Hi readers! Harap korang semua sihat2 belaka dan harap2 admin approve confession ni. Nama aku Qis (bukan nama sebenar. Hehe taklah, tu cliché sangat, memang ada yang paggil aku Qis pon). Aku tak nak buat muqaddimah panjang2 since aku tahu korang nak baca confession dan bukan karangan kan. so here we go!
Aku selalu baca iium confession. Selalu baca comment2 orang yang kadang2 buatkan aku ketawa dan kadang2 buatkan aku terasa. Haa tu point dia. Terasa. Yelah majority yang confess ni memang semua yang terasa2 belaka kecuali la stok2 mus tu *jangan kecam saiyaaa*. Aku ada baca banyak tentang betapa kecewanya korang dengan rakan2 bertudung labuh lagi2 berpurdah yang indah khabar dari rupa. Sebelum aku bash yang kutuk2 kolompok ni, aku nak basuh dulu orang2 yang telah merosakkan imej muslimah dimata masyarakat.
Kepada yang memakai tudung labuh, berpurdah, alhamdulillah. 1000 tahniah aku ucapkan. Korang dah berjaya labur saham korang di akhirat dengan memilih jalan ni. Aku ni perempuan dan aku suka sangat tengok perempuan tudung labuh berpurdah semua ni. Bila aku jumpa ja, aku rasa macam nak tegur sebab rasa macam jumpa rakan seperjuangan. Bhahaha. Yelah, aku pakai macam ni, macam orang asing. Malu pon ada kadang2 sebab aku sorang ja macam ni di tengah medan. Tiba2 jumpa orang yang macam aku jugak, memang aku teruja habis. Alaa macam kau pegi luar negara, jumpa orang Malaysia, mesti korang teruja kan? macam tu la aku pun. Yang pakai macam ni, cakap pon lembut sopan, memang aku tabik! Memang solehah habis. Aku naik jelez.
Tapi tu la kan, setiap benda ada ujian. Ujian orang pakai macam ni, nak jugak bergaya. Yessss aku paham. Aku pon rasa. Nak bergaya, lawa lagi2 kau jenis suka stalk hijabisters yang lawa2 kat ig, makin ghairah la perasaan kau nak bergaya tu. Tak pa. itu fitrah. Pandai2 la kau control. Aku pon malas nak bagitau kat sini macam mana gaya yang sebenar bagi muslimah kan, aku rasa dah ramai cakap pasal ni. Macam mana KITA kena buat sebagai muslimah.
Cuma, aku nak tegur, since ramai confess kawan dia tudung labuh purdah bla2 la tapi pengotor. Masya Allah, aku yang baca pon naik malu. Disebabkan kau tu aku rasa macam rakan seperjuangan aku, maka cubit paha kanan paha kiri terasa. Bab pengotor ni, kau tak pakai apa pon, kau kena jaga. Aku malu betul orang cakap tudung labuh tapi pengotor. Pakai purdah tapi keluar dengan lelaki.
Please lah wahai rakan rakan seperjuang seakidah seantero, tolong lebih sensitive pasal ni. Ya betul! kita juga manusia. Kita bukan maksum dari melakukan dosa. Betul! Tapi tolonglah kawal. Aku pon sekarang tengah struggle untuk jadi baik. Kita semua mencuba untuk jadi baik. Bila kau dah tahu yang kau tu tak baik mana, kau cuba berubah dan jangan buat yang sebaliknya. Ini tak, pakai macam ni, tapi kau terang2 keluar dengan boyfriend tanpa sebarang usaha untuk elak. Dah tu, post gambar caption acah2 solehah. Kemon laaaa. Buat anjakan paradigma sikit dalam hidup. Sampai bila nak di takuk lama. *sapa nak jemput jadi pakar motivasi, pm tepi.*
Maka itu yang pakai tudung labuh berpurdah sebagainya, adapun yang tak bertudung labuh mahupun tidak berpurdah, jangan terlalu pesimis. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Aku yang baca komen2 cakap pakai ja tudung lubuh perangai ta** dan sebagainya, aku sangat la sedih. Sedih dan menyedihkan!
Tahu tak betapa strugglenya mereka untuk kekalkan imej macam ni. Nak pakai bagi istiqamah sepasal, nak tukar perangai sepasal. Bila pakai macam ni, automatik tergalaslah tanggungjawab dan amanah untuk jaga wajah dan imej islam. Bukan mudah, tapi kena cuba. Bila komen, jangan terlalu menyakitkan. Boleh bayang tak, ada yang baru nak bertudung labuh, berpurdah, dia baca, dia give up. Dah tak nak pakai labuh2 sebab asyik dikutuk, maka kembalilah dia ke jalan yang lama. Tahu tak berdosanya korang waktu tu. Cukuplah2 melayu. Kita ni kan kenapa susah sangat nak sokong saudara kita? Sebab tu orang cakap melayu dengki. Bukak kedai, meniaga, orang sebangsa jugak dengki. Pakai tudung labuh, berpurdah, orang seagama jugak yang maki. Pelik!
Maka oleh itu, saya menyeru diri sendiri dan juga rakan rakan , untuk saling berubah dan menyokong antara satu sama lain. Sekian dari saya. Bersatu teguh bercerai roboh. Terima kasih!
– Qis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit