Bersara Sebelum Umur 35

Hai, nama aku Farhan. Bukan dai’e jauh sekali ustaz. Catatan ini ditujukan khas untuk student yang baru graduate, mengenai financial literacy (celik kewangan).

Aku dah setahun berkerja, simpanan aku dalam Bank ialah RM12k. Sebelum korang semua tuduh aku sembang, jom aku intro sikit. Aku graduan universiti awam, berkerja bukan dalam bidang, umur 24 tahun, tiada simpanan melainkan hutang ptptn.

Goal aku ada lah untuk bersara sebelum umur 35 tahun, Alhamdulillah waktu study aku dapat score tinggi sikit dari expectation, jadinya ptptn aku perlu bayar RM100 sebulan daripada kiraan aku kalau tak score, lebih kurang 250 sebulan.

First job aku ni basic RM2500, macam mana aku kumpul 12k setahun? Aku buat simpanan RM1000 sebulan. Ya betul, 1k sebulan. Belanjawan bulanan aku ialah :

RM 300 bayar sewa bilik,

RM 500 bagi parents,

RM 100 bayar ptptn,

RM 50 postpaid telefon,

RM 50 minyak motor,

RM 150 barang dapur (aku memasak)

dan selebihnya belanja lain2 ada lebih kurang rm300 ke 400 (pakaian baru ke, makanan yang teringin nak makan, entertainment).

Jadinya perbelanjaan aku setiap bulan ialah (negative RM250)

Mana aku daapt duit ni untuk cover RM-250? Okay mula2 kerja memang struggle, aku tak dapat menyimpan pun, bila aku menyimpan, aku selalu keluar kan balik duit dari Bank. Sampai satu hari tu aku decide untuk buat simpanan paksaan (asbf) dimana aku nak atau tak, aku kena adakan rm1k untuk bayar loan asbf aku.

Dari situ aku belajar untuk buat overtime dan pendapatan aku bertambah, aku pastikan aku cukupkan jam OT untuk dapat sekurang2nya RM3k sebulan.

Bila ada RM3k sebulan apa aku buat? Aku start menyimpan balik dgn duit lebih tu supaya aku dapat cover bulan yang aku tak dpt simpan rm1k tu. Sekarang dah 12 bulan aku kerja, Alhamdulillah, aku officially ada 12k dalam Bank.

Okay, aku start buat side income tapi aku tak guna kan tenaga aku utk bekerja, kita panggil passive income. Aku keluar modal, aku duduk diam, hujung bulan duit masuk. Tak banyak pun guys, RM 300 je aku dapat setiap hujung bulan, dan jumlah ni tak fixed.

Aku ada bisnes vending machine, which aku bayar bulan pada empunya tapak, dan loan vending machine tu sendiri pada company yang aku letakkan machine tu= untung bersih selepas bayar, adalah aku dapat RM 150-200 setiap bulan.

Satu lagi side income adalah pajak kereta, yes aku beli kereta dgn zero downpayment dan aku pajakkan kereta pada syarikat yang sewakan kereta pada pemandu grab atau mycar. Daripada bisnes ni aku dapat RM 130 bersih setiap bulan. Jadinya kedua2 bisnes pasif ni aku dapat lebih kurang RM300.

Ini adalah apa yang aku buat sepanjang setahun ni untuk aku capai income RM 3000+ paling kurang setiap bulan. Aku cipta goal ni untuk aku bersara sebelum umur 35 tahun.

Apa yang aku boleh buat dgn RM12k Di tangan? aku cadang untuk jadikan downpayment sebiji rumah berharga tidak lebih 120k (kos sederhana) untuk aku sewakan untuk dpt pendapatan pasif, dan aku akan ulang strategi sama supaya aku dapat pendapatan bulanan selesa. Strategi ni aku tak boleh cerita lagi, masih cuba untuk hadamkan daripada mentor dalam bidang hartanah.

Minta maaf, aku tahu dikalangan pembaca ada yang tidak setuju dan menentang pendapat atau cara sebegini, sesetengah beranggapan yang pembelian hartanah secara lebih daripada yang diperlukan disikapkan sebagai kapitalisma, aku terbuka dengan pandangan kalian, tapi untuk berdebat, aku tak berminat.

Tujuan aku menulis adalah untuk memberi tips macam mana anda boleh kumpul an amount of money in one year. Perkara ni tak mustahil. Aku ada ramai Kawan2 yang dah berjaya buat, tapi sebdnarnya lebi ramai lagi Kawan2 yang tiada financial literacy dalam hidup mereka, berapa yang ada dihujung bulan, itulah yang mereka akan simpan. Cara yang lebih berkesan adalah simpan dahulu baru guna.

Mungkin ada yang tak berminat untuk habis kan pembacaan. Mungkin sebab pendapatan anda lebih sedikit daripada komitmen sedia ada, atau cukup2 dgn komitmen.

Maafkan jika saya berbunyi seperti menteri, tapi buat lah kerja sampingan, supaya anda dapat konsisten menyimpan sesuatu jumlah setiap bulan. Mulakan dengan RM 100, asalkan anda konsisten, itu sangat memadai untuk permulaan. Penat tu memang penat, susah pun susah, Ive been there, I’ve done that. Akhir tahun macam ni, tengok baki dalam bank kita tahu, all our effort pays off.

Untuk graduan, berhenti dulu berlumba mahu nampak gah dia media sosial, untuk nampak gah Di kalangan rakan sebaya, berhenti termakan ajakan rakan2 bercuti diluar negara sampai buat kredit kad dan berbelanja smpai limit maksimum, beli motor besar tapi mencatu makan dihujung bulan atau beli kereta Honda bawak awek Jalan2 hujung minggu. Lifestyle perlu ubah, mindset perlu ada.

Tips terakhir, jangan pernah miss bagi duit pada parents, walaupun sedikit, jangan pernah terlupa bersedekah dan jangan pernah tinggal solat.

Jangan ada pemikiran tak mengapa bulan dpn boleh start saving, start now! this month. Mungkin ada yang fikir belum perlu untuk buat cara force saving macam ni, mungkin anda rasa duit bukan segala2 nya, ataupun YOLO aku muda sekali je, jadi aku kena enjoy.

Sebab muda sekali lah kita dah kena start. Sebab kita taktau smpai bila kita sihat lah, kita dah kena start, dan sebab kita tak tahu smpai bila kita di zone selamat macam sekarang, kita perlu ada simpanan, kalau belum ada goal lagi nak buat simpanan untuk apa, anggaplah ia reward daripada diri kita masa sekarang pada diri kita di masa hadapan.

Bersama kita membudayakan pakai raincoat sebelum menunggang motor dihari mendung.

– Farhan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *