Bersyukur Itu Segalanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya banyak terbaca artikel dan isu berkenaan syukur ini dimerata tempat.

Kenapa Allah menekankan banyak hikmah dengan bersyukur dalam al-quran? Pasti ada kebaikan dan keindahan untuk hamba-Nya. Lebih lagi hidup di zaman serba moden ini kita cenderung kepada melihat orang lain.

Social media Facebook, IG, Twitter semua easy access dan kita Nampak indah belaka seolah hidup kita saja malang dan susah.

Jadi disini saya terpanggil untuk share pengalaman yang mungkin dapat beri manfaat pada pembaca.

Saya telah berkahwin hampir 10 tahun dan tidak ada zuriat. Dari awal kahwin lagi saya selalu remind diri yang perkahwinan bukan fantasi drama tapi kehidupan yang betul banyak dugaan pancaroba kena lalui.

Awal perkahwinan susah nak adapt sebab saya cerewet dan banyak suami sabar dengan saya. Syukur tahun demi tahun makin berubah dan apa paling penting dia menerima kami yang tiada anak.

Mujur kami tidak letakkan anak penanda aras kebahagiaan. Pada awal kahwin saya kerap marah, meronta, sakit hati bila tengok orang update pregnant, update seolah orang tiada anak ni malang.

Saya jadi bad mood sampai berhari-hari. Saya tak sedar nikmat Allah bagi pada saya. Kerja yang stabil, business Alhamdulilah stabil, suami baik, keluarga sendiri dan mertua baik terlalu banyak.

Tapi hanya sebab satu rezeki ni saya tak ada, saya jadi murung down. Saya salahkan hidup ni tak adil.

Kenapa yang tak sah taraf senang je? kenapa berkahwin halal susah? Apa silapnya? Hingga saya ke kaunseling, banyakkan dengar ceramah agama dan meditate diri tenang.

Antara sebabnya mulut dan kata majoriti orang kita sering megejek dan menghina pasangan tiada anak. Biar mereka bahagia sekalipun jika tiada anak tetap dianggap malang. Sampai begitu sekali pemahaman sesetengah orang kita.

Syukur saya dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun bidang doctor falsafah saya jadi sangat gembira dan relax. Orang jepun dan korea mereka tidak kisah bab kahwin dan anak. Stress belajar saya boleh handle jangan stress bab satu ini.

Kebanyakkan rakan saya akan kata best jadi saya travel sana sini, dapat study tinggi, boleh join voluntary works sedangkan ada yang diuji suami tidak bertanggungjawab, suami tidak membantu, anak sakit macam2 lagi.

Dengan itu saya jadi terduduk dan sedar bahawa ujian rezeki ini tidak pernah sama.

Saya lebih bersyukur kini dan tak pernah kisah jika kami tiada anak sekali pun. Kami ramai anak angkat di rumah kebajkan, kami boleh membantu orang. Ada anak rezeki tiada juga rezeki.

Ustzah yang kerap saya hadiri ceramah juga sering berkata anak itu ujian dan amanah. Saidatina Aishah insan mulia juga tidak diberi zuriat.

Jika fikir, Nabi Muhammad insan maksum Allah uji dengan anak juga. Tidak mengapa jika manusia hamba Allah kerap hina kerana at the end kita sesama hamba yang hina tiada yang lagi hebat.

Benar menyedarkan saya tinggi mana saya pergi kekal merendah diri. Dari segi segala rezeki pun jangan sesekali merendahkan orang. Kepada yang sering membandingkan anda dan orang lain boleh stop slowly.

Jaga hati dan emosi sendiri. Kitak tak boleh kawal apa orang nak post itu norma di media sosial tetapi kita boleh kawal perasaan sendiri. Kita bertanggungjawab atas diri sendiri. macam hashtag kita jaga kita tu.

Lihatlah orang yang duji lebih hebat dan susah dari kita maka akan lahirlah kesyukuran bermakna pada Allah. Kita sama semua pendosa. Syukur dan Allah akan tambahkan nikmat. InsyaAllah…

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *