Bersyukur Dengan Rezeki Pekerjaan

Aku tertarik dengan satu confession bertajuk “Bukan Doktor Saja Yang Teraniaya, (https://iiumc.com/bukan-doktor-saja-yang-teraniaya/).

Sini aku nak share pulak pengalaman aku bekerja dari 2011 sampai sekarang. Aku lulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal daripada universiti swasta yang sangat gah di Malaysia.

Pekerjaan pertama selepas menganggur 5 bulan adalah “ENGINEER” untuk sebuah kilang di Borneo. Dengan alasan baru habis belajar tak boleh memilih dan kena cari pengalaman.

Kerja dari shif 12 jam (7.00-7.00 dan rehat 12.30-1.30); 2 hari siang dan 2 hari malam; tapi 30minit sebelum masuk dan selepas kerja wajib meeting untuk job handover. Cuti 3 kali jer sebulan (pilih sendiri awal bulan bila nak cuti).

Gaji waktu tu (2011) bersih tak sampai RM1,700 pun. Basic RM 1,200 (belum tolak KWSP dan SOCSO), elaun shif RM500. Belum kira tolak gaji masa MC dan cuti tahunan takde untuk tahun pertama.

Next job aku dapat guna online platform. Kerja dekat site as “SUPERVISOR”. Kerja at least 8-5 dan weekdays sahaja. Aku dah sangat bersyukur sebab boleh la dapat rehat di malam hari. Gaji basic RM2,000 takde apa2 elaun.

Tahun kedua site yang aku jaga dah habis dan kena transfer ke Selangor. Gaji tak ubah dan site sentiasa bertukar tukar. Minyak dan tol pergi site memang boleh claim, tapi maintenance kereta tak boleh walaupun wajib guna kereta sendiri.

Menyewa bilik sahaja (tingkat 3 rumah atas kedai) RM300 sebulan. Alhamdulillah last gaji aku RM2,500 (basic dan takde elaun) selepas 4 tahun bekerja.

Next job aku dapat guna online platform gak. Kerja kilang as “PRODUCTION ENGINEER” sampai sekarang. Kerja 8-5 dan weekdays jugak. Yang penting tak perlu menjahanamkan kereta untuk sentiasa pergi ke site. Kat sini fully kerja dalam kilang jer tak perlu keluar.

Permulaan gaji basic RM2,500 tapi ada elaun tetap RM200 dan elaun kereta RM300. Sekarang gaji basic RM 2,750 dengan elaun tetap RM250 dan elaun kereta RM300.

Btw, aku masih kerja kat Selangor sebab belum ada rezeki dapat kerja di kampung halaman Borneo. Tolong doakan aku dapat rezeki kerja di kampung halaman yer.

Dah hampir 10 bekerja pun gaji aku masih tak sampai RM3,000 bersih. Hahaha. Nampak macam sadis tapi tu la hakikat zaman sekarang.

Tapi nampak la perubahan daripada permulaan aku kerja yang gaji bersih tak sampai RM 1,700. Masa aku untuk berehat jugak semakin banyak dan 2-3 bulan sekali aku boleh balik kampung walaupun hujung minggu jer. ALHAMDULILLAH.

Kat sini aku tak kan sentuh workload sebab setiap pekerjaan ada workload yang tersendiri dan aku tahu kita semua dah besar panjang untuk menilai berbaloi atau tak workload tu dengan gaji. POINT UTAMA AKU ADALAH, BERSYUKUR DENGAN REZEKI PEKERJAAN YANG KITA DAPAT.

Orang yang dah kerja lama pun bukan semua sekarang bergaji besar yer adik-adik sekalian. Ada yang masih tak berubah pun gaji daripada 10 tahun lepas. Ada yang baru masuk kerja tapi gaji dah cukup selesa, ada yang cukup makan, ada yang tak berapa nak cukup sampai kena kerja lebih dari satu.

Yang dah tua-tua pun tak perlu la nak demotivate dan compare dulu dan sekarang. Bagi semangat kat adik-adik yang tengah berusaha mencari rezeki halal.

Yang adik-adik plak tak perlu nak bandingkan dengan kawan-kawan yang dapat rezeki lebih baik dari segi gaji dan jangan plak bandingkan dengan acik-acik yang dah bekerja lama. Tak kisah lah gaji berapa, yang penting buat kerja seikhlas hati supaya gaji tu berkat.

Bagi la sedikit walaupun 10% jer kepada orang tua supaya keberkatan rezeki bertambah. ZAKAT kalau boleh jangan lupa jugak! Rezeki tu datang dalam banyak bentuk dan jangan pandang rezeki hanya dari segi gaji!

Pesanan terakhir; jangan mudah putus asa untuk sentiasa mencari pekerjaan idaman masing-masing. Kalau setakat mengeluh tu perkara biasa la; tapi salurkan keluhan dengan cara yang betul.

Kerja kena buat betul-betul dan tanamkan azam untuk sentiasa belajar dan mempertingkat ilmu sendiri. Sentiasa cari sudut positif sementara belum ditunaikan rezeki pekerjaan yang lain dan InsyaaAllah anda kan sentiasa rasa bersyukur dengan kehidupan anda.

Maaf lah sebab rasa dah cukup panjang walaupun rasa macam masih tak cukup jer perkongsian ni. BE GRATEFUL AND YOU WON’T BE REGRETFUL.

– Si Enggang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *