Hai semua, kalini saya nak cerita lebih lagi tentang confessions saya haritu pasal Rindu dan Trauma, (https://iiumc.com/rindu-dan-trauma/).
Sebelum tu, saya minta maaf kalau ayat saya sape yang tak faham. Kenalkan balik. Saya gelar diri saya K ya.
Bila saya luahkan kisah yang saya simpan, tanggung sendiri, perasaan tu sakit sangat. Bila saya menaip pun saya terikut2 emosi saya seperti kisah 11 tahun lepas yang berlaku waktu zaman saya sekolah iaitu pada tahun 2010
Dendam pada pembuli? Ya kalau siapa terbaca confessions saya pasti faham yang saya tidak move on, lupa apa semua. Yala kan benda dah lepas. Kalau nak ingat tiada guna..
Tapi. Bukan saya tidak cuba. Selama 11 tahun hingga sekarang tahun 2021 saya cuba dan terus cuba. Sejak peristiwa tu emosi saya macam tak stabil sampai la sekarang. Saya pun tak faham diri saya macam mana. Kejap ok. Kejap tak ok. Berubah2.
Seperti saya luah sebelum ni, saya kerap dapat gangguan waktu malam. Ya. Saya susah nak tidur. Macam2 aktiviti saya buat sebelum malam untuk senang saya terlelap, kadang2 berjaya kadang2 tidak.
Bila nak tidur saja saya terfikir kisah 11 tahun lepas yang saya teruk dibuli itu. Saya tak tenang.. 1 malam tak dapat tidur langsung dah basi sebab dah banyak kali.
Abang angkat yang saya luah sebelum ni yang saya kenal waktu zaman sekolah dahulu saya sangat rindu. Saya rindu dia bimbing di sekolah dulu. Dengan nasihat agama dia lah saya pelan2 bangkit kat sekolah dahulu.
Saya cuba baiki solat saya untuk lawan perasaan yang tidak ok. Macam mana nak lagi. Saya rindu dengan dia. Abang angkat yang saya gelar T. Fikiran saya berharap dia datang bimbing saya pasal agama balik sebab dia lah harapan saya untuk berubah.
Tahap fikiran saya dah sampai tu. Saya pelik dan cuba buang tapi selama 11 tahun tak dapat2 juga. Perit sangat tahan.
Trauma dan rindu. Perbuatan buli 11 tahun lepas betul2 dah berubah hidup saya. Saya jadi rasa orang tak berguna. Saya tak ada semangat.
Tapi saya cuba dan cuba pura2 kuat. Buat2 bodoh demi nak terus kan hidup selama 11 tahun tapi saya kalah dan menyerah kalah. Saya terlalu rindukan abang angkat saya. Hanya dia yang boleh ubah diri saya.
Saya dah penat. Saya dah berumur 24 tahun dah. Saya nak juga jadi orang berjaya apa semua. Dulu saya belajar di IPTA pun banyak masalah. Tak ada semangat. Kesannya saya berhenti belajar dan kerja pun tak serius. Banyak kali resign sebab perangai dan mood saya yang tak tentu.
Saya dah cuba macam2 selama 11 tahun. Cari orang2 yang beragama, luah dengan keluarga yang diorang tak faham pun. Macam tak ambil tahu tak serius. Diorang fikir saya bergurau. Tulah punca selama 11 tahun saya pendam. Saya tahan sakit.
Dan kesannya saya menderita hati sendiri. Dan suara hati saya berkata hanya abang angkat saya dahulu dapat bimbing saya balik. Saya rindukan sangat2.
Saya pernah cuba hubungi dia dekat facebook dan hantar mesej tapi tak pernah balas.. Saya kecewa tapi saya masih mengharap sampailah sekarang.
Maaf pembaca semua kalau kisah saya agak sedikit ‘over’. Saya pun tak faham sampailah bila saya tanggung semua ni. Saya nak berubah tapi sakit sangat.
Saya dah cuba kuatkan hati dekat dengan Allah tapi suara hati saya masih tak tenteram walaupun dah 11 tahun berlalu. Fitnah dan kesian buli saya dulu waktu zaman sekolah sangat teruk dan membawa kesan yang besar dengan saya.
Saya dirakam gambar b0gel. Difitnah mencuri dan saya cuba bunuh diri. Lepastu lah sampailah sekarang.. Saya tak dapat lupa sebab kejadian masa tu nasib saya tak terbela. Saya pindah sekolah saja terus senyap padahal hati saya meronta tak puas hati
Saya tak tahu nak luah macam mana lagi. Tangan saya dah berketar2 nak menaip. Rasa sakit ingat kisah lama tiba2 serang . Hati saya dah tak tentu dah. Harap pembaca semua faham luahan isi hati saya dari luahan pertama yang saya hantar iaitu trauma vs rindu tu..
Saya seperti menunggu takdir dan pasrah sahaja sekarang. Saya buntu mula dari mana untuk berubah sebab sakit sangat hati bila teringat.
Doakan saya ya satu hari nanti akan bangkit semula iaitu buang betul2 kisah lama dan hidup seperti orang normal balik.. Saya penat dah 11 tahun. Cukup lah..
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit