Assalamualaikum semua. Saya cuma nak share pengalaman & pandangan saya sepanjang hidup saya selama sebagai seorang bekas pelajar & pekerja yang da bekerja selama 12 tahun sehingga ke hari ini.
Saya masih single & menetap di KL. Alhamdulillah berkat kerja & ibubapa saya, saya mampu membeli rumah sendiri pada tahun 2019 & kini tinggal bersama 3 ekor kucing.
Saya tak nak cakap pasal isu single & perkahwinan ya. So saya mulakan dengan bab orang yang berpelajaran. So di tahun 2000 an dan sebelumnya, stigma, semakin tinggi pendidikan semakin dipandang tinggi la kononnya. Ada betulnya tapi tak semestinya.
Semasa di sekolah, saya ni memang pelajar biasa2 je bukan pelajar cemerlang tapi bukan juga yang tercorot atau yang bermasalah di sekolah. 2 jenis pelajar famous kat sekolah selalunya pelajar yang perform gila2 dan top 10 & lagi satu pelajar yang bermasalah dari segi displin.
Pelajar yang top perform ni memang mendapat perhatian la sampai cikgu2 pun layan like first class compare student macam saya ni. Mereka ni umpama macam selebriti kat sekolah dirai dan disanjung.
Ya bagi aku tak salah pun, even aku pun ada juga sanjung pelajar2 ni sehingga aku tanamkan goal nak jadi mcm diorang. Walaupun tak berjaya tapi at least kita belajar sesuatu dari mereka.
Aku mulakan dengan geng pelajar2 perform ni. Selalunya aku perhatikan yang top 1 sampai 3 ni takdelah sombong sangat act biasa2 ja even bila bertegur dengan pelajar biasa2 macam saya ni.
Tapi jenis yang pandai tapi beshe2 je contoh geng kelas no. 1 & no. 2 ni, mereka ni yang kerek lebih atau acah tersangat la mulia darjat sebab berada di kelas atasan tu.
Aku tau bukan semua sebab aku juga ada kawan2 dari kelas atasan yang tak sombong berlagak & downgrade pelajar yang bawah dari level diorang tapi hakikatnya, selama 4 kali aku tukar sekolah sebab pekerjaan bapa aku tu, tu la yang aku nampak.
Mereka yang sombong ni takpa lagi tapi, merendahkan2, cakap perkataan tak sepatutnya pada pelajar yang mereka rasa below than their standard & siap ada memulaukan pula tu.
Pelajar yang bermasalah ni pula. Terus terang aku cakap, sebab aku bukan jenis suka cari masalah & merendahkan orang kecuali kalau orang tu cari pasal dengan aku Hahaha. So saya x pernah lagi kene buli dengan mereka ni.
Yang jenis top student bermasalah ni kecuali sorang budak ni la yang suka cari pasal dengan aku dulu tu tolak tepi. Kebanyakan diorang ni kalau saya tegur elok2, minta tolong apa2 ke ok je takda pun nak cakap atau merendahkan2 saya.
Saya ada juga boleh berkawan dengan diorang ni tapi takda la sampai rapat macam BFF, sebab takut saya terikut sekali perangai yang tak elok mereka tu.
Tapi mereka hormat saya & rakan2 lain yang kategori biasa2 ni. Banyak je mereka yang top 10 wanted list senarai Cikgu displin ni adalah yang pandai2 even pernah dapat award best student in subject sekian2.
Now, bila da sambung belajar ni pula, lain sebabnya masing2 nak berjaya kan, so kebanyakan kami ni akan study & tolong each other sampai berjaya dapat anugerah pelajar cemerlang.
Even saya pun merasa juga anugerah ni, masa ni baru rasa saya tak lah bodoh seperti mana saya di layan masa sekolah dulu.
Tapi lain pula, ada sesetengah pelajar ni suka pandang & treat orang based on their background orang.
Kalau orang tu from wealthy family & mak ayah tu Dato ke Tan Sri ke layanan istimewa akan diberikan. Tapi kalau orang macam saya ni dari family biasa2 je, selalunya akan dipergunakan & dipijak seperti orang gaji.
Dulu saya memang tak pandai nak backup diri terpaksa menerima apa yang dikatakan pada aku ni sebab aku nak elak masalah di kemudian hari.
Ayah aku pun da pesan hidup jangan menyusahkan orang lain. Which later I find advise tu tak berguna sangat pada orang yang mengambil kesempatan. Apa2 pun di zaman belajar itu adalah experience yang aku hadapi on orang yang berpelajaran tapi level adab yang berbeza.
Baiklah, sekarang ni alam pekerjaan pula. Selama 12 tahun saya bekerja, da ramai jenis pekerja yang saya nampak dan kene hadap. Kalau pada tahun 2019 iaitu tahun pertama saya bekerja, kebanyakan management masa tu umur 50an, 60an dan 30an tahun.
Mereka ni memang agak strict bekerja, bayangkan la, kalau nak balik on time pun dikira balik awal, tak banyak keje dan dipandang serong.
Walhal kerja memang da siap & yang mana perlu disiapkan dulu da siap.
Kadang2 ex bos saya dulu pernah, lagi berapa minit nak habis waktu kerja, time tu la email keje & nak hari tu juga siap. Bila tgok rentetan email, rupanya ex bos da dapat task from management beberapa hari awal, tapi email time kita nak balik. Kenapa tak email awal2 je kan.
Adakah banyak email sampai terlupa? Hmmm apa apa je la.
So, saya terpaksa mengikut rentak culture pada masa tu demi untuk fit & tidak menjadi isu di masa akan datang.
Tapi malangnya, bila ada seorang bekas kawan aku ni menimbulkan masalah di syarikat dan nama saya serta beberapa rakan terpalit sekali end up nama kami busuk di mata orang lain walaupun kami tidak terlibat & tahu menahu perbuatan khianat dia pada syarikat.
So ex kawan syaa ni pun memang bijak orangnya tapi sayang kerana tamak sanggup makan kawan aniayai kami. Saya tak boleh cerita lebih2 sebab ini agak privasi hehehe.
Apa2 pun kami tidak dibuang kerana memang kami tak terlibat dengan perbuatan dia. Tapi tu la kesan dia, nama kami busuk dan kami dipandang serong disebabkn kami adalah kawan dia.
Ok cerita lain pula. Saya mula kerja dengan level diploma dulu Politenik which is saya tahu ramai yang pandang serong kalau lulusan dari Politenik. Kebanyakan pekerja di tempat kerja level degree some even ada yang master level.
Bukan semua tapi kebanyakan level2 degree ni senior ke junior ke bila tau level saya cuma diploma and family saya biasa2 je bukannya wealthy, memang lain layanannya.
Ada la sorang coworkers ni, aku spill la degree dari Uitm (je pun). Dia junior dari aku, selama dia masuk team kami kerana alasan dia sakit sebab tak tahan kat tempat keje lama dia.
Saya ni la ajar dia & kalau dia buat silap ke apa bila saya tegur dengan muka berlagak ckap ok & suruh saya betul kan balik, eh saya memang nak tegur tapi fikir dia ada sakit dia sabar je la.
Dan selama bekerja dengan dia saya terpaksa tahan sikap emotional dia, ego dia & suka lepas tangan. Tapi nak ambil credit dari hasil kerja saya. Dia dengki kalau bos & orang atasan minta saya buat kerja alasan dia asyik saya je yang bos nak minta tolong.
Apa yang saya bole katakan ok dia memang selalu bangga dengan level degree dia,
& dapat layanan istimewa sikit dengan kawan2 lain yang selevel dia tapi kebanyakan mereka saya nampak memang behavior & adab je macam tu. Selalu mendowngrade orang2 yang mereka rasakan bukan level mereka.
Selepas 5 tahun bekerja, saya bertekad untuk sambung degree sebab itu memang impian dari masa sekolah lagi. So saya belajar secara part-time course degree.
Alhamdulillah saya baru tamat tahun 2021. Dari UiTM je pun. Sebabnya saya sambung di institusi ni kerana yurannya murah sikit.
Ha kat sini la perubahan yang saya nampak.
Bila saya da ada degree, saya perasan sedikit demi sedikit layanan dari coworker & bosses yang level2 degree ni da lain, takde macam sebelum ni layan kita macam orang gaji, cakap pun bertapis sedikit. Tapi sorry la, saya ni jenis boleh maafkan tapi tak mudah melupakan.
Semenjak tahun 2021 lepas, saya jadi lebih fokus my own mental health, saya jadi lebih selfish,
Kalau perlu suara saya suarakan tanpa peduli lagi perasaan orang lain sentap ke apa ke sampai nak kene MC sebab tension ke, tu bukan tanggunjawap saya, saya di bayar oleh company so I work for company within my period that I’ve been paid.
After office hours is my personal life matter.
So panjang berjela pula kan artikel ni memang jadi novel kalau saya sambung lagi. Tu belum lagi cerita layanan cikgu2, pensyarah2 & bosses hahahha.
Baiklah penutup, saya kat sini just nak simpulkan, walau setinggi mana ilmu kita ada & walaupun setinggi mana darjat kekayaan yang kita banggakan tu, tu bukan tiket untuk kita nak layan orang, menilai orang lain yang pada pandangan kita rendah dari kita.
Kerana manalah tahu, bila kita susah perlukan bantuan mereka ni la yang akan tolong kita nanti.
Terutama sekali kalau kita ni yang ada anak2 atau anak saudara, jaga2 la apa yang kita cakap pasal orang lain, bagaimana kita layan orang lain silap hari bulan mungkin tempias kene kat anak2 kita pula.
Sekian.
– Fatima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jangan pandang rendah pada UiTM! Aku paling pantang jika ada orang pandang rendah pada UiTM