Saya merupakan anak ke-5 dari 7 beradik. Hanya saya yang menyambung pelajaran dan graduate dari local U.
Manakala adik beradik yang lain berkahwin lepas spm. Dan kesemua mereka tinggal di kampung berdekatan rumah Abah.
Abah bekerja keras sejak muda, berniaga lembu dan ayam dan sangat komited dalam beli tanah, shoplot, bina rumah sewa, dan menabung cash untuk simpanan.
Selepas grad, saya mengikut suami ke UK untuk menyambung Master dan kami pulang ke Msia selepas 6 tahun disana bekerja sambil habiskan Master.
Pulang nya ke Msia, kami berdua tubuhkan consultan company. Saya bekerja di Arkitek firm, dan suami uruskan cari project untuk syarikat perunding arkitek kami.
10 tahun berlalu, projek2 yang kami dapat projek kecil dan sederhana namun bukan senang dan mudah untuk dapatkan projek. Harus lobi, uruskan dari peringkat rekabentuk hingga penyerahan kpd client.
Overhead pula sangat tinggi untuk bayar pekerja. Sangat minimal saving hasil dari bayaran projek kerana client juga bayar tidak mengikut progress claim untuk consultan service fee kami.
Saya pula berhenti kerja as Senior Arch untuk bantu suami di pejabat dan uruskan anak2.
Covid dan pkp melanda Msia pada 2020. Tiada satu payment pon masuk dari client, construction ditangguh kan, projek2 ada yang dibatal dan ditangguh, overhead dan pekerja kami terpaksa bayar macam biasa,
Saving semakin berkurang akhirkan kami terpaksa jual rumah, kereta, barang kemas, etc untuk maintain overhead dan kasihan kan staf2.
Stress semakin meningkat, suami kerap outstation untuk cari project dan client, kami kerap bertengkar hingga suatu masa suami ada perempuan lain dan beritahu niat nak kahwin lagi.
Kami pula tiada jodoh dan kami bercerai semasa pkp 2021. I am so broke at that time. Nasib baik masih ada lagi rumah dan sebiji kereta tapi saya tiada income. Tak lama lepas tu saya dapat offer kerja walau dengan gaji rendah.
Sekarang saya merupakan ibu tunggal, zero saving dan sangat2 struggle untuk membesarkan anak2. Tapi dengan bantuan bekas suami juga. Kami berjanji akan bersama2 jaga anak dengan baik.
Sementara di kampong, abah bina rumah untuk kesemua adik beradik saya, kereta pon abah sponsor. Mereka kesemua meniaga abah sponsor modal.
Ada yang buka kedai runcit, meniaga ternakan dan daging, buka bengkel, kesemua mereka berjaya abah tolong dan mereka tiada buat loan langsung.
Zero komitmen with bank. Tinggal di kampung dengan income meniaga, rumah mereka juga mewah banglo lot atas tanah yang abah bina. Kesemua mereka berjaya dalam busines masing2 di Kedah.
Saya senang tengok adikbdk saya senang tapi bila saya nak minta bantuan abah, Abah kata tak kan grad oversea dan company gah kamu tiada cashflow untuk bayar pekerja?
End up semua bantuan yang saya propose pada abah, abah ignore je. Tapi mungkin abah kurang faham tentang masalah saya. Abah tidak tahu sebenar nya saya susah di kl.
Kadangkala, jika kita berpendidikan pun (graduate) jika nasib tak baik, keadaan ekonomi yang tak mengizinkan dan tinggal dibandar pula jadi miskin bandar.
Manakala jangan pandang rendah pada mereka yang tinggal di kampung, tidak graduate, mereka tiada komitmen hutang bank, hasil di kampung pun banyak. Peluang kerja pasti ada. Living cost pula rendah. Tambah pula ada bantuan dari ibubapa.
Kadang saya malu nak balik kampung. Ada juga suara mengatakan grad overseas, duduk kl, ada company, tapi hidup susah juga. Baik kita yang duduk di kampung ni. Mereka tidak tahu struggle kita. Tapi saya pekak kan je telinga.
Sekarang saya merupa kan single mom yang kembali bekerja, tiada saving, hidup sederhana dibandar, struggle dengan living cost di bandar dan masih makan gaji.
Harapan saya, di usia sebelum 45 nanti, saya sudah mampu ada saving yang mencukupi dan nak bina rumah dan tinggal di kampung pula. Hidup sederhana. At least saya ada keluarga di kampung.
– Fiza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit