Bersangka Baik Dengan Ujian Allah

Sekarang famous cerita pasal zulin aziz tak jadi kahwin. Ha, ni nak confess jugak. Cerita tentang kegagalan, ketidak warasan dan move on. Bukan nak cari simpati tapi dalam dunia ni, takdir jika kita redha dan bersyukur akan ada sisi kebaikan nya. Dugaan bukan untuk yang lemah tapi kepada yang tabah.

Aku seorang wanita yg pernah berkahwin or senang kata, janda. Umur tak berapa muda dah, 35 tahun. Kisahnya selepas aku kecewa dengan rumah tangga yang dulu, aku berhenti kerja gomen dan bekera di luar negara.

Aku tidak berniat nak lukakan hati mak bapak aku yg sekolahkan aku sampai aku dapat kerja selesa dengan gomen tapi semuanya sudah di takdirkan. Ada juga yg ckp aku bawak diri kerana kecewa, tapi yg sebenarnya aku bercerai 6 bulan sebelum aku confirim kontrak keja aku di luar negara

. Ex suami aku tetiba hilangkan diri dan ceraikan aku. Katanya dah tak sehaluan. Yelah. tak sehaluan lah klu ada orang lain. Abis aku yg hidup dengan dia 10 tahun tu, nk kira camna? Maka berakhirlah hikayat dongeng kami.

So, bermulah al kisah aku sebagai perantau. Dengan gaji yg banyak termasuk OT, aku boleh berbelanja tanpa segan silu bila pergi butik LV, MK. Aku boleh beli apa yg aku suka. Aku dengan selamba sponsor percutian keluarga termasuk duit poket lagi. Mampu ke mampu ?

Disebabkan duit tak tau nak buat apa selepas tolak hutang dan perbelanjaan aku, aku suka travel ke sana sini. Nikmatnya bila kita menjadi raja duit. Tak lupa juga aku bg elaun tetap pd mak aku 3k sebulan dan bawa mak abah aku menunaikan umrah. Aku betul betul puas hati. Aku cuba lupakan kenangan lama walau kadang2 tak seperti yg aku fikirkan.

Duit membuatkan aku jadi sombong dengan diri sendiri. Aku rasa aku paling bertuah walau sebenarnya hati ku kosong. Aku solat, tapi aku tak pernah menghadirkan hati aku pd solat itu. Sungguh aku menyesal.

Dan ketika itu, Allah takdirkan aku berjumpa semula dengan rakan lama aku. Aku sempat berjumpa dan sembang kosong dengannya sewaktu aku pulang bercuti di tanah air. Aku dengan selamba, bercerita kisah aku dan kami sama2 berkongsi cerita. Tak sangka pula, pertemuan selepas 10 tahun tak jumpa itu membawa kepada perasaan yang berbunga2. Kami sebaya.

N sudah berjaya. Dia menjadi pensyarah di sebuah kolej terkenal. Kewangan nya stabil. Kerjayanya di puncak. Tapi bukan itu yang aku fikirkan. Mungkin kali ini Allah menakdirkan aku berjodoh semula. Kata N, dia sudah penat memikir jodoh. Dan mungkin juga perancangan Allah juga kami terjumpa.

Kami merancang untuk bernikah. Segalanya kami bincangkan dalam telefon. Setelah pertemuan pertama itu, aku balik semula bekerja di luar negara. Keluarga ku bersetuju dan begitu juga dia. Cuma nya, keluarganya tidak mahu status aku di hebohkan. Yang berlalu, biarkan berlalu. Kata mereka, itu bukan soal yang penting. Mereka menerima aku seadanya. Aku faham dan bersyukur.

N biasa biasa sahaja. Bertubuh gempal, chinese look dan sedikit rendah dari ku. Dulu kawan2 menjodohkan kami, disebabkan jodohku lebih awal, aku bernikah dengan suamiku.

Maka, aku pun membuat persiapan ala kadar. Aku malu juga kerana aku ini janda. Aku tidak menetapkan nilai mahar walaupun N ikhlas memberi.

Bagi ku, duit bukan segalanya. Aku boleh beli apa yg aku mahu. Biarlah seringkas yg boleh dan isinya berkah.

Allah itu menduga. Sebulan selepas aku menghantar notis berhenti kerja pada majikan ku, hubungan kami tiba tiba sepi. Aku tidak pasti punca nya. Kami bukanlah seperti pasangan bercinta lain. Kami tidak berhubungan suara. Aku malu dan dia juga. Kami hanya berkongsi perasaan hanya sebatas mesej. Itu saja. Katanya, biarlah cinta selepas nikah. Ya. aku faham itu. Malah aku bersyukur, tiada maksiat mencelah.

N busy dengan kerjanya, tapi aku tahu N lelaki baik. Dia tidak merokok. Selepas waktu kerja, dia di rumah. Hujung minggu di rumah dan hanya keluar apabila perlu sahaja. Menurut pendapatku, dia lelaki baik. Tidur se awal jam 11 mlm dan bangun pagi untuk kerja dan setrusnya. Dia tidak pernah menghina status ku. Dia juga redha jodohnya dgn ku. Semuanya rahsia Allah.

Persiapan nikah kami, N terlalu nervous. Katanya dia tidak pernah mengalami perasaan ini. Dari warna baju nikah ke cincin, semua aku serahkan pd nya. Aku mahu dia gembira. Aku ok saja, warna apa pun. Rekaan cincin apa pun, aku ok saja. Mudah kan…

Lewat kiriman wassap pd suatu hari, memusnahkan impianku utk jd isteri lagi. Katanya dia tidak sesuai dengan ku. Aku bergaji tinggi dan mustahil memenuhi keperluan ku. Dugaan apakah ini Allah? Persiapan sudah dibuat. Aku juga sudah merancang berhenti kerja apabila balik ke Malaysia selepas bernikah. Tak mungkin aku batalkan. Jabatan ku sudah membuat parti keraian sempena perpisahanku. Ini tidak masuk akal.

Aku ibarat melempar emas demi mengharap permata yang baru.

N tidak tahu niatku berhenti kerja. Sebenarnya, bukan aku mahu berhenti terus tapi aku mahu menikmati cinta baru ku. Dan aku akan bekerja semula bila sampai masanya.

Sementara, menunggu urusan ku pulang ke Malaysia, aku sengaja bercuti sebulan menghabiskan waktu menjelajah ke tempat yang tak sempat aku pergi sewaktu bekerja di sana.

Berita itu buat aku kemurungan. Berhari hari aku tidak tidur. Aku tiada nafsu untuk makan. Aku tidak boleh mengurus diri. Tidak tahu aku menangis selama mana. Aku tidak keluar dari apartmen ku berhari hari. Kesibukan rakan sekerja membuatkan mereka lupa aku berdepan masalah yg serius.

Aku tiada daya untuk hidup. Aku hanya terbaring d atas katil. Apabila aku rasa kepala macam nak pecah kerana tidak tidur, aku ambil ubat batuk. Kesannya aku tidur 3 hari tanpa bangun. Keluargaku tak tahu. Pd mereka, aku hanya katakan sibuk menguruskan urusan balik ke tanah air dan mereka percaya.

Allah itu ada dan selalu ada. Cuma aku yg terlalai kerana cinta dunia.

Allah tidak pernah membiarkan aku. Akhirnya, aku tersedar sendiri.

Aku selamat pulang ke tanah air tanpa seorang pun tahu duka aku.

Keluarga ku terkejut kerana aku tidak jadi kahwin dengan N dan keputusanku untuk meninggalkan gaji puluhan ribu. Mereka menghormati keputusanku. Pd keluarga, aku katakan N merajuk. Padahal aku langsung tak tahu menahu punca kami tidak jadi berkahwin. Majlis ku digantikan dengan kenduri akikah anak saudara ku. Aku sedekah kan semua. Moga moga pahalanya jadi penebus dosa aku.

6 bulan aku terpuruk di kampung. Menikmati hidup bersama sama keluarga. Aku gembira. Walaupun hatiku patah, ada kebaikan yg Allah titip buat aku.

Aku mendalami ilmu agama yg aku tak tahu, belajar menghafal surah al quran. Ternyata aku dapat balasannya. Allah permudahkan urusanku. Aku perbaiki solat dan aku cuba menambah solat sunatku. Aku baca tafsir al quran dan fahami pengajaran dari ayat Allah. Aku tenang.

Walaupun aku tidak semewah dulu, ada kebahagiaan yg aku tak sedar. Aku bersyukur dengan setiap apa yg Allah takdirkan. Allah pernah beri aku kemewahan. Allah pernah beri nikmat menjadi isteri walaupun seketika dan Allah mahu memelihara aku dari jauh dari cinta-Nya.

Aku tidak pernah menyalahkan takdir. Mungkin ada dosa yang mengekori ku tanpa sedar. Kerana dengan dosa itu, Allah hadirkan ujian untuk membersihkan hati kita. Mustahil kita tidak di uji atas dosa kita walaupun kita bertaubat. Dosa tetap dosa. Bersangka baik pada Allah. Sabar sahaja jadi pilihan utk meneruskan perjalanan menuju hari hadapan.

Tidak perlulah persoalkan ujian dan dugaan yang hadir, kerana kita langsung tidak layak untuk memikir. Dengan amalan yg sedikit ini, aku takut jika mati tanpa sempat aku mengumpul pahala. Sudah nyata, dunia cuma persinggahan, tapi kita masih sibuk berlumba lumba di dunia hari ini.

Aku tahu N ada, dia seperti biasa. Tidak juga berkahwin dengan sesiapa. Mungkin suatu hari nanti, dia akan datang untuk penjelasan. Aku tidak pernah marah dan sakit hati. Perasaan aku masih sama.
Jika memang aku berjodoh dengannya, dia akan datang juga.

Hanya doa yg mampu aku titipkan setiap hari tanpa jemu. Walau pun aku boleh mencarinya, tapi aku tidak punya kekuatan untuk itu. Allah itu ada dan tahu segalanya.

Rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakan sahaja. Sesengguhnya, Allah Maha mengetahui segala isi hati. (13)

Apakah patut Allah tidak mengetahui? Sedangkan Dia Maha Halus, maha Mengetahui. (14)

Qs Mulk:13-14.

– Aishah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *