Berperang Dengan Perasaan

Assalamualaikum dan hai, baru baru ni i ada terbaca confession isteri kedua.

I macam dia jugak dulu, i sangat la tak sukakan suami orang yang ingin mencari isteri kedua, ketiga dan keempat walhal dah mempunyai seorang isteri.

Dan kalau tengok pun, isteri isteri lelaki yang macam tu tak terkira baik dan cantik.

I siap mencela lelaki sebegini dan sungguh i benci dengan poligami dan suami orang yang berperangai sedemikian.

Tapi, Allah maha membolak balikkan hati, i termakan kata kata i.

I terluka dengan seorang lelaki ni, i kena tipu hidup hidup. Rupanya selama beberapa bulan i in relationship dengan boyfriend perempuan lain.

Tipu lah i tak marah, tak sedih dan tak kecewa. Dan pada masa hati i terluka, datang lah si ‘dia’ yang merupakan suami orang itu.

Sebelum sebelum ni, dah banyak kali i mengelak dan pernah sekali i cakap dengan kasar dekat dia tapi dia masih nak dekat dengan i.

Masa hati i terluka, kecewa dia lah yang memujuk i. Dia bagi i kata kata semangat, dan i tak tau la masa tu i rasa terjentik hati yang dia ni sebenarnya baik je cuma i benci disebabkan dia berstatus suami orang.

Betul la orang kata, jangan membenci sesuatu perkara secara berlebihan.

Macam yang i cakap, i termakan kata kata sendiri. I mula buka hati dan kenal dia dan i dengan dia pun mula bercinta atas pengetahuan dan kebenaran dari isteri pertama dia.

Tipu lah i tak rasa bersalah pada isteri dia. Sebagai seorang perempuan, i tau isteri dia terluka. Sebulan dua tu i boleh terima lagi, nak masuk empat ke lima bulan hati i mula berbolak balik.

I meragukan keputusan i sebab i rasa i buat benda bodoh dan menyakiti orang lain. I cuba nak berhentikan hubungan i dengan dia, tapi dia berkeras tak nak lepaskan i.

Daripada menghormati dia, i mula buat perangai emosi i. I tak hormat dia, i biadap dan i mula nak mintak putus. Banyak kali i dengan dia gaduh tapi dia still tak nak lepaskan i even i dah buat macam macam.

Dia suruh i buat istikharah sebab katanya dia dah buat dan jawapan istikharah dia tu i.

Mula mula i menolak nak buat, i cakap dia beralasan. I cakap yang i tak boleh terima poligami dan i tak nak menyakiti perasaan isteri pertama dia.

Paksa punya paksa, i pun buat la istikharah. I mimpi i berada dengan isteri pertama dan anak anak dia, looking happy. I tak boleh nak accept mimpi tu sebab bagi i, i memang tak kuat nak berpoligami.

I buat untuk seminggu, dan mimpi i berlainan. Ada mimpi tu i marah dan maki dia tapi dia tenang je. Dan ada mimpi i dengan dia dan isteri pertama pergi ke suatu tempat bersama.

I macam tak boleh nak accept. I menidakkan istikharah i. Ambil masa sebulan dua jugak i buat istikharah, mintak petunjuk kat Allah. Sebab hati dan minda i tak sama.

Dalam sebulan i mintak petunjuk tu, memang muka dia je yang i mimpi dan mimpi tu tunjuk bahagianya i bermadu.

I cakap dekat dia pasal mimpi i dan dia kata Allah dah pilih i untuk poligami.

Poligami tu indah kalau masing masing kawal emosi dan hormat each other. Dia nasihat tak semua benda yang kita benci, tak suka buruk untuk kita. I slowly terima benda tu.

Sepanjang perkenalan i dengan dia, memang banyak yang i kena. Kena pulau dengan kawan kawan, orang sekeliling mengata even family i dan parents i sendiri mengata kat belakang i.

Kena dera mental memang sakit. Banyak dugaan sepanjang i kenal dengan dia, tapi dia la jadi penguat i dan sekarang i dengan dia dah nak kahwin. I dah mula tak fikirkan kata kata orang lain.

Sebab bagi i, Allah jadikan dia perantara untuk bimbing i ke jalan yang baik. Dia banyak ubah pemakaian dan perangai i.

I mula nak solat dan mula pakai baju labuh, berstokin dan handsock. Banyak benda positive yang dia bawak dalam life i.

For me, yang nak jalani hidup tu i dengan dia bukannya orang yang sibuk mengata.

Mulut orang kita tak boleh nak tutup, hati orang kita tak boleh nak paksa suka kat kita. Dia yang lebih kenal diri i berbanding orang lain, so tak perlu nak kesah pasal orang sekeliling.

Pada orang diluar sana, bukannya kitorang merampas atau merosakkan rumah tangga. Bukan tak mengelak atau cuba membenci, tapi kalau dah ditakdirkan oleh Allah siapa la kita untuk menidakkan.

I pernah kat tempat you guys, mencela isteri isteri kedua/ke 3/ke 4, now i sendiri dah lalui benda tu.

Bukan tak cuba, tapi dah cuba sehabis baik mengelak. Dan bukan semua isteri kedua nak jadi yang kedua.

Jaga lisan dan jaga hati. Ada sebab Allah membolehkan poligami dan bukan semua orang boleh berpoligami.

– Miss lost (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *