Hai, assalamualaikum semua. Aku Gohan. Mungkin ada antara pembaca yang kenal, tapi kalau kenal. Diam diam jelah ye.
Oh sebelum pergi jauh, aku nak clarify yang aku bukanlah geng pencen. Aku masih lagi hidup kais pagi, makan pagi harini, pagi esok sampai pagi minggu depan kot. Nanti minggu depannya kita kais lagi untuk makan bulan depan. Gitulah ye.
Aku tetiba nak share tentang hal orang pencen (pesara) ni disebabkan 2-3 menjak ini, banyak pula kawan-kawan mak aku (orang pencen) yang hubungi mak aku. Dan mostly semua memang ada masalah kewangan yang agak kronik walaupun mereka pun gang pencen.
So, aku ceritalah sikit-sikit latar belakang mereka-mereka ini, bukan nak ajak mengumpat sama-sama. Tapi lebih kepada nak kita semua especially yang masih sibuk mengais ni, mula fikir apa plan kita sebelum masuk jadi gang pencen.
Kisah Orang Pencen 1 (Makcik Leha)
Makcik Leha dan suaminya, Pak Mail ni both pesara kerajaan berjawatan. So lebih kurang wang pencen mereka dapat dalam RM6-8k setiap orang. Kiranya kalau campur kedua-dua mereka, minimum dalam RM12k.
Bunyi macam banyak kan? Apalah sangat orang tua duduk berdua nak habiskan RM12k setiap bulan? Tu belum tambah wang gratuity yang mereka dapat semasa awal-awal bersara haritu. Fuh beratus ribu.
Sakan makcik Leha travel ke sana sini. Aku tahu sebab aku memang friend dengan makcik Leha.
Jadi setiap kali makcik Leha update ‘makan aiskrim di bosnia’ atau menikmati secangkir kopi di granada’ of coz aku antara orang yang ‘like’ melihat makcik Leha kekal aktif berjalan. Mengenali makcik leha, aku yakin memang dia lebih dari mampu.
Kemudian, makcik Leha menjual asetnya di negeri A kerana tidak lagi duduk disitu.
Duit hasil jualan aset sekitar RM400K digunakan untuk belanja seisi keluarga termasuk anak cucu menunaikan umrah. Dari sekecil-kecil cucu berumur 2 tahun hinggalah anak menantu semua ditaja. Tak tahulah aku berapa total yang beliau habiskan untuk family trip ini.
Tapi entah kenapa, 2-3 menjak ni. Makcik leha kerap mesej dengan mak aku. Mengadu itu ini. Nak ke hospital pun tak ada duit. Nak bayar bil pun tak ada duit. Nak beli makanan pun tak cukup duit.
Rupa-rupanya hutang kad kredit, personal loan dan segala macam bil tertunggak. Pelik aku mana pergi wang pencen bulanan sekitar RM12k setiap bulan tu pergi?
Makcik Leha rupanya masih menanggung sebahagian anak-anak hatta yang telah berkahwin pun. Semuanya masih mengharap makcik Leha. anak-anaknya seolah tidak nampak bahawa ‘makcik leha ini dalam kesempitan’.
Makcik Leha masih kelihatan okay di media sosial seolah tiada apa-apa masalah. Anak-anaknya pun sama. Sekejap-sekejap share gambar baskin robbin, atau berbelanja barangan mewah. Mungkin menambah hutang kad kredit yang sedia ada.
Makcik leha sekarang memang buntu. Hutang sana sini, hampir mencecah ratusan ribu. Maka, dicari nya mak aku untuk minta bantuan.
Awal-awal lagi dia berharap nak pinjam RM30k dari mak, dengan ‘harapan’ kalau dia atau mak aku mati dulu, halalkan sahajalah hutang ini. Sebagai anak, aku sebenarnya ‘ok sahaja’ dengan duit mak. Ikut suka dialah nak buat apa.
Tapi aku tanya pada mak, ‘mak, kalau tiba-tiba lepas dapat duit dan nampak mak leha sakan upload gambar depan menara pisa di italy, apa perasaan mak? Mak pun tak pernah sampai ke sana’.
Mak aku terdiam. Lama dia fikir. Masalah lifestyle ni susah nak kata. Kalau dah cepat kelabu mata, duit yang dijanji untuk bayar hutang pun, silap-silap terbeli tiket ke Yugoslavia. Daripada kita sakit hati, sakit mata. Mungkin ada baiknya kita tak bantu dengan menghulur duit, kata aku pada mak.
Kisah Orang Pencen 2 (Makcik Sumi)
Makcik Sumi ini pun sama, penjawat awam berpangkat. Gajinya aku rasa kurang sikit je dari mak aku dan makcik leha. Suaminya dah lama meninggal, jadi aku tak pasti samada suaminya berpencen atau kerja sendiri. Kita assume suami Makcik Sumi ini tiada pencenlah ye.
Makcik Sumi ini pencennya pula sekitar RM5k sebulan. Aku tahu sebab Makcik Sumi ni pernah terlibat dengan along. Nanti aku cerita di hujung2 sikit.
Selepas bersara, Makcik Sumi besarkan rumah menggunakan wang gratuity yang beratus ribu tu. Ini antara punca kenapa Makcik Sumi sangat kesempitan wang sekarang. Makcik Sumi hanya tinggal berdua dengan ibunya. Anaknya pun cuma seorang, itupun tidak duduk bersama.
Tapi aku pun tak tahu kenapa, dia renovate rumahnya besarkan porch, besarkan ruang tamu. Aku faham je orang yang renovate rumah macam besarkan pintu atau tambah ramp untuk memudahkan pengguna wheelchair. Tapi besarkan rumah saje-saje macam ni, aku memang kurang faham. Padahal dia hanya hidup berdua dalam rumah yang ada 3 bilik sedia ada.
Kemudian Makcik Sumi beli kereta jepun baru secara hutang, maka terjadilah komitmen bulanan baru yang sepatutnya tidak perlu. Entah macam mana, bahagian rumah yang diubahsuai itu tidak begitu kukuh, bumbungnya runtuh, dan Makcik Sumi kalut mencari duit untuk ubahsuai sekali lagi.
Kali ini duit gratuity dah habis, dan duit pencen bulanan pula tidak mencukupi. Entah sahabat office lama Makcik Sumi menasihatinya ke ‘pinjaman kredit komuniti berlesen’. Maka terjebaklah Makcik Sumi dengan pinjaman.
Guys, pinjaman kredit komunit ke, pinjaman berlesen apa bagai pun ni semua along ye. Tolonglah sedar. Kad bank dimana gaji dimasukkan setiap bulan harus diserahkan semasa membuat pinjaman ini. Makcik Sumi pinjam RM10k dengan janji ‘akan bayar semula dalam tempoh 1 bulan’ supaya tidak dikenakan bunga yang melaampau.
Dan… makanya, Makcik Sumi pun datang jumpa mak aku, untuk pinjam duit dari mak. .. (cerita lanjut bab along etc ni aku tak nak bukalah di post ni) sebab aku nak fokus on pengurusan wang pencen ni.
Makcik Sumi ni pun lifestyle nya dulu pun tak nak kalah. Orangnya memang bergaya, baju tudung make up semua tip top. Dia selalu ke singapore untuk melawat sedara mara dan berbelanja.
Dan sekarang, di usia hampir 70 tahun, Makcik Sumi terpaksa bekerja sebagai pemandu e-hailing untuk menjana pendapatan extra untuk membayar hutang-hutangnya. Bayangkan ye, makcik umur 70 tahun yang jadi pemandu korang bila korang book e-hailing. Simpati kan.
Ok. Tutup kisah kedua-dua orang pencen…
Apa persamaan mereka berdua ni? Lifestyle. Gaya hidup. Gaya hidup mewah. Kereta berjenama. Pakaian gah dan kelengkapan rumah yang dahsyat.
Bila makcik makcik ini datang bercerita dengan mak aku, buat aku terfikir lama. Berapa jumlah wang bulanan pencen yang diperlukan untuk betul-betul cukup? RM5k sebulan tak cukup? RM12k sebulan tak cukup? RM30k sebulan adakah boleh cukup? Aku jadi takut dengan masa tua aku sendiri yang sah sah aku ni hanya bekerja sendiri.
Semua takkan cukup selagimana tak ukur baju pada badan sendiri. Selagimana budaya mewah sebelum pencen tak dihentikan hingga terbawa selepas bersara.
Kawan-kawan, aku nak menyeru sangat. Selepas baca ni, duduklah berbincang dengan suami isteri dan anak-anak masing2. Ceritakan tentang income bulanan, dan expenses. Berikan gambaran jika setelah bersara, gaji yang asalnya RM15k akan dapat lebih kurang dalan RM8k sahaja dari yang asal.
Jika dengan RM8k tu, masih cukupkah untuk berbelanja bulanan seperti sekarang atau tidak? Kalau tak cukup, maknanya, dah perlu ubah beberapa gaya hidup. Kalau gaji bulanaN RM10k tapi expenses setiap bulanan melebih RM7k, bayangkan setelah pencen, nak hidup dengan RM5k, boleh ke?
Mengharap anak-anak yang telah dibesarkan dengan kemewahan tiba-tiba menjadi zuhud? Ajarlah anak2 lifestyle yang simple2, makan pun tak perlu yang mahal-mahal, ikut yang kita mampu seadanya.
Didiklah nafsu berbelanja kalian. Didiklah ukur di badan sendiri. Persetankanlah orang lain sakan travel sana sini, sakan makan mahal sana sini. Sakan shopping sana sini. Kerana at the end, orang lain itu tidak bayarkan pun bil korang.
Mungkin sekarang rasa ok je, rasa lebih dari cukup, tapi percayalah, di masa tua nanti, banyak wang diperlukan untuk bil hospital, diet khas dan lain2. Yang tak terjangka sekarang.
Orang yang dapat pencen bulanan macam ni pun menagih simpati rakan2 untuk pinjam duit. Bayangkan ye makcik pakcik kita yang tak berpencen, tiada duit masuk bulanan. Kena betul-betul jaga kewangan mereka.
Respect aku dengan makcik pakcik yang pandai urus kewangan tanpa duit pencen bulanan. Hebat kalian!
Bagi aku, antara orang yang paling bahagia, ialah orang yang bebas hutang. Untuk itu, aku ucapkan terima kasih buat mak dan ayah aku atas didikan tegas mereka.
– Gohan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit