Assalamualaikum semua. Nama saya Sya, dan saya rasa terpanggil untuk hantar confession ini selepas baca post “Amalan saya untuk mudah bersalin”, (https://iiumc.com/amalan-saya-untuk-mudah-bersalin/).
Izinkan saya share juga pengalaman saya mengandung dan melahirkan anak… Semoga bermanfaat.
Bersalin ni, pada pendapat saya, tak kisah la berapa kali, ia tetap adalah satu rezeki. Ada orang rezeki dia mengandung mudah, bersalin pulak tiba-tiba ada komplikasi, tiba-tiba ada itu dan ini.
Ada orang nak lekat mengandung punya la payah, sekali lepas tu relax je…. tup tup kita tau dia dah habis pantang terus. Haaaa…
Ni belum lagi bab breastfeeding. Itu topik lain okay, panjang sangat nak bahas nanti. Hehehehe.
Empat anak saya, semuanya lahir pramatang. Paling awal lahir pada 33 minggu. Ini pun dengan pemantauan doktor, makan ubat, total bed-rest dan dapat cuti sakit berpanjangan yang mana saya habiskan sama ada di rumah atau di hospital. Ulang la sampai jemu rutin ni..
Kenapa anak saya sampai 4? Hihihi itu lah dia orang kata rezeki, even with protection, the odd seems to find a way to amuse us.
Kalau korang ada baca dekat leaflet product, 99.99% ternyata berkesan, kitorang la the odd couple yang masuk statistik 0. 01% tu. Tapi ini bukan cerita utama yang saya nak sampaikan…
Sepanjang saya muhasabah diri, kenapa ini terjadi pada kami, kenapa macam ni, kenapa macam itu.. saya rasa saya dapat jawapan. Ini semua rezeki. Rezeki saya mudah sangat untuk mengandung, tapi perjalanan semasa mengandung tu… azab nyaaaaaaaaaa lahai.
Keluar masuk hospital, cucuk sana sini, ambil darah, test itu dan ini, sampai tangan saya penuh dengan bekas kesan kena cucuk branula.
Tapi, adakah saya malang sebab macam-macam benda jadi masa mengandung? Tidak ye.. kerana semua benda ada sebab tersendiri kenapa dia terjadi.
Alhamdulillah, rezeki saya dapat merasa proses kelahiran yang sangat mudah. Selepas purata setiap kali mengandung adalah dalam 2 bulan betul-betul keluar masuk hospital tu, saya literally ‘breath’ the baby out.
Korang boleh try cari dekat youtube, J Breathing Technique. Cuba la try test Darth Vader breath. hihihih
Berbalik kepada topik asal, saya tersedar tentang satu perkara. Allah akan uji kita dengan apa yang kita rasa kekuatan kita. Contoh, dalam kes saya… saya rasa saya seorang yang sangat positif. Come what may, insya Allah, I can walk away with positive attitude. Confidennnnntttttt…..
Nak dijadikan cerita, saya diuji dengan proses kehamilan yang sangat rumit, yang mana saya rasa dah tak daya dah..
Hati ni rindu anak yang dekat rumah sangat-sangat, tapi dalam masa yang sama saya tak boleh give up dengan anak yang dalam perut. Saya kena kuat demi dia, saya kena positif…. waktu inilah saya rasa saya betul-betul diuji. Betul ke saya mampu?
Betul ke saya kuat? Can I really find the silver lining on this super dark cloud? Saya dah rasa suntikan Dexamethasone untuk matangkan paru-paru baby tu benda normal macam kita nak ambil blood test je. Punya la dah lali..
Kenapa saya pregnant? Kan saya dah ambil protection? Haaa gitu menyesali nasib kononnya.
I have abnormalities with my uterus, in which whenever I enter roughly 20 weeks gestation onward, my body gets ready for delivery process. Padahalnya…. baby belum pun full term.
I was on tocolytic (medicine to suppress the contraction, so it will halt the delivery process from progressing). Either orally or via IV. Side effects dia….. masya Allah.
Saya sentiasa berdebar-debar. Nak buat apa pun tak selesa sebab macam tengah cemas.. padahalnya tengah elok bersantai bed rest dekat rumah. Nak positif?
Macam tak logik langsung sebab dengan keadaan penat bawak perut, sakit contraction yang bukan biasher-biasher budak hipster cakap, dengan makan ubat tapi side effect siap pakej berdarah hidung, gusi bagai.
I was constantly in pain.. until the moment I realized, that was actually God’s way of testing me.
He knew that among my significant traits, is me being a positive person. I always been optimistic about whatever. So He threw me a little hiccups, (masya Allah, orang lain lagi besar dugaan dia) so that I will feel how it feels like being at the bottom of the ocean floor.
How do I rise back to the surface and how do I to even hope for tomorrow…. hope for a miracle. Kuasa berharap ni…. tak tergambar dia punya hebat. Eh tetiba saya speaking london pulak. Maaf la, bila emosi tetiba jadi bilingual. hihihih tolong jangan kecam.
During these conflicting times, what I held on to was a quote from my favorite author, “Whatever the mind believes, the body can achieve. (If You Could See Me Now, Cecilia Ahern). Mindset kena betul tau takkk. Surprise surprise…..it ain’t easy!
Cakap senang je.. tapi nak betul-betul set mindset yang positif bukan mudah. Rasa macam nak sepak je siapa yang kasi nasihat sabarlah… kuatlah… masa tengah sakit tu kan. huhuhu betul tak? Korang pernah tak rasa macam ni?
Tapi, bila saya tengok sekeliling, saya jadi sedar ujian untuk saya cuma inilah satu.. yang mana Insya Allah, saya kena hadap je apa yang terjadi tu. Redha dan tawakkal.
Alhamdulillah, semua anak-anak saya walaupun pramatang, mereka takde komplikasi selepas kelahiran. Alhamdulillah sangat-sangat.
Ada orang kata hebat gila sekali berdehem je baby terus keluar, tapi…. harus ditekankan rezeki saya juga alami proses mengandung yang mencabar.
Semua kesakitan, semua kesabaran, semua azam saya masa tengah menghadap sakit tu menyiapkan saya untuk proses kelahiran. The determination, the strength from all the sleepless nights and restless days, it all combined it that very moment.
Jadi, kesimpulan dia.. berlapang dadalah dengan rezeki yang kita dapat. Cuba cari hikmah yang tersembunyi dan serahkan yang selainnya pada yang Satu. Insya Allah kita boleh.
Tak salah untuk kita bersiap sedia, tapi semua ni berbalik kepada apa rezeki yang tertulis. Jalan cerita kita tak sama..
To all expecting parents out there, there is no easy way to parenthood. Whatever happen is to prepare you for the bigger roles, bigger responsibility, a bigger you, as an individual. Read a lot, study, seek knowledge.. Be it normal, induce, or c-zer… don’t let it defines the moment.
Kenapa kita kena label mana yang senang mana yang tidak? Semua orang ada rezeki masing-masing dan saya berpendapat, kita boleh ubah mindset kita supaya boleh terima ketetapan itu dengan hati yang terbuka sebab akhirnya, matlamat kita sama. Untuk kelahiran yang selamat.
Another quote that really inspire me; “You never know how strong you are until being strong is the only choice you have.” With this note, I shall end my confession.
Sincerest apology for any mistake, my sole intend is to share my point of view and nothing more. Terima kasih kerana membaca dan maaf lagi sekali atas bahasa rojak.
Salam Sayang.
– Proud Mother of Four (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit