Nama saya Farisya. Ibu kepada 4 orang cahaya mata. 2 lelaki 2 perempuan. Isteri kepada Z.
Usia perkahwinan kami dah masuk 13 tahun.
Sejak hari pertama berkahwin, saya memang duduk di rumah mertua.
Masa awal perkahwinan, ayah mertua masih ada. Sekarang dah hampir 9 tahun ayah mertua meninggal. Dan saya masih duduk di rumah mertua sebab mak masih ada.
Z seorang suami yang rajin bekerja. Dia bekerja kampung. Menguruskan tanaman sawit. Segala yang berkaitan dengan sawit adalah bidang kerja nya.
Sepanjang perkahwinan kami, tak pernah lagi la tak ada duit. Alhamdulillah mungkin asbab menjaga mak mertua.
Dari awal perkahwinan, saya memang perasan suami ni culas bab solat. Memang betul2 tak solat.
Bila di tegur, samaada dia buat atau selalunya dia akan ignore saja. Boleh di kira dengan jari, berapa kali saja kami solat berjemaah sepanjang perkahwinan ni.
Bila saya suarakan pada mak mertua, mak Z akan cakap… sabar la. Doa banyak2 supaya 1 hari nanti dia mau jaga solat dengan baik. Bab puasa jangan cakap la. Alasan tak puasa sebab kerja Z berat.
Saya pernah jugak suarakan bab ni dengan abang ipar (abang Z). Tapi sekadar tu saja. Tetap tak ada perubahan.
Z ni ada 1 “kegemaran”. Iaitu s**s. Masa awal2 perkahwinan, aktiviti ni memang boleh di katakan setiap hari. Kalau tak bagi, kami akan bergaduh.
Bergaduh yang bukan biasa-biasa. Mesti akan berakhir dengan herdikan, pukulan. Perkara ni berlarutan sampai saya mengadu dengan mak mertua dan abang Z.
Saya ingat lagi ayat Z.
“Kalau aku nak, hang tengah nazak pun aku tetap nak”
Saya bersabar. Dan biasa nya pergaduhan kami memang berpunca dari isu ni.
Kalau saya tak turutkan, pergaduhan ni akan bawa ke siang hari. Z akan buat macam2 selagi hati dia tak puas marah saya.
Saya pernah kena terajang, penumbuk. Pernah juga di simbah dengan kopi panas. Di siram dengan sirap ais. Di pukul di herdik depan mak mertua, anak4.
Segalanya saya telan. Saya bertahan.
Saya juga pernah di curangi waktu mengandung anak ke 2. Tapi waktu tu “hubungan” tu sekadar chat dan sekali pertemuan. Saya sempat sedar dan segalanya berakhir macam tu je antara mereka.
Kesabaran saya mula teruji bila Z mula “belajar” ilmu MAKRIFAT. Z belajar dari kawan2 dia dan selalu dengar Youtube LEPAT.
Awal tu saya ingat Z sekadar dengar saja. Tapi bila dia kerap berbahas mengenai solat, syurga neraka, dosa pahala.. saya mula rasa tak selesa.
Saya rasa macam ada yang tak kena dengan ilmu yang Z belajar. Percakapan dan point2 yang selalu keluar dari mulut Z kedengaran tak logik.
Sejujurnya saya takut. Takut Z “terpesong”. Z kata, ilmu yang dia belajar ni ialah ilmu mengenal diri, mengenal Allah dan Rasulullah SWT. Z kata saya tak faham ilmu ni sebab saya ni tepu dengan ilmu Feqah.
Di sebabkan saya risau dengan akidah dan pegangan Z, saya berbincang dengan abang Z. Dan seperti selalunya, hal ni panas sekejap je.
Lepas tu keadaan kembali macam biasa..
Akhirnya pada September 2021, saya nekad bawa hal ni ke Pejabat Agama Islam dengan harapan, hal ni dapat di bincangkan. Tapi sekali lagi saya kecewa.
Hingga ke hari ni, tak pernah sekali pun saya atau Z dipanggil untuk kaunseling atau apa2 tindakan lanjut dari Pihak Pejabat Agama.
Tujuan saya berkongsi kisah di sini, adalah untuk minta pendapat dan pandangan. Mungkin ada yang melalui nasib yang sama.
Saya sangat-sangat berharap, ada yang sudi berbagi pendapat dan mungkin nasihat untuk saya.
Jika di tanya, apa perasaan saya sekarang..hanya 1 je yang mampu saya gambarkan. SAYA DAH TAWAR HATI. Saya dah tak rasa apa2. Saya merelakan setiap sentuhan Z tanpa rasa. Berdosa nya saya. Allahuakbar.
Jadi… tolong bantu saya. Apa yang patut saya buat? Anak2 saya berusia 12, 10, 6 dan 4 tahun.
– Farisya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit