Bertahan atau Melangkah Pergi? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bertahan-atau-melangkah-pergi/).

Assalamualaikum n salam sejahtera buat admin n semua pembaca.. 1st of all.. korang yang dah baca confession aku sebelum ni, aku ucapkan ribuan terima kasih di atas komen² yang membantu dan bagi kata² semangat.

Dan pada yang komen negatif aku langsung tak ambil hati sebab yess.. sekarang aku pun cakap diri aku ni bod*h sebab tak tahu nak buat keputusan..

Thanks admin approve confession aku kali ni. Maaf panjang betul confession ni hopefully korang tak bosan laa..

Ok kat sini aku explain sikit buat yang tertanya²..

1. Tak selidik dulu sebelum kawin?

– Here ure.. bukan masalah tak selidik tapi selidik dengan orang yang salah. Orang yang salah?? Maksudnya?? “Orang yang dah backstab aku baru² ni”

Dari segi penceritaannya, korang pun boleh cair. Matlamat awal aku masa tu, aku mencari yang tak merokok, yang boleh imamkan aku, yang baik hati, tak kedekut, pandai hormat orang tua. Andddd you guest what?? Semua tu perfect dalam cerita “betina” yang backstab aku.

2. Kenapa tanya pada “betina” tu sorang je??

– For sure time tu aku tak kenal sesiapa pun orang sekeliling Ali. Hanya “betina” tu seorang je yang aku ada untuk aku kenal Ali. Dan perkenalan aku ni sebenarnya diaturkan oleh “betina” tu..

3. Tak tahu ke kene pjj lepas kawin?

– Yesss i know. Kenapa aku masih berani ambil risiko?? Sebab masa tu aku dijanjikan bulan dan bintang. Apa maksud tu?? Aku dijanjikan bahawasanya Ali akan uruskan balik kerja di melaka asap.

Btw mybe silap aku, aku tak nyatakan dari awal yang Ali ni kerja goverment. Aku kerja swasta. Family Ali dan aku asal dari semenanjung.

Ali dan betina tu kerapkali yakinkan aku. Bab pjj jangan risau. Apabila dah berkahwin. Lebih mudah untuk Ali uruskan transfer ke semenanjung.

4. Kenapa Ali tak izinkan aku bekerja di sarawak?

– Kalau isu perempuan simpanan aku betul² tak tahu. Tapi dalam isu aku ni sebab Ali nak gunakan aku sebagai alasan untuk mengukuhkan alasan dia balik bekerja di semenanjung.

– Betina tu pun berkali² yakinkan aku dengan tindakan Ali. Ya laa kalau dah berumahtangga di sarawak. Apa lagi alasan untuk balik ke semenanjung. Kedua orang tua Ali dah meninggal. Ahli keluarganya pun semua dah berumahtangga.

5. Tak bertunang dulu ke sebelum kawin?

– Yess we did it.. setahun kami bertunang tapi sepanjang perkenalan, kami hanya berjumpa 3 kali sebelum berkahwin. Selebihnya melalui chat.

Dan sepanjang tempoh pertunangan aku seringkali dan setiap hari ditabur kata² manis, tentang sifat Ali yang ibaratkan suami mithali terakhir oleh betina tu. Siapa tak nak dapat suami yang boleh bimbing kau ke syurga. Ye dak??

6. Isu merokok.

– Yang ni aku tak tahu nak cakap apa. Kata² betina tu betul² yakin yang Ali ni tak merokok. Dia tak pernah nampak Ali merokok. N ahli keluarga Ali yang lain pun tak tahu Ali merokok. Sebab Ali ni sejak bekerja di sarawak sangat jarang balik ke kampung.

7. Tak tanya Ali sendiri ke?

– Sudah.. berkali² aku tanya.. tapi Ali nyatakan pada aku dia hanya merokok selepas makan. Maksudnya kalau 3 kali makan sehari 3 batang rokok la dia hisap.

N yes.. ketika aku keluar bersama dia untuk kali pertamanya.. memang dia tak merokok depan aku. Selama hampir sehari kami keluar bersama dan dia tak merokok..

So, aku fikir betul la kata dia, dia kurang merokok. Hanya merokok buat hilang bosan je.

8. Isu tak ada lesen.

– Memang dari awal aku tahu Ali tak ada lesen. Dan katanya kat sarawak dia akan usahakan untuk ambil lesen.

Setelah berkahwin, kadang² aku sanggup gadaikan kereta aku untuk ajar dia memandu. Tetapi Ali ni jenis yang lambat tangkap. Dengan harapan dah tahu sikit² memandu ni lagi senang la proses nak ambil lesen. Tapi sampai hari ni kata² tinggal kata²..

9. Asik salahkan Ali. Aku ni tak ada kekurangan ke?

– Mana mungkin aku perempuan yang perfect.. aku pun banyak kekurangan tetapi setahu aku kekurangan aku ni bukanlah menyusahkan orang. Malas?? Of course la.. tak semua manusia rajin 24/7.

Ada juga hari malasnya. Dan aku sentiasa ingatkan Ali aku panas baran, aku tak suka orang buat sambil lewa, aku jenis yang tepati masa. Tapi Ali tak kesah semua tu. Bab ni memang Ali patut dipuji sebab dia memang boleh handle baran aku.

10. Nafkah??

– Alhamdulillah bab nafkah zahir tiada cacat celanya. Ali memang seorang lelaki yang tak kedekut. Apa aku minta semua ditunaikan sekiranya berkemampuan.

Tapi sepanjang kahwin ni tak ada lagi aku minta barang mahal². Paling kerap pun duit Ali aku habiskan pada makanan je. Sebab aku suka makan. Awal² perkahwinan yess.. berat aku naik mendadak.

Tapi sayangnya beberapa lama sejak kami kerap bergaduh, berat aku turun mendadak ekoran daripada depression yang aku alami.

Kebanyakan apa yang aku inginkan aku beli dengan duit aku sendiri dan tak menyusahkan Ali walau sikit..

Nafkah batin yang agak mengecewakan aku. Kadang² aku berfikir lebih baik Ali berkahwin 2. Tetapi aku tahu Ali tak mampu. Nafkah batin Ali memang failed. Seringkali beri tekanan pada aku.

Tak tahu menghargai. Apapun barangan yang aku bagi atau pinjamkan, tak rosak, hilang. Takkan ada yang kekal lama. Lagi bertambah kecewa dalam diri aku ni.

11. Kenapa percayakan betina tu?

– Sebabnya ketika aku difasa jatuh, betina tu ada bantu aku bangkit semula. Tapi rupanya dalam diam dia buat kerja nak jatuhkan aku balik.

12. Kenapa masih bertahan?

– Yang utamanya adalah family. Family aku dan family Ali memandang Ali ni seorang suami yang terbaik. Apapun kejadian yang kami hadap aku rahsiakan dan aku pendam seorang diri.

Aku takut untuk meluahkan pada family. Mungkin sebab aku terlampau pendam sampai makan diri aku sendiri sehingga aku depress. Depan family dia antara lelaki yang rajin. Jenis lelaki yang tal boleh duduk diam mesti lakukan apa sahaja kerja.

Aku betul² tersepit antara diri sendiri dengan family. Sebelum korang cakap apa² aku mengaku dulu. Yaaa aku yang bod*h sebab pentingkan perasaan orang berbanding jaga hati dan perasaan sendiri.

13. Agama?

– Awal kawin alhamdulillah sejuk sangat hati dan mata aku. Siap imamkan aku. Tapi time solat berimam tu aku dah rasa tak berapa selesa sebab Ali ni jenis solat laju.

Macam splash.. haha.. So, lepas siap solat aku tegur ada tegur Ali dan Ali pun janji akan belajar lagi dan perlahankan solat ketika mengimamkan aku. Setiap kali balik kampung, solat Ali tak perlu ditegur. Masuk wakti terus solat.

TAPI…. ada tapinya. Setelah beberapa bulan kawin. Ya allah.. betul² uji kesabaran aku. Punya liat nak solat. Kadang² bergaduh kejutkan Ali solat. Bukan aku tak berlembut yaaa.. habis lembut habis manja dah aku kejutkan dia untuk solat.

Selalu solat diakhir waktu. Kalau dah tidur tu macam praktis untuk mati. Susah betul nak sedar. Aku pun kadang² terlepas juga solat dan solat diakhir waktu. Tapi setiap solat termasuk subuh aku bangun sendiri. Yelah aku dah biasa berdikari dari dulu lagi.

Aku tengok alarm dalam fon Ali setiap 5minit tapi tak bangun tak sedar. Kadang aku rasa nak gerudi je telinga tu. Hahaha.

14. Bermanja?

– Kami jarang berjumpa sebab pjj. Setiap kali berjumpa memang macam pengantin baru tapi disebabkan nafsu dia yang melampau² buat aku manja dalam trauma. Ada masa aku bahagia tapi kebanyakkannya lebih bahagia bila Ali dah balik ke sarawak semula.. huhuhu..

Aku jenis yang tak suka rumah bersepah tapi bila ada Ali ni seperti duduk dengan budak kecik 5 tahun. Semua benda nak kena tegur, semua benda nak kena ingatkan, semua benda perlu diperhatikan. Jenis buat kerja tak clean..

Kalau dia buat kerja kadang macam tak buat lebih baik.. tapi bukan aku berdiam diri jaa. Aku dengan penuh kesabaran ajar dia perlahan².

Sehingga dapat seperti yang aku nak. Tapi itulah, macam pahat dengan penukul. Sekali ajar sekali ok. Tak ditegur, jahanam. Adoiii

15. Mental dah teruk masih tak tahu langkah seterusnya?

Yaaa.. disebabkan aku terlampau penat dan stress sekarang ni aku buntu. Aku dah sampai ditahap ‘lari dari masalah’.. sementara Ali pun diamkan diri, aku ambil peluang untuk tenangkan diri aku dan pulihkan mental dan semangat aku.

Yaa betul aku nekad untuk bercerai. Tapi aku masih lagi tak boleh berbuat apa² disebabkan aku buntu, nafkah Ali tak pernah miss dan tak boleh berbincang apapun bab penceraian sekarang ni.

Ikutkan Ali dia takkan ceraikan aku. Aku nak tuntut fasakh pun perlukan Ali untuk hadir ke mahkamah. Dengan keadaan kami sekarang aku yakin Ali takkan bagi kerjasama.

Pernah aku suarakan hasrat untuk berpisah kepada family Ali tetapi respon yang aku dapat sangat mengecewakan diri aku lagi sekali.

Family Ali tak habis² suruh aku bersabar dan bertahan dengan alasan Ali sakit. What??? Sakit??? Katanya Ali pun tengah tertekan dengan kerja. Huh.. yelah abang mana tak sayangkan adik dia. Tapi abang dia nafikan keadaan aku sekarang berpunca daripada adik dia sendiri.

16. Kenapa tak tinggalkan begitu sahaja?

– Yaaa seperti beberapa orang komen dalam confession sebelum ni. Aku masih tiada kekuatan diri. Aku tidak malu dengan tittle janda tapi aku tak cukup kuat. Memang aku dah nekad.

Tapi dalam keadaan mental aku sekarang, aku terlampau overthingking sehinggakan pelbagai cabang jalan aku create.

Sedangkan satu jalan pun aku tak bertindak. Pada sesiapa yang ada depression mungkin dia faham keadaan aku sekarang. Aku juga ada bagitahu family aku sendiri untuk bercerai tetapi mereka hanya diam. Setuju tidak bantah pun tidak.

Cumanya mereka mengingatkan aku untuk berfikir lebih dalam. Aku takut untuk buat keputusan sekarang sebab aku takut aku kehilangan sokongan daripada ahli keluarga aku sendiri.

Maaf semua confession aku panjang lebar. Aku ada terbaca 1 komen.. “kisah macam ni pun nak confess?”

Untuk makluman korang. Semua kisah ni aku pendamkan sendiri sehingga memakan diri aku. Aku meluah, aku dipersalahkan. Aku tak meluah, aku juga dipersalahkan. Aku bertindak, katanya penting diri. Aku bertahan, katanya aku bod*oh tak sayangkan diri.

Sebelum ni aku asyik jumpa tempat meluah yang salah. Yang memakan diri aku dikemudian hari. Mungkin nasib aku yang malang. Jadinya aku ambil keputusan untuk meluah disini tanpa seorang pun tahu siapa diri aku yang sebenar.

Terima kasih pada yang sudi baca.

Terima kasih pada komen² murni dan kata semangat.

Terima kasih juga pada komen² negatif yang sudah celikkan mata aku sedikit sebanyak.

Akhir kata dari aku. Aku minta maaf pada semua di atas kebod*han aku yang tak masuk akal dalam membuat keputusan.

– Minah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *