Saya dah berkahwin 8 tahun, belum dikurniakan zuriat.
Suami rupanya kaki judi online. Pendapatan 5k sebulan berniaga sendiri, bayar komitmen rumah, kereta dan lain2 kongsi dengan saya sebab saya sendiri yang setuju.
Puncanya dia selalu kata tak cukup untuk tampung komitment. Bila saya dah tolong tetap juga dia kata tak cukup. Dia paksa saya buat loan tapi saya tolak. Saya hanya mampu tolong dia mana yang saya mampu.
Sebelum ni handpone dia atau apa2 media sosial saya langsung tak pantau sebab saya percaya dia. Kalau saya ragu2 pun bila saya tanya dia takkan jawab atau dia akan elakkan diri dia dari saya.
Klimasknya bila saya nak guna online bankin saya punya acc tak boleh log in. Saya emergency nak transfer. Saya guna acc bank dia.
Tak tahu la mungkin Allah nak tunjuk, dia pun bagi saya guna, sebelum ni dia tak pernah tunjuk statement bank dia walaupun saya nak tengok.
Tapi hari tu, dengan izin Allah saya tengok ada banyak transaction berulang yang meragukan RM30, RM50, RM100 atas nama orang c*na yang saya tak kenal. Saya kira2 dalam masa sebulan ni total dalam RM3000++ dia bank in kat acc nama c*na tu.
Yang bulan lepas saya tak sempat tengok sebab dia dah rampas fon dia. 3000++ tu banyak tau bagi saya. Sampai saya rasa duit tu hasil kudrat tenaga saya yang selalu dikerah.
Bila saya tanya dia. Dia jawab lupa tak tahu dan tak perlu amik tahu. Bila saya tekan dia untuk bagitahu perkara sebenar, dia hempas barang depan saya sampai berkecai pecah.
Saya terkejut, shaking, start dekat situ saya dah mula give up dan tawar hati. Masa tu saya tak kata apa2, saya terus ambil handphone, handbag, saya terus keluar.
Dia pun tak kejar saya mungkin dia tak sangka yang saya tak balik malam tu.
Kebetulan dekat kenalan whatsapp sy ada kerja polis dan saya tanya dia kalau transaction bank macam tu apa? Kena scam ke atau dia scam orang ke dia langgan benda tak elok ke apa ke?
Kawan saya pun bagitahu kalau transaction macam tu biasanya main game slot/judi online.
Saya rasa gelap dunia sekejap suami yang nampak baik depan semua orang rupanya kaki judi.
Orang luar nampak dia memang baik. Apa yang saya nak dia cuba bagi. Dia jaga makan minum pakai saya. Dia bagi duit pada ahli family yang susah. Selalu sedekah dekat budak2 sebab dia nak zuriat.
Tapi sebenarnya aib dia saya sahaja yang tahu. Tak puasa, tak solat, suka tengok video p*rn, selalu tipu saya.
Saya yang naif selalu maafkan dia. Mungkin kali ini sabar saya dah habis. Silap saya juga saya mudah bodoh dengan dia.
Saya terus lari ke hotel dan tenangkan diri saya.Orang pertama saya call ialah mak saya. Saya cakap jangan risau kalau saya hilang sebab saya pergi tenangkan diri, dan mak tahu saya pandai jaga diri.
Mak cuma pesan solat taubat banyak2 minta pentunjuk pada Allah..
Tetapi masa tu saya rasa macam nak mati, rasa tak guna, rasa diri dikhianati, rasa diri ni bodoh sebab kena tipu dengan benda2 macam ni, rasa kenapa aku ada suami yang tak jujur dengan isteri!!!
Kenapa aku banyak kali maafkan dia? Apa lagi yang dia tipu aku? Ni yang aku tahu. Yang aku tak tahu dekat belakang dia buat???!!!
Saya banyak masa menangis sampai muntah2..
Dalam masa 3 hari tiada sorang pun dapat cari saya. Hari ke 3 saya on semula fon berderet mised call, mesej, wasap dari suami dan ahli keluarga saya yang lain.
Suami ada whatsapp dia minta maaf, menyesal, takkan buat lagi dan sebagai nya.
Dia tak buat report polis yang saya hilang sebab dia nak jaga nama baik saya dan family dan macam2 lah dia berjanji bulan bintang bagai.
Tapi hati saya dah tiada perasaan. Saya cuma nak sendiri je masa ni.
Saya keliru sama ada saya perlu pertahankan atau lepaskan perkahwinan saya ini.
Jika saya pertahankan perkahwinan ini,macam mana saya nak susun strategi untuk menghadapi dia? Betul ke dia dah berubah? Betul ke dia dah tak menipu? Betul ke dia sayang saya?
Tapi kalau sayang kenapa tipu saya? Kenapa minta saya tolong dia?
Jika berpisah, betul ke keputusan saya? Boleh ke saya hidup tanpa dia? Apa yang mak abah saya nak jawab dengan orang lain? Mana nak jaga nama baik mak abah saudar mara terdekat?
Sebab kami nampak bahagia takut ada mulut2 jahat salahkan saya pula sebab hilangkan diri selama 3 hari tu? Atau saya yang over? Masalah orang lain lagi berat dari saya.
Maaf kalau ayat saya terabur dan banyak soalan yang diajukan sebab saya selalu overthinking dan saya penat.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit