Bersyukur Tak Dapat Kerja

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca IIUM Confession.

Sejak akhir-akhir ni banyak betul ya cerita pasal graduan yang tak dapat kerja mengikut kelayakan. Dan jugak pasal data lebih 72 peratus pelajar lepasan spm memilih untuk tak sambung belajar ke peringkat pengajian tinggi..

Bagi saya, saya tak salahkan diorang. Sebab saya pun salah seorang lepasan graduan yang tak dapat bekerja dalam industri.

Saya merupakan lepasan graduan kejuruteraan, dan saya graduate ketika ambang covid melanda. Iaitu pada 2019.

Pada saat negara kita paling banyak kurangkan pekerja, confirm2 lah masa tu lagi company2 tak nak ambil pekerja nak2 yang freshie.

Tapi walaupun keadaan sekarang dah tambah membaik, company masih lagi susah untuk ambil graduan terutamanya wanita dalam sektor engineering.

Saya banyak pergi open interview, hantar email ke hr company, jobstreet, selling diri dalam linkedin. Tapi hampa, takda rezeki saya dalam bidang ni. Sampai satu tahap, saya smpai menangis betul2 dalam tahajud saya.

Saya sedih sebab hanya Allah yang tahu apa yang telah saya lalui sepanjang perjalanan saya nak habiskan pelajaran di universiti, kolej matrikulasi, termasuk jugak di sekolah. Bukan mudah.. Bukan mudah.

Pada masa tu saya rasa saya berada pada titik yang terendah dalam hidup saya. Saya rasa macam takda life.

Saya rasa sangat membazir, saya habiskan masa 5 tahun belajar kat universiti dan kolej, kalau akhirnya saya tak bekerja. Terbeban dengan hutang ptptn dan rugi masa, tenaga bahkan mental.

Saya masih ingat betapa teruknya keadaan mental saya ketika nak siapkan fyp dulu sampai migfain dibuatnya. Tak mungkin semua tu sia-sia sahaja.

Saya merintih kat Allah, buat solat taubat, solat hajat mintak petunjuk pada Allah. Sambil2 saya tunggu email dari hr atau jobstreet namun hampa.

Akhirnya suatu hari, ketika saya bukak linkedin, saya ada ternampak satu post dari seorang senior engineer.

Dia telah dibuang kerja, dan dia sedang merayu dalam postnya itu. Katanya sebab overqualified, gajinya tinggi jadi company decide untuk buang.

Dia jugak cakap lepas dia dibuang kerja isterinya mintak cerai dengannya. Jadi dia merayu dalam post itu supaya sesiapa memberikannya kerja.

Pada saat tu saya betul2 tersedar. Selama ni saya rasa saya seorang je yang terpaling menderita sebab tak dapat kerja.

Padahal saya masih ada mak ayah yang support saya. Masih ada rumah, masih terjaga makan minum saya even saya tak kerja. Manakala bekas senior engineer itu pulak dia dibuang kerja, isterinya pulak mintak cerai.

Dia pun ada anak2, sungguh ujian nya lebih berat dari saya. Sebab lelaki lebih perlu ada kerjaya. Kerana diorang perlu jadi ketua keluarga dan cari nafkah untuk keluarga.

Lepas dari tu saya tukar cara saya berdoa. Saya menangis mintak betul-betul kat Allah.

Saya cakap, “ya Allah jika dengan tiadanya keberadaan ku dalam kerjaya engineering ni, dapat selamatkan atleast seorang lelaki yang perlu cari nafkah untuk keluarganya, yang lebih memerlukan dari diriku ini maka aku rela.

Maka aku rela ya Allah.. Tapi engkau berikanlah kepadaku kerjaya yang setimpal dan bersesuaian denganku. Kerja yang engkau redhoi.”

Tup tup lebih kurang sebulan daritu, saya dapat idea untuk buat bisnes online. Dan tak lama lepas tu customer masuk tak berhenti. Saya pada mulanya tak berapa perasan.

Bila dah lama baru saya perasan tentang doa saya itu. Benar perancangan Allah itu sangat tepat.

Saya bersyukur sangat eventhough saya tak dapat kerja dalam bidang yang saya belajar namun saya dapat rezeki dari bidang perniagaan pula.

Kesimpulannya.. bagi lepasan2 graduan yang masih menganggur sekarang saya mintak janganlah bersedih. Dunia sekarang memang tengah ekonomi jatuh. Percayalah awak dah ditentukan qada qadar awk untuk belajar kos tersebut dan di universiti sekian2.

Teruslah bersolat dan bersabar. Sekarang awak boleh cuba mungkin tukar cara awak berdoa, tak semestinya sebijik macam cara saya berdoa.

Maksud saya kita cuba kilas cara berdoa tu untuk memanfaatkan orang lain.

Contoh nya dengan asbab tiada saya dalam sektor ni, saya harap ada orang yang lebih memerlukan dapat kerja tu dan sekian2. Sebab Allah sangat suka bila kita selitkan doa kita untuk hambaNya yang lain.

Korang jugak cubalah selalu mendoakan orang lain, barulah kebaikan tu berbalik pada korang balik. Sentiasa berbuat baik sesama makhluk Allah even kucing sekalipun. Insha Allah, Allah akan murahkan rezeki korang.

Bagi adik-adik lepasan spm pulak, samada nak sambung belajar tinggi atau tak, saya tak dapat nak beri kata putus. Sebab sekarang pun banyak graduan menganggur dan terpaksa bayar hutang ptptn pula.

Saya lebih sarankan adik-adik buat solat istikharah, samada untuk sambung atau tak. Kalau adik-adik ada minat dan cita2 yang tinggi untuk sesuatu bidang tu boleh teruskan.

Tapi untuk adik-adik yang masuk uni hanya semata2 sebab nak dapat kerja, saya rasa susah nak dapat dengan ekonomi kita yang sekarang ni.

– Elis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *