Assalamualaikum. Hello. Ini adalah first time aku menulis di sini. Sekadar berkongsi pengalaman. Mana tau boleh jadikan motivasi atau iktibar untuk pembaca lain. Korang bolehkan gelarkan aku sebagai Miss Lemon. Why lemon? Entah la mungkin sebab senang nak ingat.
Okay back to the story. Aku adalah lepasan ijazah dari UITM. lepas habis intern (semester terakhir), aku terus dapat offer kerja di salah satu organisasi semi kerajaan di Jalan Duta. Tapi hanya sebagai pekerja harian sambilan. Aku bukan dari keluarga yang senang/berada, yang mana kalau aku nak apa2, parents aku akan suruh pakai duit sendiri. Sedangkan laptop study pun aku beli pakai duit sendiri, so bagi aku, tawaran kerja ni agak berbaloi untuk aku sementara tunggu offer kerja yang lain.
Bermulalah kisah aku bekerja sedangkan kawan2 yang lain sibuk berehat, travel ke sana sini after study. Agak lama jugaklah aku bekerja di organisasi semi kerajaan tersebut walaupun gaji tak banyak mana but I managed to have my own savings. Yela masatu aku stay rumah parents, makan minum parents ada, time lunch aku memang bawak bekal g kerja, pergi balik kerja ayah aku ambik (Yes,aku anak manja). selepas deduct duit bagi parents aku, aku simpan separuh dalam Tabung Haji. Separuh lagi jadikan duit belanja.
Selepas tu rezeki aku dapat kerja tetap dalam sektor swasta. Time ni ayah aku dah tak hantar dan ambik aku sebab office aku nun kat Petaling Jaya and rumah parents aku pulak kat tengah2 KL. So, aku decided ambik lesen motor and pegi kerja sendiri naik motor. Expenses bertambah sikit untuk duit minyak, servis motor bagai tapi still aku boleh menyimpan sikit.
Tapi, aku tak bertahan lama kat company ni dalam 7 bulan je sebab aku rasa company ni tak telus kerja. Ada ke patut suruh kerja lebih masa tapi taknak bayar OT. Tu aku tak kisah. Paling aku tak boleh blah, anak owner nak kahwin, wedding nak grand tapi kerah tenaga aku untuk cari doorgift la, PA system la, hotel la, buatkan goodies la. Dah macam wedding planner dah aku ni. Paling tak best, semua tu tak berbayar. Then aku decided nak berhenti kerja dan bermula hidup aku sebagai pengganggur.
Selepas 2 minggu menganngur, aku dapat call dari Petronas (aku pergi interview ni masa aku kat company lama lagi hehe preparation sebelum berhenti). Aku diterima kerja di Petronas tapi sebagai pekerja kontrak je tu pun sebagai Admin. Bagi aku, ini adalah rezeki tak kisah lah jawatan apa pun asalkan rezeki tu ada so aku accept offer ni. So bekerjalah aku kat sini. Walaupun kurang kawan, sebab aku segan aku admin je yg lain2 semua jawatan executive la manager la, tapi aku tetap bertahan.
Macam biasa, lunch time aku makan bekal, pegi balik kerja on time sebab dekat dgn rumah so aku lagi jimat. Shopping makin kurang sebab kat KLCC nak shopping memang tak mampu lah. Sepanjang kerja, aku mampu jugak lah save duit nak kahwin yahuuuu.. Alhamdulillah perbelanjaan kahwin aku tak menggunakan sangat duit parents aku. Dari nikah, pelamin, baju & katering semua pakai duit simpanan aku. cuma dewan je mak aku sponsor sebab pakai kad kerja dia so dapat separuh harga..huhuhu
After kahwin, dugaan datang lagi. Right after aku bersalin, Petronas started to dismiss pekerja-pekerja kontrak and salah seorang nya aku lah. Kali ni lama juga aku menganggur sambil2 jaga baby kan. Almost 4 bulan jugak then aku dapat offer as Admin jugak di satu company swasta ni. What I can say, company ni agak famous jugak. Kalau aku sebut nama companay ni korang mesti tau punya. Salah satu E-Commerce company yg agak famous kt Malaysia. Gaji aku bermula agak rendah kat sini sebab aku malas nak demand, takut nanti dorang taknak ambik aku bekerja pulak.
Kerja kat sini namanya je as Admin tapi kerjanya 360 darjah lain dari kerja admin aku kena buat. Aku kena handle operations for Malaysia and kebetulan company ni nak expand business ti Taiwan, so aku sangat struggle time tuh. Semua orang cakap jawatan aku Admin je tapi kerja aku kalah kerja Executive. Sampaikan ayah mertua aku advice suruh berhenti kerja sebab asyik balik lambat dalam 8pm-9pm je.
Aku bincang dengan husband aku, and we decided untuk aku continue bekerja memandangkan financial kami as suami isteri belum stabil lagi. Alhamdulillah berkat usaha keras aku bekerja, selepas 3 tahun aku dapat naik pangkat as Senior Admin dan beberapa bulan selepas tu sebagai Executive. Aku sangat2 bersyukur atas rezeki Allah yg berliku-liku tapi tak pernah putus.
Nasihat aku kepada pembaca kat luar sana, janglah memilih pekerjaan/gaji . Kalau dapat kerja tu, usaha sebaik mungkin. Kerja keras and usaha sendiri. So far, almost life goals aku dah tercapai. Kahwin pakai duit sendiri, settlekan PTPTN. Now, tengah go for bina rumah landed sendiri. Doakan aku please.
XOXO…
– Miss Lemon
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit