Bersyukur Menjadi Yang Kedua II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bersyukur-menjadi-yang-kedua/).

Saya sudah baca semua komen saudara dan saudari pada post saya sebelum ini. Terima kasih yang mendoakan. Semoga malaikat mendoakan kebahagiaan untuk kalian jua hendaknya. Amin.

Saya bukan nak menegakkan benang yang basah, cuma terpanggil untuk jawab beberapa isu.

1. “Boleh la kau bersyukur sebab menjadi isteri kedua”

Pada dasarnya, dalam situasi kami masing-masing ada salah masing-masing. Dari suami hingga kami para isteri. Tak perlu saya terangkan dengan terperinci sebab ia melibatkan aib.

Yang saya boleh ringkaskan, saya pernah mohon maaf dari isteri pertama kerana hadir dalam hidup mereka dan isteri pertama pernah berterima kasih pada saya kerana telah menyelamatkan rumah tangga mereka.

Kami ambil pendekatan memperbaiki diri kerana diri masing-masing lah yang menentukan baik buruk sebuah perhubungan.

Tetapi yang saya boleh ‘highlight’ kan, peranan utama adalah di tangan suami. Suami saya romantik, kelakar dan sangat sabar dengan kerenah isteri-isterinya.

Saya akui saya kagum dengan lelaki yang boleh kawal dua perempuan (dalam masa yang sama) yang dikenali sebagai makhluk yang paling rumit di dalam dunia ini.

2. Baik dengan isteri pertama

Ada yang komen cakap dekat bahagian atas confession saya cakap saya tak gaduh dan tak juga baik dengan isteri pertama tapi dekat bawah cakap saya bersahabat baik dengan isteri pertama.

Tuan, membaca ini perlukan seni. Baca dan hadam, tak perlu tergopoh-gopoh khuatir tertinggal isu utama. Perenggan pertama adalah apa yang saya syukuri. Perenggan kedua adalah pengharapan saya. Sekian.

Setahun sekali suami akan aturkan untuk kami keluar bersama. Hanya beberapa jam. Suami akan banyak berjalan dengan anak dan biarkan kami di belakang.

Kekok juga tapi saya cuba mulakan topik bual yang umum seperti perihal kerja dll dan akan disambut baik oleh isteri pertama.

Tetapi selepas itu, kami tiada berhubungan melalui media sosial dll, cuma saya ada ucapkan selamat hari jadi di hari kelahirannya. Itu sahaja.

Ini bagi saya adalah definisi kepada ayat: kami tidak baik dan kami jugak tidak bergaduh. Cuma disebabkan PKP, sejak 2020 kami ‘terputus’ hubungan.

Setakat ini saya boleh cakap yang kami menghormati satu sama lain dalam diam.

Saya tak pernah call suami saat dia di rumah isteri pertama dan sebaliknya kecuali kecemasan. Isteri pertama pun begitu, jika ada kecemasan dia akan mohon anak yang call, dia tak akan call sendiri.

Saya hormati isteri pertama. Saya tak pernah muat naik gambar berdua dengan suami di mana-mana platform seperti gambar profil whatsapp yang boleh diakses oleh isteri pertama. S

aya hanya ada instagram yang saya private dan tidak berkawan dengan isteri pertama di sana dan di sana pun saya amat jarang upload gambar kami. Saya lebih sukakan kehidupan privasi.

3. Hubungan suami dan anak

Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar. Anak dah remaja. Sebelum kami berkahwin suami bukan sahaja memohon kebenaran isteri pertama, malah mohon kebenaran anak. Saya pun sebelum kahwin ada berjumpa dengan anak dan tanyakan persetujuannya.

Alhamdulillah dia tiada halangan jika perkara tersebut turut dipersetujui mamanya. Di situ saya dapat simpulkan yang suami dan isteri pertama berjaya membesarkan anak menjadi seorang yang matang dalam berfikir.

Sewaktu giliran dengan saya, suami akan video call/call dengan anak untuk bersembang, bertanyakan hal harian malah ada perkara yang saya bantu contohnya dalam menyelesaikan tugasan sekolah di saat mamanya sibuk. Anak suami menggelarkan saya mummy.

Isteri pertama pun tak menghalang anak untuk berjumpa dengan saya. Ada masanya bila isteri pertama terpaksa berkerja di hujung minggu, anak akan duduk dengan kami dan ada kalanya kami pergi bercuti dengan anak.

Saat di rumah isteri pertama, semua urusan anak suami akan uruskan. Hujung minggu suami akan pastikan mereka sekeluarga luangkan masa bersama walaupun hanya di taman rekreasi. Saya takkan bertanya aktiviti suami di sana, tapi dia yang akan ceritakan.

Dia akan message saya ‘Sayang, abang dengan isteri pertama dan anak nak keluar ke taman rekreasi ni. Nanti dah lapang abang mesej sayang’. Dan saya hanya akan membalas ‘okay abang, jaga diri and have fun’ dan terus kami buat hal masing-masing.

Tips

1. Terlampau muda perkahwinan ini untuk saya bagi tips, perkahwinan kami tak sampai lagi 1 dekad. Tapi apa yang saya nampak, solat jemaah banyak selamatkan rumah tangga kami.

Setelah beberapa tahun berkahwin Alhamdulillah kami tak pernah tinggal solat jemaah bersama kecuali keadaan tak mengizinkan seperti berhenti solat di RnR.

Di hujung minggu kami solat jemaah 5 waktu. Di hari kerja kami hanya berkesempatan untuk solat Subuh, Maghrib dan Isyak sahaja bersama.

Perasaan berpelukan erat selepas solat jemaah bagi saya amat syahdu. Saat itu akan lunturlah segala amarah jika ada sebelumnya.

Saat itu terasa mengalirnya kasih sayang antara kami. Dan saat itu kami turut sama-sama ungkapkan rasa sayang dan akan ungkapkan kata-kata maaf jika ada salah antara kami.

2. Jangan ambil tahu apa yang jadi bila suami di sana. Saya tak pernah ambil tahu aktiviti mereka, saya tak kacau masa mereka. Bagi saya buat apa saya nak menyibuk padahal itu memang hak mereka?

Lagi satu, saya tak pernah tahu pembahagiaan nafkah suami di sana sebab bagi saya bila dia dah cukupkan hak saya, itu sudah cukup adil.

Adil bukan pada amaun, tapi pada haknya.

Kalau adil dari segi masa, itu suami sangat adil. Saya takkan message suami jika dia tak message saya dahulu. Dan saya tak kisah suami message isteri pertama saat bersama dengan saya.

3. Doa. Tidak dinafikan ada saat saya rapuh. Tapi doa banyak menyelamatkan saya. Doa adalah senjata orang mukmin. Saya yakin semua dalam dunia ni hanyalah pinjaman dan kebergantungan saya seharusnya hanya kepada Allah swt.

Doa yang saya sering ungkapkan adalah untuk isteri pertama menerima saya sebagai sahabat baiknya. Saya amat impikan suasana kami bergurau mengutuk suami kami bersama-sama HAHA.

Semoga Allah terus beri kelapangan pada kami untuk terus menghidupkan sunnah-sunnah Nabi SAW yang lain.

Semoga kepada semua yang mencemuh, tidak diuji sebegini. No one said it will be easy but as for now, it’s worth it. Alhamdulillah atas nikmat ini.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *