Assalamualaikum salam sejahtera. Nama aku Minah. Dah berkahwin lebih kurang 2 tahun dan masih menantikan cahaya mata. Aku dan suami (Ali) hidup PJJ. Aku di melaka dan dia di sarawak.
Sebelum tu aku nak berterima kasih pada admin sebab sudi siarkan luahan aku dan terima kasih pada pembaca yang sudi baca luahan aku ini.
Minta maaf sekiranya ayat aku sukar difahami. Aku tak biasa tulis diari.. haha.
Okey let’s start.. Awal perkahwinan kami masih lagi berbunga-bunga almaklumlaaa pengantin baru.
Si Ali ni tak pandai bawa kereta dan motor. Lesen pun masih belum ada. Jadinya 1st honeymoon kitorang pergi ke sebuah negeri dan sepanjang perjalanan hanya aku yang drive.
Masa tu aku okay lagi. Tapi si Ali ni heavy smoker.. perjalanan kami nak ke destinasi honeymoon tu makan masa 5 jam dan sepanjang 5 jam tak habis-habis minta aku berhenti tepi sebab dia nak merokok.
Aku kadang² rasa agak kecewa sebab aku jenis orang yang tepati masa dan berjadual. Si Ali seorang yang suka ambil sambil lewa semua hal dan situasi.
Nak dijadikan cerita. Apabila Ali kerap kali minta aku berhenti aku jadi bengang. Kadang² permintaan Ali tu ak hanya tunaikan 2 atau 3 kali sahaja. Dalam perjalanan kami bergaduh.
Dah la GPS aku yang tengok, kete aku yang drive, hotel aku yang cari, tempat nak pergi melawat sepanjang honeymoon pun aku yang cari.
Ibaratkan 98% rancangan tu aku yang settlekan. Ali buat apa?? Ali hanya keluarkan duit (kadang² aku support separuh).
Korang yang biasa drive jauh² mesti faham penat aku mcm mana dengan kudrat seorang perempuan.
Lepastu waktu malam tak habis² pujuk untuk bersama sedangkan aku betul² penat. Tak layan dikatanya berdosa.
Habis part honeymoon. Part balik kampung. Pun sama. Aku yang drive kehulu kehilir.
Balik ke kampung aku tenang lagi. Nak balik ke rumah kami semula itu yang memenatkan aku. Sebab aku yang drive, sampai² je aku yang kemas barang², basuh baju dan sidai baju, masak.
Ali buat apa? Tak habis² dengan rokok dia. Naik menyampah. Sedangkan Ali tahu aku tak tahan dengan asap rokok.
Oh yaa.. sepanjang perjalanan pun tak habis² minta berhenti. Guest what?? Untuk bagi jin dia makan laaa apa lagi..(merokok)
Bila dah penat semua tu. Aku ingatkan waktu malam dia bagi aku rehat tapi tak. Duk pujuk² untuk bersama. Sehari boleh kata lebih 3 kali bersama. Macam tak ada kerja lain.
Kadang² aku rasa Ali kahwin dengan aku hanya sebabkan nafsu.
Sepanjang 2 tahun perkahwinan kami. Kami hanya berjumpa 3 kali setahun. Itu pun kalau Ali boleh balik bercuti. Namun, setiap kali dia bagitahu aku dia nak balik. Aku jadi trauma dan takut.
Sebabnya bila Ali balik, aku dilayan tak lain tak bukan seperti G.R.O. terpaksa layan nafsu dia yang fikir nak bersama je lebih 3 kali sehari sepanjang kami bertemu.
Dan sejak berkahwin dengannya. Aku terputus hubungan dengan semua kawan² aku.
Sehinggakan di tempat kerja juga aku dilarang berkawan dengan lelaki sedangkan office aku bercampur, supervisor aku lelaki. Nak tak nak aku terpaksa juga bercakap.
Aku agak tertekan bila semuanya dikawal ibaratkan katak bawah gelas. Hanya mampu melihat tapi tak mampu bersuara.
Semasa PJJ. Kerap juga dia videocall aku. Lagi² time aku tengah kerja. Boss aku dah bagi warning dah sebab asyik berkepit dengan phone sepanjang masa.
Bila aku minta izin balik kampung. Sepanjang perjalanan Ali asyik video call aku. Jalan yang aku lalu agak pedalaman dan tiada line.
Time tu Ali call aku lebih 25kali. Marah² aku dan aku dituduh naik kereta dengan jantan lain. Setiap kali balik kampung Setiap kali itu juga aku terima tekanan.
Aku ada juga jawab call dia tapi kerap kali terputus sebab takde line. Pernah juga aku dituduh balik kampung semata² nak jumpa kawan² sekolah dulu (lelaki). Tekanan ni hampir setiap hari Ali uji mental aku.
Semasa anniversary kami yang pertama. Aku dengan happynya buatkan suprise untuk dia. Aku sewa hotel 4 star untuk 3h 2m dengan hiasan bilik ala² romantis.
Aku berharap sangat paling kurang pun dia ucap terima kasih ke, muka happy ke.
Tapi korang tahu apa reaksi dia bila tengok hiasan bilik tu?? “Laaa dah kenapa belon banyak² semak la. Dah sapu² katil jom..” korang faham la kan jom apa.. dengan senyumnya tak..
Mula saat tu aku jadi makin dingin sebab tak dihargai sedangkan aku berhabis duit hampir 1k untuk suprisekan Ali namun aku yang dapat suprise darinya.. Huh..
Time aku sakit?? Pun pujuk nak bersama. Tapi aku berkeras. Time sakit memang aku dah tak fikir bab dosa. Aku hanya nak rehat.
Sepanjang dia balik juga aku dilayan seperti driver dia. Nak ke mana semua aku yang kene tolong bawakan.
Sehinggalah tahun ini.. kami makin lama makin kerap bergaduh. Aku pun dah makin kerap marah², layan dia dengan kasar. Aku bukan perempuan lembut dan manja seperti seminggu awal perkahwinan..
Hati aku makin hari makin tawar dan aku pernah sekali terlepas minta diceraikan bila aku fikirkan semua penat aku langsung tak dihargai.
Dan sekarang kami berjauhan tanpa contact each other. Termasuk hari ni sudah 2 bulan 3 minggu Ali tak contact aku.
Pada awalnya aku ada juga cuba call tapi tak berangkat. Dan setelah itu Ali block semua no aku. Tapi sepanjang kejadian ini nafkah aku masih lagi dia bankin.
Isu usaha duduk sebumbung?? Puas bergaduh. Aku nak cari kerja di sarawak Ali tak izinkan aku pergi. Tapi bila aku minta Ali cari kerja di melaka. Ali berkeras tak nak. Habis tu apa perlu buat?
Aku dalam dilema sekarang ni. Aku tak tahu nak teruskan perkahwinan ini atau berpisah jalan terbaik.
Aku pun banyak kurangnya tapi bila difikirkan macam mana aku dilayan. Aku rasa lebih baik aku hidup seorang diri.
Dan disebabkan tekanan yang aku terima sepanjang perkahwinan ni aku dah ada penyakit mental.
Lebih 3 kali aku overd*se dan s*lfh*rm sebab terlampau tertekan dengan perangai dia. Suka memaksa tanpa hiraukan keletihan dan tekanan yang dia berikan pada aku.
Pada pendapat korang apa perlu aku lakukan? Bertahan atau melangkah pergi?
Terima kasih lagi sekali kepada yang sudi baca luahan ini sampai habis.
– Minah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit