Bersihkan Hati Sebelum Menghukum

Assalamualaikum and hye guys. So, harini aku nak share kisah dan pengalaman aku berhadapan dengan seorang kawan yang dah terlanjur. Sebelum aku kongsi pengalaman aku, tujuan aku kongsi story ni supaya sama2 dapat ambik ibrah dan point yang penting dan positif. Dan salah satu sebab aku share kisah ni sebab tadi masa tengah2 scroll timeline FB terbaca satu sharing dari seorang doctor ni dan aku amat tertarik dengan point dia yg cakap mcmni “we can’t change their past, but we can try to introduce them to a new future. First thing to do is clear our hearts from judgement and pray that Allah sends them guidance”. And his words hit me really hard (nangis laju2 sebab terkena di hati dan pernah ada pengalaman berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama tapi sgt berbeza).

Disclaimer : Post ini sangat PANJANG dan minta maaf di atas tatabahasa yang kucar kacir dan Bahasa rojak. Thanks admin jika sudi menyiarkan posting saya ini.

So, actually kisah ni berlaku pada 7 tahun yg lepas. Masa tu aku study di salah sebuah kolej matrikulasi semasa sem 1. Aku perkenalkan nama kawan aku, Yaya (ofcourse bukan nama sebenar). Yaya ni seorang yg pandai dan seorang yang sangat2 hardworking. Kami merupakan classmate dan blockmate (sukahati je buat vocab baru ; *sama blok di hostel). Kami kira rapat lah jugak, pergi kelas sama2, belajar sama2, makan sama2 tapi xda lah berkepit 24 jam. Yaya ni seorang yang ceria jugak, tapi dia jarang lah bukak cerita pasal life dia, pasal family dia. Dan aku pun segan lah nak tanya sebab takut dia x selesa nak bercerita. Yaya ni fizikal dia seorang yg kurus, kecik2 comey . Dia selalu pakai sweater kalau pegi kelas sebab dia selalu x sihat. Dan dia pernah cakap kat aku, dia nak belajar sungguh2 sebab dia nak berubah ke arah yang lebih baik dan untuk future dia. Masa tu aku iyakan ja lah dan tak fikir apa2 pun.

So, suatu hari ni, Yaya minta aku temankan dia pegi hospital. Sebab dia rasa badan dia lain , dan bengkak di kaki dia x surut2. Sebelum pergi hospital, dia pernah jugak lah pegi klinik ambik ubat demam selsema apa semua dan check kenapa kaki dia bengkak, tapi doctor ckp maybe sebab alergik dan air paip xberapa bersih. So, masa pergi hospital tu, MA checklah badan dia , kaki dia, dan MA cakap kena buat ujian darah, urine test apa semua untuk tahu result. Btw, MA tu suspect kawan aku ni ada masalah buah pinggang maybe cecair terperangkap and that’s why sebabkan kaki Yaya bengkak.

So, nurse ambik lah darah dia , buat urine test apa semua, tapi result tu lambat la nak tahu , dalam 6 jam mcmtu ke baru dpt result (kalau aku x salah ingat lah, sebab benda ni dh lama berlaku kot so aku ingat2 lupa) dan Yaya kena admitted ke hospital. Jadi,aku pun balik lah sorang2 haritu dan keesokannya aku datang balik dengan roommate Yaya bawak pakaian n brg2 kelengkapan dia di hospital sebab masa tu dah petang dan kena masuk balik ke kolej sebelum pukul 6 pm dan bas pun paling lambat ada masa tu jam 4.30pm.

Masa sampai di hospital keesokannya tu, aku dan roommate dia, Nana (bukan nama sebenar) cari lah si yaya ni tapi x jumpa. Lepastu terserempak dengan nurse semalam yang ambik darah dan urine test si Yaya ni dan aku tanyalah ‘cik, mana kawan saya yg semalam tu eh? Yang suspect sakit buah pinggang tu?’ lepastu nurse tu jawab dengan muka dia mcm serba salah dan mcm mengelak nak jawab bila aku Tanya ‘ouh,yang budak matrik tu ke? Dia di wad sana *sambil tunjuk wad bersalin’. Masa aku dengar jawapan nurse tu aku dah rasa x sedap hati tapi aku fikir positif je maybe dia diletak kat wad bersalin sebab wad wanita x cukup kot.huhu. Lepastu aku pergi lah wad tu dan tanya kat kaunter kawan aku katil no berapa.

Masa sampai di katil, ada tirai ditutup separuh kat katil kawan aku tu, dan masa tu Yaya tengah membelakangkan kami. Aku masa tu berdebar2 kot nak jumpa dia (xtaulah kenapa xsedap hati dan jantung rasa nak meletup) dan masa tu ada mama dia sekali tgh duduk sebelah dia. So aku bagi la salam dan bila aku dah berhadapan dengan Yaya, aku nampak dia tengah dukung baby. Huhu . Yaya masa tu nampak terkejut kot tengok aku dan Nana tetiba ada depan dia . aku masa tu xtahu nak react macamna. Masa tu rasa blank, speechless, tergamam , rasa nak marah sebab mcm rasa dikhianati dan ditipu hidup2 dan rasa nak nangis laju2 dan lari dari situ.

Tapi lepas beberapa saat aku diam, aku tarik nafas, aku buat2 xtahu (buat2 cool konon padahal rasa nak nangis), aku pergi salam mama dia dan aku tanya Yaya baby tu baby girl ke baby boy dan baby tu cukup bulan ke x. Yaya jawab la baby tu baby girl dan xcukup bulan (Yaya pregnant 7 bulan je dan baby tu kecik kot,masa tu xterfikir nk tanya baby tu lahir normal ke Caesar ke apa, ye la masa tu aku umur 18 tahun kot dan x matang ,mana lah tahu term2 mcmtu. Yaya pun badan dia kecik je that’s why aku xperasan selama ni) . Dan nampak dari riak muka dia tunduk mcm nak mengelak je dari pandang aku.

Tapi aku buat dunno je, dan aku tanya la dia sihat ke x, dan tanya dia (dalam keadaan yang cuba bertenang dan tidak emosi), dia tahu ke tidak dia pregnant sebelum ni. Yaya jawab dia memang xtahu dia pregnant, dia mengaku dia pernah terlanjur dengan boyfriend dia sebabtu dia nak berubah ke arah yang lebih baik dan ubah future dia, tapi dia x expect dia mengandung. Huhu. Lepastu aku tanya, boyfriend dia tahu ke x yang dia ada anak dan nak bertanggungjawab ke x, Yaya kata boyfriend dia dah tahu dan memang nak bertanggungjawab. Btw, boyfriend si Yaya ni dah bekerja dan tua dari dia (kalau memori aku x salah, 25 26 mcmtu kot ) dan boyfriend dia yang support Yaya dari segi kewangan sepanjang pengajian di matrikulasi.

Lepas bertanya khabar dan story apa semua. Masa nak balik tu , aku bersalam dengan mama Yaya, masa tu aku nampak muka mama dia sedih, frustrated, tapi mama dia diam je dan ucap terima kasih kat aku berkali2 sebab selalu tolong Yaya dan support Yaya. Mama Yaya peluk aku kuat2 kot masa aku nak balik dan minta tolong aku untuk pack barang Yaya kat hostel dan hantar surat kepada felo blok asrama kami petang tu. Yaya diberhentikan pengajian serta merta sebab kes tu dan Alhamdulillah sebelum benda ni berlaku yaya memang dapat tawaran sambung belajar utk jd Penolong Pegawai perubatan di salah sebuah Kolej kesihatan Bersekutu dan masa kejadian ni berlaku pun masa tu tengah study week sebelum PSPM 1 jadi kes ni x kecoh sgt dan dpt settle diam2 dan lepastu cuti sem so aku boleh elak dari kena tanya dengan kawan2 sekelas dan budak2 MPP dan surau. (btw, aku dulu masa matrik salah seorang jawatankuasa surau, jadi disebabkan aku rapat dengan si Yaya ni, ada seorang MPP & merangkap budak surau ni asyik tanya aku pasal Yaya sampai aku rimas dan fed up)

Masuk sem baru, kawan2 sekelas aku mostly yang perempuan dok tanya aku mana Yaya, kenapa dia admitted hospital dan kenapa dia berhenti, so aku jawab je lah Yaya admit hospital sebab kena suspek sakit buah pinggang (*aku x tipu kan? Aku cakap apa yang nurse tu bgtau aku, xkan aku nak bgtau yaya melahirkan anak kan?) dan Yaya berhenti sebab dapat tawaran kursus Kolej Sains Kesihatan bersekutu. Tapi, kawan2 sekelas aku yg perempuan ni mcm ragu2 dgn jwpn aku. Lepastu ada beberapa kawan yg memang rapat dgn aku paksa aku bgtau hal sebenar.

Sebab dorg kata actually dorang dah lama perasan perubahan badan Yaya terutama ketika di bilik air, ambik wudhuk ,mandi apa semua.dan dorang selalu ke bilik Yaya dan perasan Yaya selalu pakai sweater dan tutup full badan dia. Tapi dorg diam je dan x berani tanya kat Yaya .Jadi, aku terpaksa cerita lah perkara yg sebenar kat dorg dari A-Z dan sama2 menangis lepastu huhu. Tapi, kisah ni kami2 je yg tahu dan simpan rahsia. Kalau ada budak kelas lain tanya, kami bagi skrip jawapan yg sama Yaya dapat offer bla bla dan sakit bla bla.

Masa minggu pertama sem kedua, sepatutnya kelas Bahasa Inggeris kami ada seorang lecturer Foreigner yang mengajar kelas kami. Tapi lecturer tu xnak ambik kelas kami sebab dia kata kami ni kelas paling bermasalah. (dalam DK=dewan kuliah, kelas kami memang terkenal dengan budak2 nakal tapi pandai dan sangat bising masa kuliah). Masa tu, aku expect maybe lecturer tu xnak pegang kelas kami sebab kami nakal kot, rupanya dah nak habis belajar di matrik, baru aku realized yg lecturer tu xnak pegang kelas kami sebab kes Yaya. Huhu.

Dan rupa2nya semua pensyarah dah tahu dah pun kes Yaya tu . bayangkan selama dua ke tiga minggu kami takda kelas Bahasa Inggeris (Dah la kami nak ambik test MUET sem 2 tu). Lepastu ada classmate sorg ni , dengan beberapa classmate yg lain pegi pujuk miss Z, lecturer BI kami yg sem 1 untuk ajar kami BI masa sem 2 tapi dia xdpt sbb kelas dia full dan Alhamdulillah miss Z sanggup tukar kelas dengan lecturer foreigner tu dan ambik kelas kami. Thanks, miss Z! may Allah bless you .

Lepas tamat pengajian di matrik, aku balik semula ke borneo, dan dalam tempoh sem 2 tu, aku ada ja keep in touch dengan Yaya (Yaya study di salah sebuah kolej kesihatan berdekatan dengan rumah aku) . so dalam tempoh cuti nak tunggu result masuk U aku pernah ajak yaya balik rumah aku dan balik kampung. Masa bercuti, aku x tanya sangat pasal anak dia, sebab topic tu sgt2 x selesa. Tapi yaya ada ja bgtau yang anak dia dijaga oleh Mak dan kakak dia di kampung (di sabah). Dan dia plan berkahwin dengan boyfriend dia lepas tamat pengajian di Kolej dan jadi MA (sebab spjg pengajian di kolej tu kalau x silap, xboleh berkahwin).

So, Alhamdulillah sekarang, Yaya dah berjaya jadi MA dan berkahwin dengan lelaki tu (After 4 years dan anak dia yg dulu tu dah 7 tahun dah pun skrg, dan aku x sure anak dia tahu ke x yang Yaya tu mama dia dan aku xpernah nampak Yaya ni update mengenai anak dia di media social pun). Dan sekarang dia tengah pregnant . So, dear Yaya. Thanks for never give up and being strong and achieved your dream, and thanks for not neglecting your daughter. And to those yang terlanjur, it’s never too late to change for the better, seek repentance and achieve your dream.

Thanks kepada semua yang sudi baca confession dan sharing saya yg tak seberapa. :)

– Ms Haya’

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *