?
Keempat, brg tu ade ‘nama’. Kata lain, trademark / patent / copyright. Kalau produk ni ade nama2 mcm ni, mmg mahal. Kau bkn bayar barang je, tp kau bayar loyalty dia. Perasan x ko pergi Klinik Ahmad. Tp bile jmp doktor, ttbe doktor Farhan. Pastu nk byr jd mahal. Ini lah dia. Kau bayar perkhidmatan atas nama Farhan yg dikendalikan oleh Ahmad.
Kelima, minyak naik. Semua org faham. Tak perlu terang. Bile minyak naik, peniaga terpaksa naikkan harga sbb dia pon perlukan minyak utk bergerak. Tapi yg ak bengang, bile minyak naik, kau org yg pertama akan naikan harga. Tp bile minyak turun, adakah kau orang pertama yg turunkan harga? Harga naik kemain salahkan kerajaan. Harga turun ttbe senyap.
Keenam, sewa tapak yg mahal. Ade peniaga yg naikkan harga brg sbb sewa tapak mahal. Pendapat aku secara peribadi, kalau kau xmampu nk sewa tapak mahal2, jgn mengada berbuat demikian. Point plg penting kt sini adlh marketing. Kalo marketing ko power, ko jual kt ceruk hutan pon org cr. Kalau marketing ko low, ko jual tmpt crowd ramai pon, sama je.
Sebagai seorang peniaga, anda tak bole jadikan sebab ini utk bertindak luar batasan. You are the problem solver. Aku mmg tak berminat kalau ade yg salahkan pihak lain utk keselesaan dia sendiri.
Nak letak harga terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan ade banyak cara. Tapi aku bg tau dua cara yg digunakan oleh orang kita sendiri.
Pertama, ikut harga pasaran. Ini biasa orang buat. Contohnya kau nak berniaga tudung. Pasaran jual pada harga RM25. Kau ade 3 pilihan. Sama ada nk jual sama pd harga RM25 atau nak jual murah atau nak jual mahal.
Kalau kau jual pd harga pasaran. Biasanya org tak kan bising. Kalau ade yg persoalkan, jwpn mesti sama, “Kat mana2 pon RM25”.
Kalau kau jual murah skit. Ini salah satu taktik utk kau tarik pelanggan baru dan pelanggan lama utk beli lg.
Kalau kau jual mahal skit, biasanya tudung kau ade ‘value-added’. Cthnye ade batu ke.
Kedua, formula ringkas. Formula dia mcm ni, harga kos barang merupakan hasil tambah kos bahan, kos pekerja, kos perbelanjaan dan kos sampingan. Formula ni akan dpt kos bahan utk sesuatu produk. Kemudian, anda perlu darabkan peratus keuntungan untuk dpt jumlah harga yang perlu dijual di pasaran.
Cthnye kau nk jual tudung. Kos bahan mestilah kain tu sendiri. Kos pekerja adlh upah individu yg nk potong jahit kain tu utk jd tudung. Kos perbelanjaan pula kos yg digunakan utk hasilkan tudung tu, cthnye benang. Kos sampingan adlh kos yg takde kaitan dengan tudung, tp sedikit sebanyak dia membantu penghasilan tudung tu. Cthnye, packaging utk jual tudung tu. Kalau takde packaging, macam mana nak hantar kat pelanggan.
Maaf kata. Peniaga yg xde ilmu dan tamak biasanya akan pilih harga pasaran utk letak harga produk atau perkhidmatan mereka.
Tak dinafikan, formula ringkas agak mengelirukan. Tapi tak mustahil sbb ini produk anda. Anda mesti tahu kos setiap barang.
Aku sendiri ade sorg kenalan. Baru je berjinak-jinak dlm industri kosmetik. Dsbbkn dia tarik aku utk jd perunding kewangan, aku sempat korek beberapa rahsia.
“Kau jual ape?”
“Scrub”
“Kilang kt mana?”
*Diam*
“Dh buat pilot test?”
“Pilot test tu ape?”
“Dh buat clinical proven”
*Diam*
“Dh amik sijil halal dr Jakim?”
*Diam*
“KKM pulak ape cite?”
*Diam*
“So ko jual poduk ni brp?”
“RM70. Ok la kan semua jual harga ni.”
“Kos brp utk hasilkan semua ni bg 1 unit?”
“RM30”
“Serious ah RM30? Ko markup lebih dua kali ganda.”
Ckup ak tny soalan ni. Semua bnd aku dh dpt jwpn. Ni la kelemahan individu yg nak berniaga tp xberilmu. Aku belum kupas isu riba lg ni.
Dengan contoh sedemikian, aku yakin produk tempatan boleh dijual pada harga yg murah. Tapi dsbbkn sikap tamak dan tidak berilmu, semua jd mahal. Kemudian, mereka akan salahkan pihak lain (Sila rujuk 6 sebab diatas) utk tutup masalah mereka.
Aku mmg dh lama perhatikan produk tempatan kita mahal. Tapi xleh buat ape. Nak lapor kpd pihak berkuasa pon, barang mereka bukan keperluan asas. Malah, mereka label harga jualan. Jdnye, tiada unsur ditipu. Nak beli, pergi buat pesanan. Taknak? berambus.
Aku yakin dalam kalangan kita mesti akan kata harga barangan tu mahal selepas dibuat perbandingan. Produk A RM30. Produk B RM32. Terus kata produk B mahal walaupun bezanya adalah RM2.
Aku pon buat perbandingan sedemikian dr dlu smpi skrg. Tp ak ade cara baru utk kenal pasti sendiri harga mereka mahal dan tak masuk akal. Mahal tp bole diterima xpe lg. Ni mahal sampai menindas org. Nak tahu cara lg advance? Meh ak share.
Pertama, kau tggu dia buat promosi. Anda kena tahu ye. Promosi berlaku bila peniaga akan turunkan harga tanpa mengalami apa2 kerugian. Contohnya harga pasaran sesuatu produk RM20. Kos dia RM15. Jdnye dia dpt untung RM5 la kan? Bile promosi dbuat, mgkn dia jual RM18 je. Biasa dia untung RM5, promosi pny psl xpe lah untung RM3.
Kau tengok peniaga sekarang buat promosi macam mana? Bukan main hebat. Diskaun 50%. Cube bandingkan dgn produk berjenama dan barangan import. Mereka sangat jarang buat promosi menggila. Bukan mereka kedekut, tp mereka ambil keuntungan yg sedikit. Sebab itu mereka hanya boleh bagi diskaun yg sedikit. Bile mereka bg diskaun 20%, anda kata mereka kedekut. Tp bg mereka, 20% dah sgt byk bg mereka.
Aku pernah jumpa satu produk kosmetik. Harga dia RM155. Mmg mahal. Tp ak pejam mata sebab memikirkan produk tempatan. Bile promosi berlangsung, mereka jual pada harga RM100. Masa ni aku terkejut sgt2. Dengan harga RM100 pon mereka bole dpt keuntungan, apa tah lg dengan harga RM155. Sejak itu, mmg aku boikot produk ni. Menindas pengguna.
Cara yang kedua, melalui agen. Perasan kan produk tempatan bersepah agen dan dropship. Aku tak faham konsep agen dan dropship ni sbenanye. Alasan mereka mudah, tak menang tangan nak jawab permintaan pelanggan. Kalau betul kau tak menang tangan, pergi cari pekerja lah. Bukan ke perniagaan ni membuka peluang pekerjaan? Tapi mereka taknak, sbb taknak byr RM1000 sebulan (kadar minima yg ditetapkan oleh kerajaan) kepada seorang pekerja. Kat sini pon dh tau mereka tamak.
Kalau betul taknak bayar pekerja RM1000. Pergi cr jiran sebelah rumah untung tolong kau. Bayar mereka sejam dua pon oke dah. Jadi lah sekali kerja dpt RM20. Lepas duit makan sehari. Kalau hari2 dia tolong kau, kau bayar dia RM600 je pon. Jimat RM400. Tp taknak. Nak jugak cari agen.
Dia org pilih cara agen ni sebab mudah, tak payah cari pelanggan. Bayangkan seorang agen kena beli barang minima 30 unit. Seolah-olah kau dh dpt 30 pelanggan dalam 1 masa. Jahat kan cara ni?
Ok. Berbalik kpd agen ni kan. Aku pernah jadi satu agen. Produk ni berharga RM200. Sebelum menjadi agen, aku acapkali tanya kenapa mahal sangat. Aku termakan kata-kata mereka yg mengatakan produk mereka bagus dan berkualiti. Bile aku jd agen, semuanya terungkai. Takde la bagus mana. Aku beli produk tersebut dgn harga RM140. Aku dpt komisyen sebanyak RM60. Cube bayangkan HQ jual kt aku pon dpt komisyen RM60. Menindas pengguna bukan? Cube bayangkan HQ jual direct RM200 kepada pengguna dengan keuntungan RM120. Sangat sangat terkesan.
Aku memang tak suka konsep agen ni sbenanye. Tunggu satu hari nnt, kebiasaan nya ade individu yg akan cube utk sailang pelanggan orang.
Cukup lah dua cara ni anda dah boleh tahu sendiri perniagaan mereka macam mana.
Aku mohon maaf sekiranya anda merasakan tindakan saya seperti menutup periuk nasi anda. Saya terpaksa meluahkan sebab saya rasa kedudukan saya dalam ilmu perakaunan tergugat bile anda berniaga tapi tidak berilmu, malas menindas golongan tertentu.
Kalau ade ‘owner’ sesuatu produk atau perkhidmatan terbaca luahan saya, mohon untuk anda sendiri duduk semeja berbincang dan kaji sendiri dengan ‘business partner’ tentang hala tuju anda sendiri. Tak manis jika anda kaya duit tapi miskin akhlak dan budi pekerti.
Aku seorang memang tak mampu nak ubah semua. Tapi buat masa sekarang, aku dah berjaya memboikot produk atau perkhidmatan yang menawarkan harga yang tidak masuk akal.
Kekayaan anda tak luak kalau saya lari. Tapi saya yakin, dengan tindakan sy sebigini, sedikit sebanyak telah membuktikan saya seorang pelanggan yang bijak.
Saya rasa smpi di sini sahaja coretan saya pd kali ini. Panjang sgt dh ni. Kalau ade isu berbangkit berkenaan perniagaan, saya akan muncul kembali.
Sekian.
– Ahfa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit