Berstokin Itu Pilihan

Assalamualaikum semua. Aku direct tulis confession direct je lah ye. Berstokin itu pilihan. Apa maksud tajuk tu?

Hmmm macam mana nak mulakan eh. Aku ni baru je berjinak jinak tutup aurat, jadi aku mulakan dengan pakai stokin.

Kita tahu memang kaki ni pun salah satu aurat perempuan yang wajib kita tutup kan. Aku tahu aku ni bukanlah gadis yang bertudung labuh sangat, aku biasa biasa je tapi tudung memang tutup dada lah. Aku ni manusia biasa je.

Tapi aku pelik kenapa ada kawan, bestfriend aku sendiri kata aku ni terlalu islamik. Hmm entahlah.

Islamik? Bukan ke ni kan memang benda basic bagi seorang perempuan Muslim. Aku pun baru je belajar pakai. Dan, lama lama tu aku dah terbiasa, tak selesa kalau tak pakai.

Even aku punya outfit tu bergaya masa tu, aku still pakai stokin. Aku ni jenis yang suka ootd tau orang kata haha. Hah jangan kecam sebab suka bergambar hmm sebab tu aku kata aku bukan manusia sempurna. Cuma aku baru belajar pakai stokin.

Kalau korang nak tau, outfit aku macam si bini tesla yang first tu. Aku cuma sekadar bagi gambaran. Bukannya berlagak ustazah atau nak menjadi icon muslimah. Tak ada lah pulak sampai ke situ.

Entahlah kadang aku sedih ya. Dengan julukan “Islamik” yang dorang berikan tu.

Kalau aku post berkaitan Palestine pun. Dorang kata islamik weh. Aku pelik dengan pemikiran dorang. Kata kata berkaitan Islam pun terus kata islamik. Lepas tu, kawan aku kata nak cari lelaki yang bukan Muslim lagi bagus dari yang Islam.

Normal ke kawan aku macam ni ye hmm. Aku terkejut pemikiran macam tu. Ye lah, tahu jodoh kita tak tahu kalau ditakdirkan berjodoh dengan non-Muslim, ok je pun.

Kakak aku pun kahwin dengan chinese. Ok je dorang, laki dia rajin ikut kelas muallaf, belajar mengaji, fardhu ain. Banyaklah kelas dia. Tapi aku terkejut pulak mindset kawan aku tu “malas lah lelaki Melayu Islam ni” Aku pun speechless.

Aku tahu, maybe sebab dorang ada pengalaman dipandang sinis dengan geng berpurdah, bertudung labuh. Aku sendiri pun terkena ya. Tak semualah macam tu.

Tapi ada segelintir yang tudung labuh dan berpurdah tu terus cakap dengan aku “awak ni mampu ke syurga ke dengan tak pakai tudung labuh, pakaian pun biasa je”

Ke kawan aku takut aku jadi macam tu weh hmm tapi aku tak ada lah nak pandang serong, aku baru je mula pakai stokin.

Atau dorang takut aku ni terjebak dengan “cinta islamik” hahahaha macam tu ke? Hmm entahlah. Kadang rasa sedih. Even keluarga sendiri pun, sepupu aku pun gelak nampak aku berstokin. Kawan tempat kerja pun sama. Tak tahu lah.

Sebab aku sendiri tak pernah judge orang even orang tu tak pakai stokin/handsock. Sebab itu, aku kata berstokin itu pilihan.

Aku tak ada rasa diri aku ni lebih baik dari dorang hanya sebab pakai stokin. Tapi sebaliknya mereka berpandangan lain dengan aku. Bagi aku, itu tersangat lah basic.

Aku jauh gila nak kata “muslimah” tak. Sangat jauh. Aku ni sama je dengan dorang, gila gila masuk air pun ada cuma bab pakai stokin. Dikata “islamik” pulak.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. inilah mentaliti orang kita asal nampak seseorang tu nak berubah ke arah kebaikan terus cop bukan2. semuanya tak kena. pelik post pasal Palestine dorang bole kata islamik mesti geng2 neutral ni. betul la kata ustaz Islam datang dalam keadaan asing dan kembali dalam keadaan asing.

  2. Awak punya circle ni macam terlalu negatif je. Hopefully awak tak terhasut sekali dengan cara pemikiran mereka. You be you. The better you. Sebab saya pun berhandsock, berstokin kaki, tapi alhamdulillah kawan2 faham je. Kawan2 saya pun bukannya berpakaian yang elok sangat, but they know what is right and what is wrong (and they know what they are wearing is not right in Islam but they still do it anyways).

    Keep your istiqamah sis. Saya pun start pakai fully handsock & stokin umur 16/17 tahun (now in mid 20s). Ada la kadang2 terpesong sikit, tak pakai. Mostly sebab balik kampung – nak pergi balik toilet susah asyik berstokin je huhu. Kadang2 tu berlari2 anak konon tak nak sepupu lelaki nampak kita tak berstokin haha. And kalau drive duduk dalam kereta je, then masuk rumah – itu pun tak pakai.

  3. Berstoking itu tiada pilihan tetapi wajib sebab ia sebahagian aurat wanita tapi baguslah awak dah tingkatkan darjat lebih dari wanita yang belum sempurna menutup aurat..semoga awak terus istiqomah.

    Cakap pasal pemikiran typical orang sekeliling mengenai pemakaian stoking dan handsocks terutama melayu islam memang sangat menyedihkan sebab saya sendiri dikelilingi oleh golongan begitu malah sangat rapat (beberapa orang). Mereka bukan takde ilmu agama tapi terlebih ilmu agama (pergi sekolah agama asrama penuh/belajar dalam bidang agama) cuma sayang tak dipraktikkan dalam hidup malah memperlekehkan orang yang cuba untuk perbaiki hidup kearah yang lebih baik. Golongan ni bila kita tegur kesalahan mereka, mereka tak boleh terima, kononnya ilmu kita cetek tapi sudah terang lagi bersuluh buat salah/dosa (mereka buat tak nampak/pejam sebelah mata) tapi kalau kita golongan cetek agama ni buat salah terus dicop kita berdosa, derhaka dan tempahkan kita keneraka, memang toksik orang macam ni. Sama jugak kalau kita nak upgrade diri macam pakai stoking/handsocks mesti akan berbunyi sinis like kau pakai socks tapi pegang tangan bukan muhrim or pakai tudung tapi tak tutup dada..memang la benda tu salah/berdosa tapi orang buat salah/dosa ni tak boleh berubah ke? or kalau berubah tu kena all out terus??

    Same goes to Palestine issues, some of them taknak boycott pro-israel’s products etc kononnya kesian dengan rakyat malaysia yang kerja dengan company tu nanti jobless or malas nak substitute dengan products dari negara yang pro-palestine..macam-macam la alasan and suprisingly golongan terpaling tinggi ilmu agama tu la yang taknak boycott tu. Tu semua terpulang, tepuk dada tanya iman. Tapi tolong jangan sceptical kat orang yang sokong Palestine sebab itu hak masing-masing dan jihad kecil mereka.

    So girl, terus kuatkan diri sebab hidup ni memang keras..lagipun kubur masing-masing kan, dorang nak kecam dan taknak berubah, kita doakan semoga diberi hidayah. Semoga kita semua dikurniakan taufiq dan hidayah untuk berubah menjadi muslim sejati dan terus perbaiki amal ibadat kerana ajal maut tiada tarikhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *