Assalamualaikum semua, nama aku Avkila (bukan nama sebenar) dan berumur hujung 20-an, dah berkahwin selama setahun, belum dikurniakan rezeki anak.
Aku terima nak kahwin dengan suami pun sebab dengan niat kononnya nak bercinta selepas nikah. Dan bukan suami yang ajak aku kahwin ni tapi keluarga si suami yang nak aku kahwin dengan anak mereka.
Suami aku gelarkan Ujang, sebenarnya baru saja patah hati selepas dia putus dengan kekasihnya, Suri. Sebenarnya, mak Suri belum bagi si Suri ni kahwin Sebab mak suri nak si Suri tu ada kerja tetap dulu, itu salah satu syarat mak Suri.
Kata Mak Suri, Sebab dia nak Suri tu ada masa depan dia dulu baru kahwin. Suri sebenarnya memang nak sangat kahwin dengan Ujang tapi mak nya belum bagi lagi walaupun Ujang dah bekerja tetap.
Mak Suri kata dia risaukan Suri, yang baru saja graduate, dia mengharapkan anaknya ada pekerjaaan tetap sama seperti Ujang. Ujang ada bagitau mak Suri dia boleh dan sanggup tunggu Sebab dia betul betul sayang Suri tu.
Sebenarnya Mak Suri tu tak nak Suri Jadi macam dia. Sebab Mak Suri baru sahaja bercerai dan ayah dia kahwin lain tak pernah ambik peduli dah pasal Suri dan mak dia. Sebab itulah Mak Suri nakkan Suri tu ada kerja sendiri dan kewangan sendiri.
Mak Suri pun sebenarnya memang restu hubungan dia dengan Ujang tapi memandangkan Suri tu baru je habis graduate, Suri kena kerja dulu.
Aku dapat rasa kan yang hubungan dorang ni sangat sedih, tak kesampaian dan terputus di tengah jalan.
Mak Ujang ni tak menyabar nak kahwinkan si Ujang walaupun Ujang sebenarnya berkeras nak tunggu Suri tapi Mak dia tak nak tunggu.
Aku terima Ujang ni sebab aku kenal dia, kami berjiran dan dulu pun aku pernah crush dengan dia, dan aku fikir boleh lah bercinta lepas nikah.
Apa yang aku perasan, semasa sesi photoshoot, muka dia tak pernah happy pun hanya tersenyum kelat. Bila aku belek semula, hanya aku je yang senyum happy beria ria. Mungkin dia masih ingatkan Suri. Aku pun mencuba untuk faham.
Sampai nya di rumah keluarga dia, aku dan Ujang tu tersangatlah awkward. Rasa asing sangat. Kami pun Pjj selepas seminggu kahwin tu. Tak ada honeymoon atau apa. Dia hanya lebih memikirkan kerjanya selepas kami kahwin.
Selama setahun, kami tak pernah ada deep communication, dia tak pernah sentuh aku. Kadang, aku ada tanya dia mengenai Suri.
Dia kata Suri tu perempuan yang sangat baik, lemah lembut dan sopan. Dia faham kenapa Mak Suri nak Suri tu ada kerja sendiri lagi pun dia satu satunya anak perempuan yang diharapkan oleh ibunya.
Tapi aku dapat rasa kan yang Ujang ni masih belum move on. Dan aku rasa macam aku pulak yang Jadi penghalang dorang kahwin.
Dan sejak kami kahwin, Ujang ni jarang lah nak call aku, chat aku. Apa tau lagi video call masa Pjj ni. Chat pun ala kadar je setakat bagitau pergi kerja. Tak pernah nya dia tanya aku, tak ada dia nak ambik peduli pasal aku.
Entahlah aku dapat rasa instinct aku ni macam dah lain, aku selalu rasa ragu ragu jugak dengan dia dan perkahwinan ni. Dia selalu compare aku dengan Suri. Lebih lebih lagi sebenarnya aku ada masa silam yang sangat kotor.
Aku akui aku memang sejenis yang sosial. Dia dapat tahu benda tu selepas kami kahwin. Mungkin Sebab itu, dia selalu bandingkan aku dengan Suri.
Dah setahun ni pun tak pernah lah dia sentuh aku. Kadang aku rasa sedih, kadang rasa penat Sebab rasa terperangkap dengan perkahwinan ni.
Ujang sendiri mengaku, tak semudah itu nak move on dari Suri. Dia masih ada dalam hati aku.
Aku rasa tak sedap hati, sebab feeling aku mengatakan yang dia masih contact Suri tu. Mungkin juga Suri pun masih belum move on. Sebab dorang putus pun bukan kerana orang ketiga. Putus di saat masih saling mencintai tapi Mak Ujang yang tak nak tunggu si Suri tu.
Dan, baru baru ni…
Dia ada balik, cuti selama seminggu. Masa dia nak ke tandas, aku curi curi tengok phone Ujang. Dan ye, betul. Firasat aku tersangatlah betul. Dia masih berhubung dengan Suri. Dari Log call dia pun, lagi banyak dia call Suri berbanding aku.
Sebenarnya dari awal kahwin, selepas dia asyik bandingkan aku dengan Suri. Kami bergaduh, aku asyik cakap cerai dengan dia. Tapi tu lah, aku rasa dia tak nak lepaskan aku sebab baru berapa bulan kahwin masa tu.
Mungkin dia nak jaga air muka dia dan keluarga dia. Sebab itulah, aku rasa sangat penat, terperangkap dalam perkahwinan ni.
Dan, sebenarnya aku yakin. Ujang pun rasa benda yang sama. Jiwa dia tak tenang pun sepanjang kahwin ni.
Aku tak tahu siapa yang Salah. Tapi dalam diam sebenarnya aku pun geram dengan Mak Ujang, mak mertua aku lah yang sekarang ni.
Aku rasa Mak Ujang yang salah jugak dalam hal ni. Dah tahu anak dia sayang kan orang lain tapi Kenapa dia yang beria ria nakkan aku jadi menantu dia.
Masa merisik tu, Ujang tak ada pun datang. Tapi aku juga yang bodoh kenapa lah aku terima di saat aku tau Ujang masih patah hati.
Aku ingatkan Ujang boleh lah setia Sebab dah kahwin kan. Aku cuba percaya yang dia akan ingat tanggungjawab dia dan setia dengan perempuan yang bergelar isteri. Tapi, ternyata tidak.
Setiap kali dia balik, hubungan kami tak pernah bahagia pun. Asyik bergaduh sebab benda ni. Aku rasa penat, aku menyalahkan keluarga dia. Aku rasa diperbodohkan.
Dan Ujang tu tetap dengan ego dia, dia kata entah lah sampai bila bila pun tak boleh semudah itu aku lepaskan Suri. Dia terlalu istimewa. Aku tak pernah anggap hubungan aku dan dia putus pun.
Masa aku kerja shift malam hari tu. Dia sempat jumpa lagi dengan Suri tu. Aku tak boleh nak salahkan Suri. Sebab Suri masih sayang dia, Ujang pun sayang dia. Aku tak tahu lah siapa yang salah sebenarnya?
Mungkin Ujang kahwin hanya setakat nak puas kan hati mak dia ke. Aku yang bingung pulak sekarang ni. Aku pun macam tak ada hati dah dengan Ujang ni. Hubungan kami banyak gaduh je, bertekak je memanjang.
Aku pun start bandingkan diri dengan Suri sebab Ujang sendiri yang selalu puji Suri di depan aku sebagai isterinya. Aku rasa status kami ni sebagai suami isteri hanya lah sebagai status saja.
Di awal awal kahwin je aku rasa berbunga hati Sebab kahwin dengan crush aku zaman dulu. Tapi, aku hanya dapatkan orangnya, bukan hatinya. Pemenangnya tetaplah Suri.
Kalau korang di tempat aku, apa yang patut aku buat. Tapi aku yakin rata rata pun akan cakap lepaskan dia.
Hmm Aku pun rasa benda yang sama. Jiwa aku tak tenang, aku macam susah nak percaya dia sebab dia masih berhubung dengan Suri dan masih ber jumpa dengan Suri dalam diam.
– Avkila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apa kata discuss dgn husben ttg poligami.. then cuba berkenalan dengan suri.. kalau rasa ok, mungkin boleh cuba.. berdamai dgn takdir bukan lari
Dia bukan pasal poligami ke apa. Dia pasal suami tak tunai hak isteri, kawin sekadar puaskan hati mak. Better isteri tuntut fasakh. Just let go. Jangan zalimi diri, sayangilah diri anda. Apa² pun isteri, istikharah dan bincang dengan keluarga atau kalau tiada keluarga, bawalah ke pejabat agama.
Ibu saya pernah cakap, kalau nak cari suami carilah someone yang betul2 boleh sayang kita. Beware dengan lelaki yang terutamanya pernah ada cinta hati dulu. Lelaki ni cara dia sayang perempuan, lain. Sekali dia sayang, sampai mati dia susah nak move on. Perempuan macam kita ni pula, kalau bercerai mati mahupun hidup, walau susah pada awalnya kita tetap boleh move on dan dapat someone else. Lelaki ni kalau dia kata move on, belum tentu betul2 move on.