Berpisah atau Bertahan? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/berpisah-atau-bertahan/).

Terlebih dahulu aku berterima kasih pada korang yang komen dan bagi semangat sebelum ini dalam artikel sebelum ni..

Akhirnya aku berpisah juga.. Itu yang terbaik.. Fasa sedih berpanjangan buat aku mengidap MDD tahap 2.. Tak sangka sampai tahap ni aku hadap..

Aku tak boleh nak fikir rasional, aku sentiasa takut.. Hilang mood dengan kerja harian aku.. Bisnes down.. Penat sangat kepala..

Aku bukan jenis nak cerita semua masalah kat orang.. Jadi sinilah tempat terbaik aku luahkan.. Bila aku nekad aku tak pandang belakang dah..

Bulan 12 tu hari aku minta peguam aku teruskan dengan penceraian secara hakam..

Aku tak nak tuntut apa2 aku tahu dia berat nak buat semua tu.. Tarikh sama dengan sol dan sarah naik mahkamah..

Sedih.. Badan mengeletar, dada sesak, kepala dan hati seiring bercakap.. Mulut turut bercakap sorang2.. Sedih korang keadaan aku.

Belum cerita bab pelupa lagi.. Teruk sangat cakap 10 patah perkataan udah lupa.. Kesian kat diri aku..

Tapi alhamdulillah penguat aku abg aku dan kakak ipar aku.. Tempat aku luah dan lepaskan aku rasa.. Depa banyak bantu.. Kawan2 pun ada yang aku rasa selesa bercerita.. Alhamdulillah..

Hari naik mahkamah tu dia sedih dan tak nak pisah.. Dia minta panjangkan depan hakim.. Jadi aku teruskan..

Walaupun aku penat dengan dia, aku faham dia taknak lepaskan aku sebab aku supply terbaik dia..

Aku doa pada Allah swt bagi aku rasa lapang dada dan redha ketentuan ni.. Aku dapat beb.. Aku dapat ketenangan tu.. Setitik air mata pun tak da.. Aku yang dulu meroyan tak habis2 menangis macam orang gila tu dah tak da.

Subhanallah.. Ada doc bagi ubat sakit MDD aku, aku makan ubat 3 hari otak aku shutdown terus.. Aku nekad stop dan aku terapi sendiri hari2 dengar kuliah, prof muhaya,.

Aku cakap kat doktor aku sihat aku mengaku tak makan ubat, doc tak marah dia yakin aku akan cepat sihat, kata doc aku sakit masa fasa membuat keputusan sahaja..

Aku takut.. Tu ja dia kata kat aku, aku sayang diri aku.. Aku start jumpa kawan2 baru dan kawan lama.. Buat aktiviti best2..

Bisnes pelan2 naik balik.. aku percaya proses ni akan baik2 sahaja untuk aku.. Baru ni aku ke JKP jabatankuasa pendamaian..

Alhamdulillah selepas didengar hujah di kedua belah pihak lelaki dan perempuan, suami aku setuju lafaz talak naik mahkamah 2 minggu lagi.. Sedih??? Tak da lagi..

Aku cuma fikir bagaimana aku nak lepaskan keadaan serabut aku ja.. Dia setuju ja terus tenang hati aku.

Allah jawab doa aku setiap tahajud, taubat, istikarah, hajat aku beb.. Sayang Allah swt kt aku. Aku buat hampir setiap hari beb.. tu ja ubat terbaik.. aku rasa banyak aku lupa Dia..

Dia uji dengan kasih sayang ini, bila aku redha dia serahkan kebahagiaan hati aku semula.. tenang sangat.. Kami berbincang baik2 pasal anak, harta sepencarian semua.. berjalan lancar shaja Alhamdulilah..

Ustaz JKP uruskan semua.. harap dipermudahkan untuk aku 2 minggu kedepan ni naik mahkamah..

Korang doakan tau untuk kebahagiaan aku.. aku doakan korang semua sentiasa dalam lindungan Allah swt, redha dan rahmatNya..

Terima kasih dorongan dan sokongan mental aku sebelum ni.. Kalau tak da korang aku tak sekuat ini.. Terima kasih.

– Cinta Sejati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *