Bersuamikan Askar

Assalamualaikum. Aku seorang isteri kepada seorang pegawai Navy. Dikurniakan seorang anak lelaki. Cukup untuk pengenalan diri.

Kawin dengan pegawai tentera, benda yang paling ‘istimewa’ dapat jalan bawah pedang masa hari persandingan.

Tapi… Hakikat yang paling sakit aku kena hadap lepas kawin lebih besar.

Aku kerja dalam bidang kesihatan (bukan nurse). Kenal suami secara atas talian. Berhubung jarak jauh selama 3 tahun dalam tempoh perkenalan. Memang boleh kira berapa kali saja kami jumpa.

Alhamdulillah jodoh kami berkahwin sewaktu kami sama2 baru mulakan career. Alhamdulillah, aku mengandung seawal usia perkahwinan.

Atas faktor jarak, kami terpaksa PJJ (perhubungan jarak jauh) selepas nikah. Atas faktor nie, aku tekad ambil cuti rehat selama 2 minggu, untuk aku teman suami, kenal hati budi, dan cuba faham kerja dia.

Tapi tempoh 2 minggu tu, habis dengan “menunggu”. Memang kerja dia tak pernah habis. Untuk faham career dia, memang mustahil dalam tempoh tu.

Alhamdulillah lepas aku lahirkan anak pertama, aku dapat posting satu daerah dengan tempat kerja suami. Finally we a have a place to called our home. Masa tu tempoh perkahwinan kami dah 1 tahun.

Masa tu baru aku kenal hati budi suami aku. Alhamdulillah dia ringan tulang, tak penah berkira untuk uruskan hal rumah. Bertanggungjawab. Tak kedekut duit ringgit. Cuma masalah kami komunikasi.

Laki aku seorang yang pendiam. Atas asbab nie jugak susah untuk aku cuba nak fahamkan career dia.

Jujur aku cakap, perempuan bila dah kawin, memang suami ja kawan aku. Dalam aku sibuk uruskan diri aku dan hal2 anak sendirian bila suami outstation, kami masih berhubung, tapi semua bicara hal anak.

Itupun banyak di soal. Kadang aku sendiri letih nak mencari jawapan. Contoh,

‘Pagi tadi kelam kabut, siapkan anak bekal, buat sup ayam. Tapi anak langsung tak nak makan, pengasuh dia kata. Sedih mama’

Suami balas,

‘Kenapa dia tak nak makan? Tawar ke? Ke dia nak salmon’

Aku tak pasti orang lain mcm mana. Tapi bagi aku yang turut bekerja, uruskan anak seorang, mental dan emosi aku penat. Bila aku mengadu, dan dapat soalan macam tu, aku lagi penat.

Bukan tak pernah, aku tegur, aku cerita dekat suami, apa yang aku harapkan dari dia bila dia jauh dari aku. Cukup la untuk ayat penghargaan “terima kasih” terlebih dahulu.

Aku dah bagi option, kalau langsung takda idea atau bosan asyik terima kasih jer, google jerla love quote ke, atau appreciation quote.

Aku sudi terima, asal aku jelas, apa yang aku lalui nie, sentiasa dinilai murni oleh suami aku sendiri.

Aku cuba positivekan diri dan bersangka baik. Sebab terlalu banyak kebaikan pada diri suami aku, kalau nak bandingkan dengan kekurangan dia.

Dipendekkan cerita, hal yang aku ketepikan tu, bukan masalah bagi aku sahaja. Ramai lagi yang sama nasib aku, bila bersuamikan askar.

Ada yang di diagnose anxiety disorder, punca yang sama, suami terlalu prioritykan kerja, dan tak mampu nak kawal/rawat emosi dan mental isteri yg turut berkorban untuk sokong career suami sebagai askar.

Terlalu prioritykan kerja nie maksud aku…. Contoh situasi, saat aku nak melahirkan anak pertama.

Atas dasar hormat dan mengharapkan suami dapat teman aku saat melahirkan nanti, aku pilih untuk bersalin hampir dengan kampung suami… Tapi rezeki aku, terus diberi tarikh untuk “serah diri” walaupun belum ada sebarang tanda.

Aku sedia maklum dengan prosedure hospital, untuk perempuan yang nak beranak, check bukaan dan denyutan nasi bayi secara berkala tu sangat perlu….

Bila tetiba nurse bagi pilihan,

“Balik la dulu, jantung baby, gerakan semua okay, tanda pun tak ada lagi, esok datang lagi, kalau dah admit ward, dah tak boleh keluar”… Berbunga hati aku, terus pandang suami.

Hampa, bila suami aku beri keputusan, warded je la, senang dia nak mintak cuti, kalau tak masuk ward nanti dia kena kerja. Segan la nak mintak cuti.

Aku tak pasti, sama ada dia sedar ke tak apa yang bakal aku hadap. Kadang aku terfikir, terlalu besar ke harapan aku untuk bertemankan suami saat melahirkan, sebab selama 9 bulan aku mengandung, aku lalui sorang2.

Kenapa saat tu, “kerja” masih lagi priority. Langsung tak ada sikit pun kebajikan kah, untuk si isteri yang akan berjuang melahirkan zuriat.

Memang emosi aku sentiasa roller-coaster. Kadang aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa. Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Cuma aku masih mengharapkan penghargaan dan perhatian dari seorang suami.

Secara dasarnya mungkin “askar” bukan penyebab utama masalah aku, tapi berpunca dari “komunikasi” tu sendiri. Ntah! Aku tak pasti..

– Hanim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *