Bertahan atau Pergi?

Assalamualaikum semua. Firstly aku nak ceritakan serba sedikit tentang diri aku. Aku masih single, berumur 30an dan tinggal bersama ibu dan ayah.

Tujuan aku hantar confession ini adalah untuk minta pendapat korang semua tentang masalah yang aku tengah hadapi sekarang ni. Aku dalam dilema sama ada mahu berhenti kerja atau meneruskan kerja di tempat kerja sekarang.

Untuk pengetahuan korang, aku bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta dan boss aku melayu. Aku suka dan sayang sangat dengan pekerjaan aku sekarang ni. Walaupun gaji tak tinggi dan aku tak pernah dapat bonus walaupun dah hampir tiga tahun aku bekerja di situ aku masih tetap bertahan mencari rezeki di situ. Walhal aku tahu jumlah keuntungan syarikat yang masuk setiap tahun dan tak menjadi masalah pun kalau boss aku beri bonus kepada pekerjanya yang tak sampai 20 orang tu.

Bukan aku tak berusaha mencari kerja lain. Aku usaha dan banyak kali aku pergi menghadiri temuduga kerja. Tapi nasib tak menyebelahi aku dan rezeki aku masih lagi di tempat kerja sekarang. Dalam banyak-banyak temuduga yang aku pergi, ada company yang terima aku bekerja tapi gaji yang diberi sama dengan gaji aku sekarang dan ada juga yang tawarkan gaji lebih rendah dari gaji tempat aku bekerja sekarang ni. Jarak dari rumah ke tempat kerja tersebut pula lagi jauh kalau nak dibandingkan dengan tempat kerja aku sekarang ni.

Nak dijadikan cerita, kemuncak kepada masalah aku ialah sikap rakan sekerja aku yang mempunyai penyakit hati. Tak boleh orang lebih sikit dari dia, seorang yang bossy, seorang yang sentiasa berfikiran negatif dan seorang yang suka bercakap kasar. Dia bersikap kurang ajar dan biadap dengan orang lain tak apa. Kalau orang lain bersikap kurang ajar dan biadap dengan dia, dia tak boleh terima.

Kalau tak kerana aku sabar dengan sikap dia selama ni, aku pun tak mampu untuk terus bekerja satu bumbung dengan dia. Rasanya dah lama kot aku tak kerja kat situ disebabkan sikap dia tu kalau aku tak sabar. Dia juga sejenis yang tak membantu meringankan beban rakan sekerja malah membebankan aku dan rakan sekerja aku yang lain adalah. Untuk pengetahuan semua, kerani kat situ tak ramai pun, 3 orang sahaja termasuk aku.

Kenapa aku cakap dia tak meringankan malah membebankan?? Sebab semua kerja dia tolak kat aku dan kawan aku yang lagi sorang tu. Selagi boleh tolak dia tolak. Tapi kerja aku dan kawan aku, sekalipun dia tak tolong dan tak nak ambil tahu langsung. Kalau dia tanya pun, itu sebab boss dan lady boss aku yang tanya. Kalau dia tolong kerja kitaorang pun, itu pun sebab dia terpaksa dan aku pun tak nampak keikhlasan dia membantu kitaorang.

Rasanya lebih baik dia tak membantu dari dia membantu. Sebab menyemak, menggeruhkan dan menyerabutkan keadaan. Aku prefer buat kerja tu sendiri daripada ada campur tangan dari dia. Baru-baru ni ot aku dan rakan sekerja aku yang lain lebih banyak dari dia. Dia menyindir ot kitaorang banyak. Aku malas nak cakap banyak sebab pasti ada pertengakaran nanti. Dan aku tak suka bertikam lidah sebab dia sejenis yang nak menang sahaja. Aku masih lagi bersabar.

Masa dia menyindir tu aku dan rakan sekerja aku tengah berperang siapkan kerja. Sebab sekarang kerja tengah banyak. Korang boleh bayangkan tak macam mana terganggunya emosi dan mental kitaorang menghadap sikap dia tu. Dia sendiri tahu kerja kitaorang tengah banyak sekarang, jadi kenapa perlu sindir macam tu. Dia cakap kalau dia perlu kerja lebih masa, kadang-kadang dia tak claim ot. Itu masalah dia kalau tak nak claim ot. Tapi kenapa sampai nak membabitkan aku dan rakan sekerja aku yang lain sampai perlu menyindir.

Ada sekali tu kerja tengah pack, tiba2 dia datang bawa perkhabaran yang boss cakap aku ni tak tahu dan tak pandai buat kerja sebab dokumen yang boss aku perlu bawa tak lengkap semasa berjumpa dengan seorang pegawai. Salah aku ke kalau sebelum hari kejadian, aku call pegawai tersebut susah nak berangkat. Aku hantar whatsapp kepada pegawai tersebut susah dia nak balas. Banyak yang aku nak tanya tapi tiada respon dari pegawai tersebut. Bila dokumen tak lengkap aku yang dipersalahkan. Adil ke macam tu. Korang rasa benda tu adil ke untuk aku dipersalahkan sebegitu rupa.

Kerja aku ni kadang-kadang memerlukan aku untuk keluar ke banyak tempat. Kalau korang nak tahu, tiada kenderaan company yang disediakan untuk kerani keluar. So nak tak nak, kitaorang terpaksalah guna kenderaan sendiri. Dan kalau korang nak tahu, duit minyak yang company bagi memang fixed. Tak kisahlah pergi banyak tempat macam mana pun still dapat jumlah duit minyak yang sama. Sebab duit minyak yang diberi tidak mengikut millege. So korang faham-faham la sendiri. Kos tayar dan minyak hitam siapa yang tanggung kalau bukan kerani sendiri.

Disebabkan bosan dengan situasi sekarang sehingga menganggu emosi dan mental aku untuk terus bekerja di situ, boss yang tak menghargai pekerja dan walaupun sampai ke hari tu aku masih lagi belum menerima tawaran kerja di tempat lain, awal bulan april hari tu, aku gigihkan juga diri aku untuk hantar notis berhenti kerja sebulan. Dan aku hanya mampu berserah dan bertawakal kepada allah s.Wt nasib aku selepas ni yang akan menjadi penganggur terhormat.

Selepas tolak cuti tahun yang masih lagi berbaki beberapa hari, aku tak perlu tunggu sebulan untuk stay kat situ. Boss aku ada bertanya apa masalah aku sampai kan aku tiba-tiba hantar notis tanpa sebarang sebab. Aku beri alasan aku nak merubah angin dan cuba suasana kerja di tempat lain dan aku dapat tawaran bekerja di tempat lain yang lebih baik. Aku tak mampu nak berterus terang sebab sebenar aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja di situ. Sebab pasti ada hati yang terluka dan ada yang meroyan. Dan aku buat keputusan untuk beralah. Dia minta aku pertimbangkan semula keputusan aku kerana kerja tengah laju dan banyak sekarang dan aku pula dah lama bekerja di situ.

Tiga hari sebelum tarikh notis aku bekerja di situ berakhir, ada seorang kerani baru masuk menggantikan aku. So dalam masa tiga hari tu aku perlu ajar dia semaksima mungkin kerja-kerja yang aku dah buat selama tiga tahun ni selain aku perlu handover kerja yang berderet dan kebanyakannya urgent. Korang boleh bayangkan tak keadaan aku masa tu. Aku rushing mana nak ajar dia dan dalam masa yang sama kena settlekan kerja yang urgent.

Bila tarikh notis aku dah tamat, aku dapat info, yang kerani baru tu diberhentikan kerja atas faktor-faktor yang boss aku tak boleh terima. Korang boleh bayangkan tak perasaan aku masa tu. Aku tak tahu nak cakap apa. Masa hari yang sama, ada lagi kerani baru yang diterima bekerja dan kerani tersebut akan mula bekerja keesokkan harinya. So nampaknya aku kena ajar kerani baru dari awal macam kerani sebelum ni. Korang boleh bayangkan tak perasaan aku masa tu. Tapi aku datang office untuk ajar kerani baru tu aku dibayar. Maksudnya aku boleh claim ot.

Boss aku panggil aku lagi. Dia masih mengharap jawapan dari aku supaya aku menarik balik keputusan aku. Aku nampak boss aku perlukan aku tapi dia tak offer untuk naikkan gaji aku pun. Tapi dia still mengharap untuk aku terus bekerja di situ. So dia bagi lagi masa satu hari untuk aku berfikir.

Pada pendapat korang, perlu ke aku kembali bekerja di situ atau tetap dengan keputusan aku untuk keluar dari situ. Aku sayang kerja aku dan jarak rumah aku ke tempat kerja aku dekat je tapi aku tak sanggup lagi bekerja dalam keadaan emosi dan mental aku terganggu. Perlu ke aku berterus terang sebab sebenar aku nak berhenti iaitu tak tahan dengan sikap rakan sekerja aku tu.

Kalau aku berterus terang, aku takut nak hadapi benda yang mungkin akan berlaku nanti. Mesti rakan sekerja aku tu meroyan. Dan entahlah aku tak nak bayangkan kemungkinan yang akan berlaku nanti. Aku takut. Aku harap korang dapat berikan pendapat dan nasihat untuk masalah aku ni.

Last but not least, terima kasih sebab sudi baca sampai habis dan terima kasih juga yang sudi memberi pendapat dan nasihat. Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

– Cik Manis

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *