Salam ramadhan semua. Aku Cik Kelabu, bukan hitam dan bukan putih. Seorang perempuan berumur 28 tahun dan sudah bekerja. Dear everyone, aku cuma nak cakap bersyukurlah kamu sekiranya mempunyai keluarga yang menitikberatkan isu agama. Ayah yang boleh mengimamkan solat. Ibu yang memberi tunjuk ajar aurat seorang perempuan. Dan adik beradik yang saling tegur menegur ke arah kebaikan. Sesungguhnya kamu-kamu semua adalah insan terpilih.
To cut a long story short, aku bukanlah dari kalangan keluarga yang alim. Keluargaku sangat memandang ringan isu solat dan puasa. Kami sekeluarga juga tidak pernah khatam al-Quran. Yes, aku tahu bila dah meningkat dewasa, segalanya terpulang pada kehendak sendiri. Tidak berhak lagi menyalahkan keluarga dan juga bukanlah tujuan aku untuk membuka aib. Aku sedar kekhilafan aku sendiri. Turning point aku semasa di matrikulasi dimana aku dapat teman sebilik yang alim, yang selalu mengajak aku ke surau pada setiap khamis malam jumaat untuk membaca Yassin. Juga teman-teman satu aras yang rotate dari bilik ke bilik untuk membaca al-Mulk. Aku ketika itu baru belajar meniarap (belum lagi merangkak) untuk membaca al-Quran. Aku ingat lagi masa tu aku sampai tulis rumi di bawah setiap bacaan Yassin dan al-Mulk sampailah kantoi dengan kawan waktu dia pinjam al-Quran. Aku tipu cakap aku tulis untuk mudahkan adik aku yang sekolah rendah tu baca. Huhu. Masa matrikulasi ni adalah masa yang aku paling rapat dengan Allah. Aku belajar solat hajat, tahajud dan memperbetulkan solat fardhu. Sungguh aku rindu zaman itu.
Bila degree, masa terumbang-ambing nak sesuaikan diri tahun 1 tu, aku tertanya kat kawan aku yang agak alim mengenai hukum baca al-Quran tanpa sebutan dan tajwid yang betul. Dia cakap berdosa besar. Aku takut lalu dengan bodohnya aku berhenti membaca sampailah habis degree 3 tahun. Aku cuma buka al-Quran untuk baca Yassin dan al-Mulk sahaja sebab hanya itu surah yang aku yakin dapat baca dengan baik (selain surah lazim). Bila sambung master, barulah aku berani untuk mula baca al-Quran semula. Masa ni aku mula merangkak. Aku rasa sangat berdosa dan bersalah tak dapat baca al-Quran dengan baik. Ada masa-masa aku putus asa dan berhenti. Tapi aku topup balik dengan amalan lain macam solat sunat, sedekah dan lain-lain.
Sekarang aku dah bekerja dan aku mula mencari kelas-kelas ilmu tajwid. Sadly, aku masih lagi merangkak membaca al-Quran. Kadang-kadang masa membaca tu aku berhenti dan menangis sebab rasa penat sangat. Tergagap-gagap baca ayat demi ayat. Tak pasti kalau korang boleh faham perasaan tu. Sekarang ni aku rancang untuk cari kelas bacaan pula selepas raya. Doakan aku supaya dipermudahkan urusan. Sekali lagi, kamu semua beruntung jika mahir al-Quran. Bagi aku, orang yang tahu ilmu agama tapi terpesong seketika adalah lebih mulia daripada aku yang dari mula sampai sekarang asyik meniarap dan merangkak. Sekurang-kurangnya bila mereka insaf, terus boleh amalkan semua ilmu tersebut.
– Cik Kelabu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit