Bersuaralah, Bukannya Mengata Belakang

Sejak kebelakangan ni banyak yang aku tengok orang senang-senang je nak viral perkara yang tak kena kat mata diorang. Paling tak boleh belah, orang yang dikata tu duduk tercongok depan mata, tapi nak jugak diambil gambar dan upload ke media sosial dengan caption caci-maki. Macam dah jadi satu trend, mengata belakang tapi bila suruh cakap depan-depan tak mau. Yang tukang komen pun sama, ayat nak berapi je. “Kalau aku la, aku dah sound dah”, “Ni kalau aku nampak, aku tolak je ke tepi.” “Buat kat aku macam tu, aku tau la nak balas macam mana.” Padahal semuanya sembang je lebih.

Ni aku nak cerita, kalau korang jumpa apa-apa yang korang tak puas hati, suarakan dengan orang yang berkaitan. Jangan expect orang tu boleh baca isi hati kau. Jangan expect kau viral tu boleh jatuhkan hukum dekat orang yang kau kata tu. Ada beberapa perkara yang kau sebenarnya tak tau hujung pangkal pun, tapi kau bajet-bajet tau dan sebarkan kat orang, dengan harapan orang sokong kau. Kau expect orang yang kau viral tu kena faham situasi kau padahal kau tak nak suarakan apa yang kau nak dari dia.

Aku mengaku, aku pun tak ada la berani sangat nak tegur orang depan-depan. Tapi daripada aku mengata belakang dan tak bawa apa-apa faedah kepada aku, aku beranikan diri jugak. Cerita pertama, duduk dalam bas dengan orang yang berlainan jantina. Aku perempuan, memang sangat tak selesa bila duduk sebelah lelaki. Nak pula kalau perjalanan jauh sampai 4-5 jam. Biasanya perkara pertama aku akan tengok bila jadi macam ni, tengok seat lain yang kena pair lain jantina juga. Laki bini aku tak kacau la. Maksud aku, yang senasib dengan aku. Kalau ada, aku akan approach orang lelaki yang duduk seat tu dan tanya elok-elok, “boleh tukar seat tak?” Setakat ni tak pernah lagi permintaan aku ditolak. Lagi elok dari korang up status dan mengomel “isy, kena duduk sebelah lelaki pulak… tak selesa la…blablabla..”

Cerita kedua, naik kereta ngan suami aku, nak parking dalam stesen minyak. Tiba-tiba nampak sebijik kereta ni parking kereta sampai makan dua kotak parking, driver ada kat dalam kereta. Parking lain penuh. Instead of jadi tunggul dan jadi tukang viral mengata kat kereta tu, aku mintak izin suami nak tegur driver tu sebab kitorang nak parking. Suami izinkan dan aku keluar ketuk tingkap dia, mintak tolong betulkan parking. Tapi make sure korang mintak penuh kesopanan dan kesusilaan. Tak perlu nak sound pedas-pedas. Tujuan kau nak cari penyelesaian, bukan nak cari masalah. Tak sampai seminit, driver tu betulkan parking dia elok-elok dan kitorang pun dapat parking sebelah dia. Yeay~

Cerita ketiga, kau nak duduk kat tempat awam (bas, tren, kawasan menunggu) tapi ada orang letak barang atas seat sebelah dia dan kau tak boleh duduk sebab ada barang. Sekali lagi, pergi approach dia dan cakap elok-elok yang kau nak duduk, minta tolong dia alihkan barang. Yang ni 50-50 la. Tapi biasanya kau akan dapat duduk jugak sebab orang tu akan rasa segan kalau tak alihkan barang dia. Nak selamat, kau kuatkan suara sikit bagi orang sekeliling dengar dan tarik perhatian orang. Automatik orang sekeliling akan tengok dia dan nak tak nak dia akan alihkan barang untuk kau. Dia nak buat muka ke apa ke, kau biarkan. Janji kau dah suarakan isi hati kau.

Haaa… senang je kan? Mungkin tak semua situasi boleh pakai cara ni. Tapi sekurang-kurangnya, kau dah boleh kikis perangai suka viral tak tentu hala yang semakin trending sekarang ni. Suarakan isi hati kau. Bukan nak cari masalah, tapi nak cari penyelesaian.

– X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit