Short and simple, hi semua… Nama aku Hanaara, belum berkahwin berusia awalan 30. Freelancer and menyewa bilik di pinggir kota.
Ye, aku belum berkahwin jadi aku belum faham keadaan isi rumah dari segi kebersihan. Tapi, bukankah bersih itu pilihan?
Sebab semua manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan masa 24 jam yang sama. Tak lebih, tak kurang.
Background family aku, mak aku ni jenis pembersih. Cara dia sapu rumah 4x sehari WAJIB guna penyapu, blower, vacuum dan mop dalam satu sesi mengemas.
Dapur and toilet tempat paling sensitif and kalau boleh setiap pagi dia buat kerja majlis perbandaran dekat luar rumah iaitu, sapu jalan, cuci longkang dan lain-lain. Senang kata, sekeliling mak aku ni mesti bersih sebersihnya.
Jadi hidup dalam circle ni, mendidik aku membesar dengan kebersihan itu kewajipan. Bilik aku kalau sepah sikit², memang kena tiaw habis².
Nak dijadikan cerita, baru² ni aku melawat kawan zaman degree aku dekat Ipoh sana. Dah lama tak jumpa, alang-alang nak ke Ipoh aku inform Sunflower (perempuan) dua hari awal. Yang aku akan datang ziarah dia lah.
Sunflower ni dulu zaman degree merupakan roomate aku lah, waktu tu kita orang berdua je dalam bilik hostel tu.
Sunflower jenis pembersih, semua lah dia nak kemas. Aku pon jadi selesa dengan Sunflower, sebab sekepala dalam hal kebersihan.
Lepas habis study, Sunflower pon berkahwin. Waktu Sunflower kahwin, aku lah bridesmaid dia. Terkejut aku bila ke rumah parents Sunflower, sangatlah kotor dan bersepah. Lagi-lagi hari majlis, alamak tuan…
Jem aku bila tengok rumah esok nak majlis, harini bersepah. Bukan sepah sebab kenduri tau, pokoknya memang bersepah dengan isi rumah, macam berhabuk tebal, kotak² recycle, toilet berlumut, and berbau hapak.
Aku tak amik kisah sangat time tu, aku tolong kemas mana yang mampu dan ketara, biar sedap mata memandang sikit. Dan aku husnuzon je lah, maybe Sunflower ni jenis pembersih kut, rumah parents je macam ni. MUNGKIN.
Lepas Sunflower kahwin, dia pindah Ipoh, memang tak pernah berjumpa dah kami. Sekarang dah anak 2 dah pon. Lebih kurang 7 tahun dah dia kahwin.
Ok back to cerita aku melawat Sunflower. Kitaorang memang excited nak jumpa sebab dah lama sangat tak jumpa kan. And time tu aku pergi ke Ipoh dengan bf aku yang 10x ganda pembersih daripada mak aku.
Dua hari aku mesej Sunflower, update dia perjalanan aku akan datang and tanya dia siap² kalau menganggulah aku nak ziarah kan. Sebab dia ada anak kecik and berbisnes jugak. Alhamdulilah, dia okay je sebab nak jumpa sama.
Pada hari kejadian, sesampainya aku depan rumah Sunflower. Dia senyum depan pagar, and aku happy sangat sebab lama tak jumpa dia. Rindu beb.
Waktu dalam kereta, bf aku cakap dia tak nak masuk sebab segan. Sunflower dah jemput masuk kan, aku pon pujuk dia cakap, suami dia ada kat dalam, jom masuk sebab Sunflower okay.
Bf aku pon setuju lah walaupon dia agak tak selesa ke rumah stranger, salah aku jugak patut biar dia dalam kereta je. Hmmm.
Tak ku sangka, bukan nak mengata tapi aku terkejut and tak tahu nak react macam mana. Bagai singapura dilanggar todak, rumah Sunflower sangat kotor dan berbau. Aku malu nak tengok muka bf aku, sebab aku kenal dia macam mana.
Sunflower jemput kitorang duduk di sofa, tapi sofanya penuh dengan sisa makanan dan sangatlah kotor. Lantai melekit² dan berbau hancing.
Sunflower konon-konon mengemas dan mengalas sofanya dengan alas dan jemput kami duduk. Aku perhati sekeliling rumahnya, Sunflower sekarang bukan lah pembersih seperti di hostel dulu.
Paling terasa, suaminya langsung tak bersemuka untuk tegur tetamu. Suami Sunflower dengan aku berkawan rapat juga sebelum mereka berkahwin. Apatah lagi, bf aku duduk dan langsung tak bersuara, aku boleh rasa ketidakselesaan dia.
Sedih aku waktu tu, sebab aku tak mengharap dapat layanan tiptop sebagai tetamu. Tapi kenapa Sunflower tak langsung mengemas sedikit sebelum kami sampai ke rumahnya.
Walhal, 15 minit sebelum ke rumahnya, kami singgah untuk menjamu selera selepas perjalanan yang panjang supaya tidak membebankan tuan rumah.
Dan 15 minit tu aku dah update pada Sunflower aku akan sampai. Kenapa tak kemas sikit pon, sedangkan Sunflower tahu aku dan bf aku akan datang melawat.
Orang kata, masuk rumah orang jangan judge. Ye betul, tapi kalau aku ke rumahnya secara tiba-tiba mungkin aku fahamlah, tak sempat nak kemas.
Kan dah dua hari awal, aku dah bagitahu akan datang. Tak ada istilah Sunflower lupa, sebab dia sedia maklum berkali-kali aku akan datang.
Sepanjang perjalanan pun, Sunflower tetap bertanya dah sampai belum. Aku sedih sebab terasa macam ziarah ini tidak dihargai selepas bertahun lamanya. Dan aku malu dengan bf aku jugak, sebab bab kebersihan memang zero tolerance.
Kebersihan ini pilihan dan tiada alasan untuk mengatakan tak ada masa untuk mengemas.
Kalau tak ada tetamu, lain la cerita kan sebab hidup berkeluarga dengan anak kecil memang mencabar. Tapi bila dah sedia maklum tetamu akan datang, aku rasa siapa pun akan kemas rumah sebab segan dan tahu adab layan tetamu.
Kalau bersepah toys ke buku² ke tak apa lagi. Tapi sisa makanan? Adoi tuan… Ni bukan tak ada masa, ni malas namanya.
Datang dari jauh, tapi tak dihidangkan air, masih okay lagi bagi aku sebab aku memang tak akan minum pon kalau rumahnya sebegitu rupa.
Aku tak tahu lah apa komen korang, tapi yang pasti kebersihan ni benda yang penting dalam agama kita pun. Ada je orang kaya tapi pengotor, orang miskin tapi pembersih. Its all about individual kan.
Dah la, tu je aku nak share. Sebab aku sampai sekarang masih terfikir, kenapa Sunflower tak kemas sikit pun? Hhhmmmm..
– Hanaara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sunflowers cuma berlakon masa zaman belajar. Realiti diri Sunflower yang sebenar adalah apa kau jumpa dia sekarang.
Pengotor dibesarkan daripada keluarga pengotor. Suami Sunflower pun sekufu tahap pengotornya. Pasti JANTAN KENCING MERATA COKLAT BERTANDA ATAS LANTAI TOILET SEAT dah jadi kebiasaan. Berak kalo nak cepat TAK FLUSH. TANDAS BILIK MANDI TAK PERNAH CUCI.
Sepadan perempuan dari KETURUNAN PENGOTOR.
Sunflower yang kau jumpa sekarang adalah dirinya sebenarnya. Dan pak cik jamin sejuta peratus Sunflower dan suaminya TAK SEMBAHYANG.
Najis melekit. Ambil mudah tak jaga kebersihan. Tak solat. SAMA TARAF SYAITAN DAN IBLIS SUKA KOTORAN DAN NAJIS.
Tak perlu kecewa Allah dah tunjukkan kebenaran.
Jika tak mampu nasihat dan Sunflower sejenis tak makan nasihat jauhkan diri.
Dengan kekasih kau orang luar pun Sunflower tak malu tunjuk rumah BUSUK KEPAM KOTOR SELEKEH.
Tak perlu bazir waktu bersilaturahim sama golongan Iblis Jin Syaitan. Kotoran itu dah sebati dengan mereka.
Orang pengotor muka tak seri. Orang tak suka. Makhluk terkutuk ja suka.
Salam peringatan dari pak cik yang benci orang pengotor dan PEMALAS