Yeszaaa, cuti sekolah dah bermula jom balik kampung jumpa atuk nenek, terjun sungai, jadi monster, panjat pokok, ah indahnya, tapi kejap.
Makcik bawang pun ada!
Berikut soalan bocor makcik bawang, aku selalu dapat soalan nie dari mak saudara aku, mari namakan dia mak leha.
1) Result berapa nyah?
Dari kecil sehingga tamat SPM, soalan ini soalan common sense, biasa, yes tak salah pun tanya sebenarnya, tapi yang salah bila kau.
‘Haaa kenapa tak de A’, tengok anak mak leha nie tahun lepas PMR 8A cikgu gantung gambar dia dekat dinding tau sebagai pelajar cemerlang..
Fuh lolipop yang manis pun rasa panadol masa nie oi.
Cara nak hadap dia,
Senyum, sila jawab, ‘ouh yeke bagus nya, nanti boleh lah ajar saya’.
Tenang okey jangan jadi kurang ajar..
2) Mak leha puji anak sendiri.
Cantiknya anak mama, hari nie, cantik kan anak mak leha, dah lah kurus.. Kau pun diet lah bagi kurus.. Mak leha bagi dia makan sekali je tahu balik sekolah, dia boleh makan oat je..
Cara jawab, kau rilek, tarik nafas dulu,
‘Alah yeke mak cik leha, tulah untung anak mak leha makan oat je, saya tak boleh tahan nafsu makan lah mak saya masak sedap lah, adui susah tau, kesian pula kalau tak makan mak saya penat masak.. tapi cantik anak mak leha’.
See tenang is the key.
3) Kenapa tak sambung belajar?
Fuh memandangkan anak mak leha bijak, tubuh badan sempurna maka mudah di terima sambung pelajaran, manakala aku dah sepupu ada yang tak dapat belajar family tak bagi sebab ayah dia tak bagi sebab oku, ayah dia sayang oi nak lepas, ada tu sebab kewangan keluarga tak kukuh.
Tapi tulah mak leha tak habis tanya fuh stersss juga kadang sampai nangis rasa diri nie bodoh sangat.. Tapi tulah mak ayah suruh kami senyum je.. Ah senyum jelah.. Life is easy guys.. Lama lama dia bosan dia diam..
4) Kenapa tak kerja lagi?
Fuh nie pun sadis nak jawab, kadang tu orang tak bekerja bukan sebab malas tapi dah buntu nak cari di mana, hahaha nak nak lagi berstatus oku kah kah, sadis member nak jawab.
Tapi bukan dia je kena yang normal pun susah cari kerja, end up kerja dengan family, buka kedai.. tapi kedai tutup 3 bulan.
Lantas kami di tanya kenapa tak kerja, anak mak leha tu, cuti sem dia pergi kerja tau..
Ye mak leha tak payah cakap kami tahu, pagi anak mak leha nak pergi kerja mak leha gosokkan baju seluar tudung dia.. Tapi tak apa.. Anak dia buat kopi sedap..
Cara nak hadap,
‘Tulah doa lah kami, jadi orang berjaya je.. Jadi jutawan nanti boleh pergi bercuti dekat koreaaa’.
Ouh ye bukan cabaran makcik bawang je, kau juga akan hadapi masalah makcik makcik opah pilih kasih.
Contoh : Opah selalu kata,
Tu tengok anak mak leha bijak je keputusan periksa dia.
Cara nak hadap,
Cakap opah nak duduk dengan mak leha ke, pergi lah tak kisah pun.. Yelah sapa lah kitakan.
Nanti dia jawab tak, opah sayang semua cucu opah..
Contoh makcik pilih kasih.. kami beramai ramai tidur dirumah mak cik A, masa nie mak leha tak balik..
Kami bangun around pukul 8.
Makcik A marah cakap kami bangun lambat bla bla.
Tapi masa raya, kami semua bertandang kerumah makcik A.. Mak leha tidur situ, kami tidur rumah sendiri.. Pergi tanya mak leha mana anak anak mak leha.
‘Tidur lagi’
Erkk kami tengok jam pukul 10 pagi.. Rilek fuh.
Takpe weh biasa yang jenis makcik A ape ape nak tolong dia minta tolong korang yang biasa biasa juga.
Apa effect dia hubungan kami aku anak mak su, sepupu anak pak ngah semua nie dengan anak mak leha?
Kami tak tahu nak bergaul macam mana dengan diorang.
Kami rendah diri, yelah kami rasa kami tak bijak, padahal ada je antara kami bijak juga cuma tak show off..
Bila anak mak leha balik, kami lebih gemar berbual di telefon sebab tak selesa.. Ye kami tahu salah tapi kami awkward, tapi time makan semua kami ajak je..
Cuma kami rapat sorang je dengan anak mak leha, level belajar pun biasa biasa tapi dia funny, tahu bergaul cara kami.. Tak sembang pasal bende sensitive.. Hahaha jahat kan kami.
Tapi sedarlah ini semua punca dari mak leha sendiri..
Tak adil jika kamu mengharapkan seekor itik panjat pokok kelapa.
Tidak adil jika makcik harap ikan mampu hidup di darat.
Tidak adil jika pakcik makcik mengukur kejayaan kami di atas sekeping kertas.
– Bayang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit