Assalamualaikum. Saya Mis Nur, umur dah lewat 30 an, anak 2 orang, bongsu tu masih menyusu badan dah nak masuk 2 tahun, sulong pula dah darjah 5.
Baru baru ni kita dikejutkan dengan soerang pendakwah yang kena tangkap atas tuduhan mero*go* seorang perempuan.
Saya actually peminat jugak la kat si Da** tu, sebab saya kagum dengan dia yang pandai cakap bahas Arab, lagu2 dia semua buat saya healing suatu waktu yang dulu, sambil saya nak tidur, saya suka layan lagu Arab dia,
Memang saya kagum jugak la sebab mana ada artis Malaysia yang nak buat lagu Arab best macam tu, walaupun cuma cover kan, tapi memang masuk kat jiwa saya.
Tapi bila dapat tahu dia kena tangkap, kena jatuh hukuman, serious saya turut bersedih. Sedih sebab bodoh nya dia sanggup buat macam tu, sedih dengan kehidupan isteri dan anak nya.
Saya follow jugak IG Da** ni, entah kenapa saya memang suka follow baca status dia, suka tengok dia dan isteri dia, cara dia jaga newborn baby dia,
Dan selepas tu, dapat tahu dia kena masuk lokap untuk tempoh yang agak panjang, jujur saya sedih sangat2. Sedih bukan sebab nak backup dia ya, tapi saya sedih sebab why you choose that path? Why why why?
Dan saya selalu terbayang mcm mana isterinya nak accept all this things, nak confront media, nak telan semua komen2 netizen. Tiap hari saya fikir, dah macam mental pulak aku ni.. huhu..
Bukan apa, sebab saya pun ada anak kecik, I just can’t imagine my life without my husband, even macam nana jahat pun kan dia, walau benci pun, tapi kalau sehari tak jumpa, still rasa rindu.
Walau dia tak membantu pun, cukupla kalau jasad pun ada dalam rumah.
So I learn a lot of things dari ujian orang lain. First, hargai pasangan kita. Esok lusa kita tak tahu apa nak jadi kat kita.
Masa silam kita dalam sekelip mata boleh meragut kebahagiaan insan yang kita sayang.
Secondly, jangan la pernah cuba buat benda bodoh mcm si Da** tu buat.
Sampai sekarang saya masih tak percaya, susah nak percaya, dan saya selalu fikir nasib anak dan isterinya, even though this is none of my business, tapi I still selalu terfikir how the wife nak accept all this? Ya Allah berat sungguh ujian MU.
Third and final, jujurlah dengan pasangan kita. Kalau dah buat salah tu, confront, dan terima la akibatnya.
Saya rasa sistem perundangan Malaysia ni dah cukup bagus untuk mensabitkan jika benar seseorang tu buat salah, I mean, memang dah terbukti jelas Da** ni buat salah,
Dan pada akhirnya, walaupun you menang at first stage, tapi akhirnya, sungguh tak sangka seorang yang happy dengan his new life, his beautiful wife could had face this hard trial in his life.
Saya pun tak tahulah lama mana saya nk fikir benda ni, sebab my life pun ada pasang surut,
I think most of our life mmg macam tu kan. Semua ada pasang surut. Cuma harapnya jangan la kita jatuh terlalu dalam, sampaikan kita susah nak bangun semula.
Semoga kita semua dalam lindugan Allah. Aamiin insya Allah.
– Mis Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit