Salam.
Terima kasih admin kalau confession saya tersiar. :)
Saya Nur, umur 20-an, alhamdulillah sudah tamat belajar di salah sebuah IPTA di Malaysia ni. Tujuan saya menulis confession ni bukan untuk membuka aib atau apa tapi merujuk kepada confession saudari yang bertajuk Terlalu Berdikari, hati saya tergerak untuk menulis di sini. Semoga ada sedikit sebanyak manfaat kepada semua.
Saya bukan berasal daripada keluarga yang kaya. Cukup-cukup makan saja. Hanya ayah yang bekerja berpendapatan RM1500+ dan ibu suri rumah. Bayangkan zaman sekarang berpendapatan sebanyak itu untuk menyara 7 mulut (ayah, mak, dik beradik 5 orang dan adik-adik masih bersekolah) . Tapi saya bersyukur dengan apa yang ada,walaupun tak berharta tapi Alhamdulillah bahagia dengan keluarga dan kawan-kawan juga baik.
Saya juga diajar berdikari sejak kecil. Nak apa pun kena simpan duit sendiri,baru boleh beli. Nak merengek minta dekat ayah? Tak la jawabnya. Nak makan untuk sebulan ke nak beli barang? Pernah semasa sekolah rendah, saya seorang ja dalam kelas yang tak dapat pergi rombongan. Sedih tapi apakan daya, bukan rezeki saya. Masuk sekolah menengah asrama penuh Alhamdulillah dapat biasiswa walaupun RM50 sebulan tapi saya gembira sebab ayah dah tak payah nak cari duit lagi untuk bagi kat saya. Kadang-kadang saya ada jugak hulurkan kat ayah untuk belanja rumah walaupun saya teringin nak beli apa-apa menggunakan duit tu.
Sampai la masuk universiti, dapat biasiswa pun still sama. Sebahagian tu saya bagi dekat ayah walaupun kadang terpaksa ikat perut. Kenapa? Sebab saya tahu ayah banyak berkorban demi anak-anak, saya tahu semuanya sebab saya pernah terdengar mak dan ayah bercakap. Duit gaji bulan ni dah habis, bayar bil air, bil api, hutang ituini, belanja dapur. Tak pernah biar anak-anak kelaparan walaupun hanya berlaukkan sardin, semua muka ceria. Sedap lagi rasanya daripada lauk lain. Haha. So, ketahuilah confessor Terlalu Berdikari, bukan semua bernasib seperti awak. Awak beruntung walaupun dapat biasiswa tetapi tak berusik. Saya bersyukur walaupun terpaksa berkorban sebabnya cukup segalanya. Ada jugak sebahagian biasiswa saya gunakan untuk kegunaan peribadi saya. Walaupun murah, tak berjenama tapi at least I have new things. Saya juga bekerja sambil belajar untuk menampung hidup di universiti. Kadang letih jugak sebab nak study lagi, kerja lagi. Tapi Alhamdulillah, berkat doa mak ayah, saya habis jugak study. Terharu bila mak cakap ayah excited sangat bila nampak saya berdiri atas stage ambik scroll. Saya rasa berbaloi penat lelah saya.
Orang boleh cakap dapat biasiswa kenapa tak saving? TH ke, ASB ke. Bukan taknak tapi ada lagi benda yg lagi penting saya rasa. Biarlah, kadang orang tak faham. Everyone has their own story. Ada ja kawan yang dapat biasiswa, semua duit biasiswa simpan dalam ASB tapi mak ayah bagi duit bulanan, yuran mak ayah bayar. Tu rezeki dia yang Allah dah tetapkan. So siapa kita nak judge hidup orang? Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Saya pernah jumpa orang yang lagi susah daripada saya dekat universiti. Beli nasi+kuah kari+telur masin dalam tupperware yang hanya sebesar dua tapak tangan dan itulah makanan dia untuk lunch dan dinner. Sambilan dia letak jajan dekat cafe nak cari duit lebih. Semua orang berusaha, cumanya cepat dan lambat sahaja. Mana tahu kemudian hari gadis tersebut berjaya dan punyai segalanya.
So saya nak tekankan dekat sini hidup kita masing-masing ada hujannya, ada pelanginya. Mana ada hidup yang sentiasa indah saja. Berbalik kepada kita sendiri, bersyukur ataupun tidak. Dan jangan judge orang tanpa tahu apa yang orang tu lalui. Takdir kita tak sama. Jalan cerita kita berbeza. Itulah indahnya kehidupan manusia. :)
Oh ya, doakan saya dapat kerja cepat sikit agar dapat meringankan beban ayah saya. Jangan cakap pergila kerja sementara dekat mana-mana sebabnya semua saya dah minta even kerja promoter, 7e, pembantu kedai tapi semua tak panggil sebab taknak orang yang kerja sementara. Dan di kampung ni tak banyak kerja yang ada. Duit dalam bank makin susut dah. Hahaha. Adiosss..
~Mengharapkansinartiba
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit