Berpisah atau Bertahan?

Assalammualaikum buat semua sahabat.. Aku tak tahu nak mulakan macam mana.. Aku rasa aku dah trauma dengan hidup manusia NPD (Narcissistic personality disorder) korang boleh google ya..

Hampir semua ciri2 NPD ni ada pada suami aku, aku dah berkahwin dengan F hampir 13 tahun.. Dan mengenali dia 23 tahun dari zaman sekolah lagi.

Awal perkahwinan semua indah, semua cemburu dengan kehidupan aku untung dapat mertua baik, suami baik, saudara baik2.. Semua yang baik sahaja..

Seawal tahun ke dua anak pertama lahir sahaja aku nampak dia culas dari segi nafkah, pamper, makan pakai semua..

Aku akui aku sangat2 berdikari buat dia lepas tangan.. Macam2 kerja aku buat meniaga tepi jalan, buat kuih, jual produk janji kerja halal..

Aku ringkaskan kehidupan aku dengan dia.. Masa ni aku hilang dah kelembutan aku, aku penat.. Balik kerja dari jam 5 tu terus pergi mengurut, cari nafkah anak2. Setiap minggu aku mengurut, masuk tapak2 niaga tepi jalan..

Dia, dia boleh berehat dan alasan sakit badan kalau kena hujan, nak bagi nafkah tah apa lagi diri sendiri kita tanggung, alasan dia hutang banyak…

Aku sabar, tapi alhamdulillah rezeki anak2 dulu aku kerja askar aku renti, aku fulltime niaga dan ada masa dengan keluarga..

Suami aku ada perempuan bila anak aku dah masuk dua, dia bawak yang sulong p berdating makan kfc.. Anak bini sendiri pun tak pernah belanja..

Dia sanggup beli untuk diri sendiri dari untuk anak dan bini dia.. Air RM2 pun dia susah nak keluar duit sedih beb masa itu aku mengandung..

Pernah kes anak ke dua aku tu aku nak beli pump susu aku tak da duit langsung dalam akaun hanya ada cash kat tangan nak beli pump susu online..

Aku minta dia tolong bayarkan memandangkan aku ada cash ni aku bagi kat dia terus.. Di dalam tak da duit dia aku bukak akaun dia RM13k ada beb.. Masa tu aku hulur la RM250 duit pump tu dia ambil weih.. Sedih aku..

Dah la tak pernah nak belanja nafkah semua… semua atas aku.. Apa salahnya dia belanja aku kan had mana la RM250 tu.. Aku type ni pun aku menangis tau.. Sedih sangat ingat balik masa tu.. Banyak lagi kes dia ni sampai curang..

Aku tahu bila kantoi perempuan tu mesej aku dia sedih tgok aku dengan perut aku anak aku yang ketiga masa tu, dia nekad berpisah.. Masa tu memang ada ura2 laki aku nak berpoligami, tapi aku perli2 la dia.. Anak2 yang ada ni pun tak tertanggung..

Budak tu siap mai rumah mertua makan minum makan pelam bagai.. Semua ni mertua aku cakap.. Bukan aku selidik sendiri ke apa.. Memang pengakuan mertua aku sendiri..

Yang pasti laki aku memang banyak sangat burukkan diri aku pada family aku dan famly dia sampai depa semua menjauhkan diri dari aku…

Aku masa ni serius aku rasa aku bodoh sangat bertahan dengan depa sampai la anak aku dah 6 tahun si kecil ni dulu, aku maafkan semua.. aku hanya mampu berdoa pada Allah swt.. aku syukur Allah swt bagi ujian macam ni pada aku, banyak aku belajar supaya dekat diri denganNya..

Aku makin pelahan2 lepaskan cinta aku dari suami aku.. Makin hari makin parah… aku hanya terus diam membisu dari berkata2 buruk pasal suami aku pada belah dia dan sebelah family aku..

Tup! Benda lain jadi, suami aku kena tangkap sprm.. Gelabah beb, aku sedih kenapa la dia buat kerja2 tu..

Kenapa perlu buat benda bodoh.. Kenapa suka susahkan aku.. Aku p jamin dia, sampai kena interview dengan sprm semua..

Penat beb aku nyaris nak terbabas excident masa tu aku masih kerja kat PD.. Berkursus.. Kes dia sampai sekarang tak settle lagi..

Start tu aku nampak dia berubah.. mula jaga waktu solat 1/3 pagi.. puasa, p masjid.. aku nampak perubahan tu.. tapi tanggungjawab dia tetap tak jalan..

Aku minta dia slow berubah dan bertaubat.. Aku masih terima dia.. Dan aku masih bertahan.. Walaupun dia play victim kata aku punca dia ambil rasuah.. Sebab nak desak suruh bagi nafkah.. Tapi nafkah tetap tak bagi juga..

Dia ni serba serbi dia baik.. Aku jahat dimata family dia dan aku.. Sebab dia dah racunkan depa semua.. Aku ingat dia settle dah had tu.. Aku nekad dalam hati aku incase dia buat hal lagi aku fail fasakh..

Nak jadi cita mak dia meninggal… Tak lama seminggu lepas tu datang cerita tak sedap melibatkan aku dalam urusan harta pusaka dia.. Macam biasa dia fitnahkan aku kata seolah aku nak harta depa.. Subhanallah ujian apa lagi ni.. Kakak dia maki hamun aku dan anak2 aku..

Aku sedih sejujurnya aku rasa sampai terbayang aku bunuh dia.. Aku tikam dia sampai mati.. Macam2 aku bayang.. Aku betul2 kecewa dengan kakak dia dan saudara mara dia.. Rumah mak pak aku pun aku tak ambil peduli ni kan isu rumah depa..

Malam tu aku call mak sedara dia terangkan perkara sebenar jadi malam tu aku dah luah habis pada saudara dia.. Jadi depa faham aku tak mau pun harta depa..

Bermula dari situlah aku menangis hari2, aku terkenang perbuatan dia dari dulu, dengan perempuan tu pun dia fitnah aku… tah lah laki aku ni.. Aku tak faham.. Jadi aku dah penat.. Aku nekad fasakh bertahan 13 tahun jugak..

Aku panggil adik beradik aku, bincang dan bersihkan nama aku.. Suami aku pun mengaku yang dia fitnah dan akui tak jalankan amanah dia berkaitan nafkah makan pakai aku semua.. Ada video pengakuan.. Dia merayu lagi, suruh ingat anak2, suruh ingat kenangan..

Aku ni cakap terus terang sampai rasa aku ni tak da harga diri dan hilang dah maruah aku.. Aku nekad fail fasakh.. Dia tak boleh terima.. Dia cuba katanya jadi suami baik..

Alhamdulilalh bulan mac tu hari dia start bayar semua.. ringan sikit beban aku.. banyak sebenarnya yang sikit NPD ni boleh gila kita dibuatnya dengan depa ni.. aku anggap dia sakit, dan aku tarik fasakh aku dari lawyer aku..

Aku penat… aku burn out.. Aku takut dengan keputusan aku, aku takut dengan diri aku sendiri.. Aku hilang diri aku sendiri yang ceria, sentiasa bantu orang, yang ramai kawan, yang disayangi adik beradik.. Yang sangat2 kuat semangat dan setia..

Kadang aku rasa aku nak lari jauh2 dari rumah ni.. Aku nak lari dengan anak2 aku.. Sekarang ni fasa laki aku nak love bombing balik nak jatuh cinta balik.. Aku muak, aku letih, aku benci tengok muka dia.. Walaupun dia mula berubah dari bulan mac tu…

Tawar hati memang wujud beb.. Aku betul2 tak da rasa.. Tolong aku beb.. Selagi aku duduk dalam circle ni aku ibarat terpenjara dengan jiwa aku sendiri.. Aku takut semuanya.. Aku trauma dengan dia..

Ada rakan2 aku yang tahu aku fasakh.. Lega sikit ada kawan nak dengar dan dikongsikan.. Aku minta korang komen membina ok.. Aku betul2 betahan sebab anak ja sekarang ni.. Aku tak tahu nak teruskan fasakh tu atau tak.. Tolong korang..

Terima kasih kerana membaca sayang korang semua.

– Cinta Sejati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *