Bertahan Atau Pergi?

Hi semua. Aku Rafflesia. Aku dalam fasa di mana harus memilih sama ada tetap bertahan atau pergi?

Aku sudah berkahwin selama 9 tahun dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Semua masih kecil bermula 2, 4 dan 6 tahun. Kami berdua ada kerjaya masing-masing. Aku bekerja dalam bidang pengurusan dan dia dalam bidang kemahiran.

Kami berkahwin pada usia yang agak muda. Gabungan gaji kami berdua dalam 7k sebulan. Walaupun begitu, kehidupan kami tidaklah mewah mana.

Rumah 1700 (bersama), kereta 800 (dia), pengasuh 1200, bil api air 250, parent dia 250, sekolah 500, minyak 400, tol 200, susu pampers 500, barang dapur 250x4minggu, bil telefon 100.

Setiap bulan baki dalam akaun masing-masing akan tinggal RM50 selepas tolak semua komitmen bulanan. Semua ini kami kongsi bersama. Hidup kami bergantung kepada credit card dan SpayLater. Dapat gaji bayar credit card dan SpayLater.

Alhamdulillah setakat ini tidak pernah culas membayar hutang. Rekod CTOS kami masih cantik. Cuma lepas bayar, next day kami akan guna balik apabila masuk cycle baru untuk elak interest. Sekurang-kurangnya itulah sumber kami untuk meneruskan hidup.

Berjalan dan bercuti? Lama dah tidak pergi. Hanya stay di rumah apabila hujung minggu. Lama kelaman kami burn out. Kerja penat-penat tapi baki semua habis utk rumah dan anak-anak sepanjang perkahwinan.

Tidak dinafikan bergaduh soal duit itu perkara biasa. Lama kelamaan aku redha dan ikhlas untuk sama-sama membantu dia dari segi kewangan.

Tetapi sayangnya, dia semakin tertekan. Dia merungut bahawa duitnya ibarat touch and go. Aku cuba untuk tenangkan dia tapi dia masih mempertikaikan komitmen bulanan. Aku penat. Seolah-olah aku tidak membantu dia.

Jujur aku katakan bahawa aku sangat² penat. Dan aku faham dia pun sama. Kami pergi kerja sekali. Awal pagi pergi, balik pukul 9.00 malam sampai di rumah.

Aku balik rumah sambung urus rumah sampai pukul 11.00 malam. Pukul 5.00 pagi aku akan masak bekal kami semua dan itulah rutin setiap hari. Weekend duduk rumah untuk uruskan apa yang patut untuk minggu depan. Letihnya jadi seorang ibu, isteri dan bekerja.

Masuk tahun ke 5, ujianku bertambah berat. Dia sudah mula kantoi bermain j*di online dan layan p*rno. Mungkin sebelum ini aku tidak perasan. Apabila kantoi, memang kami bergaduh besar dan hampir bercerai. Aku tidak boleh terima semua itu.

Tetapi dia pujuk dan aku pun cair. Tetap meneruskan hidup seperti biasa dan sejak itu ada saja benda yang kantoi dengan aku sampailah hari ini. Kali ini ditambah pula dengan pil k*da. Aku sudah tidak mampu untuk marah. Letih dan kecewa. Janji nak tinggalkan tapi buat lagi.

Aku rasa sudah 3 kali aku ugut minta cerai dan sudah 2 kali pergi pejabat agama untuk fast track cerai. Tapi gagal dan ada saja syarat yang tak lepas. Ditambah pula Aku bodoh, takut dan tidak yakin akan kehidupan selepas bercerai.

Anak-anakku masih kecil. Kami sama-sama tanggung komitmen membesarkan anak. Aku risau kalau dia lepas semua tanggungjawab pada aku seorang. Aku tidak yakin dia mendidik semua anak-anakku.

Kelebihan dia:

1) Ayah yang penyayang dan semua anak-anakku manja dengan dia.

2) Boleh diharap untuk uruskan anak-anak seperti mandi, makan, buat susu dan basuh ber*k anak. Bantu buat kerja rumah tapi perlu disuruh. Kalau inisiatif sendiri memang tak la.

3) Penyabar dan bukan panas baran. Bukan kaki pukul.

4) Berbudi bahasa dan sangat² menghormati orang tua.

5) Anak yang baik sebab dia bukan jenis melawan dan tidak pernah tinggi suara pada ibu bapanya.

6) Karakter seorang yang penyabar.

Kekurangan dia :

1) Soal agama memang lemah. Solat belum sempurna. Masih belum boleh untuk imamkan aku sehingga kini. Bacaan anak-anak lagi baik daripada dia.

Aku dah cuba ajar tetapi dia susah nak berubah. Solat bila rasa nak solat. Aku sangt² frust kat sini. Aku betulkan solat dia, aku ajar dia mengaji iqra. Bab agama aku terpaksa jadi ‘ustazah’ sebab aku nak kami sama-sama ke syurga.

2) Main J*di online

3) Tengok p*rno. Aku terasa macam dihina secara halus.

4) Ambil P*l K*da untuk kekuatan b@tin katanya. Weekend, Kadang² malam tak tidur. Siang rajin bantai buat kerja rumah.

Kekurangan aku:

1) Panas baran. Tidak sabar dengan anak dan akan pukul anak apabila anak aku buat hal. Anakku 2 lelaki, satu perempuan. Anak ketigaku autism. Aku dalam fasa untuk belajar mengawal baran. Aku banyak belajar semasa terapi autism daripada pihak hospital.

2) Aku mula hilang respect pada dia sebab segala masalah, aku yang terpaksa fikir dan selesaikan. Aku yang banyak membuat keputusan sehingga aku tidak nampak dimana dia sebagai ketua keluarga.

Sudah banyak kali aku cuba serahkan beban masalah kepada dia tapi dia gagal untuk uruskan dan akhirnya aku terpaksa menanggung t*hi atas kegagalan dia membuat keputusan.

Di office aku stress dan dirumah pun aku stress. Aku rahsiakan beban masalah ini dari pengetahuan keluargaku. Aku tidak mahu keluargaku membenci dia. Masalah ini hanya keluarga dia saja yang tahu.

Aku dan dia sangat-sangat berbeza. Keluargaku sangat menekankan soal hidup berlandaskan agama, tegas dan berprinsip. Keluarga dia pula berfikiran terbuka. Masalah yang aku nyatakan itu seolah-olah perkara biasa terjadi dalam kalangan mereka adik beradik.

Mungkin ibu bapanya juga sudah tidak berdaya untuk menasihati anak-anak dewasa yang degil dan tidak mahu berubah. Aku frust disitu.

Dulu aku fikir dengan sifat baik dan penyayang semulajadinya boleh mengubah dia ke arah hidup sebagai seorang islam. Kononnya aku boleh binbing dia. Kelakarkan. Tetapi aku salah. Karakter baik dan penyayang saja tidak cukup.

Hubungan aku dengan keluarganya sangat-sangat baik dan tidak pernah aku merasa kurang dengan layanan mereka. Malah aku dapat merasakan bahawa aku antara menantu dan ipar kesayangan mereka.

Mereka tetap berpihak padaku ketika dia buat masalah. Mereka juga main peranan untuk menasihati dia. Aku bersyukur sangat-sangat bahagian itu.

Sekarang ini dia dah kantoi sekali lagi dan mungkir janji kali ke berapa entah. Aku penat menangis. Apa yang bermain difikiran aku adalah :

1) Patut ke aku bercerai? 3 perkara itu memang aku tak boleh terima walaupun dia baik sekali pun. Bukan kaki pukul.

2) Kami share komitmen. Aku risau kalau bercerai dia akan lepas semua pada aku. Aku tak mampu tanggung sorang.

3) Bercerai nanti, siapa nak jaga anak aku? Aku tak boleh jaga anak aku dalam keadaan emosi aku yang baran. Aku risau aku bunuh mereka dan dia pula seronok hidup bebas tanpa menghadap kerenah anak-anak.

Aku ada sejarah bantai anakku sehingga pengsan sebab aku tak dapat kawal baranku dan tidak tahan dengan perangai anakku. Aku sedar aku ibu yang gila dan kejam. Aku sgt² sayang anak² ku tetapi aku bukan seperti ibu² lain. Mungkin aku pesakit mental?

4) Adakah dia berpotensi utk melanggan pel*cur sbb tgk p*rno? Sbb fizikal aku bukan seperti di alam fantasinya. Aku risau penyakit dan ada potensi ke dia jadi pedofilia sbb aku ada satu anak perempuan.

5) Boleh ke orang yang ketagih j*di on9 berhenti dan berubah?

6) Kesan pengambilan p*l k*da boleh merosakkan aku dan anak² ke?

7) Boleh ke aku percayakan dia untuk jaga anak-anak lepas bercerai nanti?

8) Ada harapan ke untuk dia berubah? Dan Bagaimana utk aku bantu dia untuk berubah selain berdoa?

Aku dah byk kali talk heart to heart. Today, jawapan dia, dia dah lunaskan tanggungjawab dia dari segi nafkah zahir dan batin, dia dah habiskan gaji dia setiap bulan semata² hidup dengan kami, jadi aku tak perlu nak ambil tahu dengan apa-apa perkara yang dia buat. Korang rasa?

Aku tau yang aku salah pilih suami. Aku cuba perbaiki sehingga kini tapi gagal. Tolong bagi panduan/nasihat dan bukan kecaman sebab aku memang tak kuat. Pernah terfikir bunuh diri tetapi imanku masih ada walaupun tipis.

Sebagai muslim, hari-hari aku meluah dan berdoa pada Allah agar tetap kuat dan diberikan petunjuk. Cuma aku perlukan bantuan sesama manusia untuk nasihat dan beri pendapat yang matang. Terima kasih.

– Raflesia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Ko pon tak berjaya buang sikap panas baran ko yang melampau, sampai pukul anak sampai pengsan?

    Dalam masa yang sama ko expect laki ko dapat buang semua sifat buruk dia.

    Ko ada kelemahan, dia ada kelemahan. Tapi ko baran dan dia penyabar. Maksudnya Allah dah sangat adil. Dia tak bagi apa yang ko nak tapi apa yang ko perlu. Allah hadirkan dia untuk ko untuk bantu ko jaga anak2 dengan sabar dan Allah hadirkan ko untuk bantu dia berubah.

    Korang dua2 perlu berubah. Tapi ko kena start dengan diri ko dulu. Sebab tu je yang ko boleh buat. Untuk laki ko, ko hanya perlu berdoa supaya Allah lembutkan hati dia untuk berubah jugak. Ingat hati manusia ni Allah yang pegang.

    Kalau ko bercerai, ko sendiri takde keyakinan untuk hidup sendiri dengan anak2 dengan baran yang tak terkawal. Kalau ko berkahwin lain adakah ko rasa boleh dapat lelaki penyabar lagi dan mentua, ipar duai yang baik. Rezeki datang pelbagai cara, begitu jugak ujian.

    Berubah ni tak senang tapi kalau Allah bantu tak mustahil. Lelaki yang dah merokok 30 tahun, tiba2 dia rasa nak berhenti, dan terus berjaya berhenti ada je. Dan ada jugak orang yang baru semalam start hisap rokok dan terus ketagih hisap sampai mati. Jadi point dia takde apa yang mustahil. Kunci dia kita mintak pada ALLAH.

    Nasihat ni sebenarnya untuk diri aku sendiri. Tapi aku share sini kalau-kalau ia bermanfaat untuk ko.

  2. dah mula porno, judi online, dadah : jawapannya angkat kaki je la. Dengan dadah ni, boleh jadi lebih teruk. bab agama pun lemah. takda nilai yang positif la suami tu

    • penulis tau tak pil tu sama ja macam dadah yang lain? nasib kau macam hujung tanduk tau. tambahan ada anak perempuan.. lepas cerai minta perintah mahkamah supaya nafkah anak dia kena bagi bukan kau tanggung seorang diri. Bab keluarga mertua yang baik tu, kalau bercerai pun, takkan berubah. masih boleh kekal baik. dan lagi satu mungkin baik sebab tau anak diorang yang masalah. dah kau je yang kawin dengan anak diorang. porno tu mungkin boleh diselamatkan lagi. tapi bab judi bab dadah, SUSAH.

  3. Aku baca pun penat. Tapi apa yang boleh aku simpulkan, dia tak sayang kau pun. Dengan Tuhan dia tak sayang, diri sendiri pun tak sayang apatah lagi orang lain kan. Buat la solat istikharah banyak2 sampai dapat jawapan berat ke arah mana.

  4. Betulkan bab ‘silat’ tu dlu, dan berdoa selalu serta istiqomah, insha Allah akan slow2 dpt momentum kekeluargaan tu nt.. minta maaf, ustaz selalu ckp, kebanyakan family yg ‘berantakan’ ni, sbb x slesai dari segi solat.. ditambah pula dgn tengok po*n, judi n pil ku*a, suma tu akn jd perosak r/tangga.. klaw org ckp sruh cer*i jer, memangla senang ckp, sbb diorang pandai bg pendapat.., tp yg nk tanggung awk, katala awk dpt penjagaan ank2, dia cuma amk ank2 mse weekends, awk nk tanggung semuanya, nk antar ank2 skolah & blanja yg lain2 lg, kerja2 rumah dll.., mmg la dia bule bg nafkah, tp stakat yg ‘raw’ je, itu pon x ckup.. ibarat dia hanya bgi duit utk pergi pasar, tp yg pergi bli, masak, jaga ank suma nt awk juga, nk kerja lg, nt mse kualiti dgn ank2 xde.. klaw nt awk ‘burn out’, stress n anxiety, ank2 yg akn jd mangsa.. let’s say bhg ank2, yg lelaki dduk dgn dia (yg pompuan toksah la, sbb takut dia slalu tengok po*n tu, pedo kat ank2 plak..), nt ank2 ‘terpisah’ plak, klaw dia or dua2 kawen lain, ank2 akn kna ‘adapt’ hidup dgn ibu or bapa tiri.., klaw ok xpe la, skrg bnyak je ayah or ibu tiri yg ‘dera’ ank, sbb x suka.., macam2 bole jd.. so, klaw sayangkn famili awak, jaga n baiki keadaan skrg, msih belom terlambat, fikir pnjang n jauh ke depan, kesian kat ank2, kehidupan mrk msih ‘jauh’ lg.. tentang tabiat po*no, judi n dadah tu, sepatutnya jgn ‘mula’ jer dlu, sbb bla dah ‘ketagih’, mmg susah nk pth blk.. dptkan Bantuan professional or berubat n bertaubat betul2, mmg sukar, tp cba la ‘slow talk’ elok2 dgn suami tu, jgn mrah2 n baran.. tnya dia n sedarkan blk, apa tujuan sbenar dia kawen dgn awk dlu, n knpa dia buat semua tu, kan tu suma melibatkan ‘kos tambahan’, sdgkan income u all pon mmg ckup2 utk kperluan asas setiap bln.., infact klaw nk betul2 ckup or ada lbh utk mnyimpan atau bercuti sksli skala, mngkin salah sorang or dua2 kna cari ‘side income’, yg ni kna bincang betul2, supaya mse dibahagi dgn kerja tambhan d samping kna ada quality time dgn family.. tulah psal, klaw nk citer bab family ni, 3 hari 3 mlm pon x abis2.., tu psal la ni ramai org muda yg ‘prefer’ hidup solo, gaji utk kegunaan sendiri je, klaw x ckup, ikat perutla, or puasa, org ln x tahu pon, klaw ada ank, dia pandai nangis je klaw lapar, mk bpak la yg akn ‘tension’.. org bujang slesaikan la msalah sendiri, abis2 cari mk bpk or siblings utk mntak tolong.. org dah ada family kna cari solution dgn psangan dlu, sbelom libatkn pihak luar.. apa2 pon, ingatlah Allah sentiasa ada, mengadu lah dgn Dia, dan jgn putus asa dgn berdoa agar yg baik2 akn berlaku, or at least dpt ‘bertahan’ jika diuji dgn prkara yg x diingini.. sya doakn semuanya selamat dan dipermudahkn.. insha Allah..

  5. Sis awak yang lagi beragama dan x makan pil kuda pun boleh cederakan anak. At least suami awak x cederakan anak. Jangan tertipu sis, ramai je lelaki kt luar sana yg beragama tapi x bertanggungjawab. Korang ni sebenanrnya tgh burnout. Cara korang release stress berbeza. Awak; marah2, mengamuk. Suami; pil kuda, p*rn, judi. Carilah cara nak kurangkan stress. Ada benda x perlu fikir bnyk sangat, just hadap je. Semoga dimudahkan urusan.

  6. Buang masa jer nasihat mak-mak yang jenis lebih sayang suami dari anak-anak sendiri. Dah tahu suami tak berguna beranak sampai 2,3, jenis mak-mak tak berakal. Menyiksa anak-anak, menyusahkan anak. Kalau anak-anak dah besar dengan mak yang kuat aniaya anak, bapa penagih, dedua bagus dihumban ke longkang, tak ada nilai.

    Anak tak bersalah dipukulnya, suami perangai macam babi dibiarnya. Tahu pulak salah pilih suami, sedar pulak pilihan dia pilihan paling bodoh di dunia. Lepastuh nak lepaskan tekanan bantai anak yang tak bersalah. Sekufu lah tuh suami perangai babi, isteri pun babi juga. Dua-dua malapetaka pada anak-anak.

    Tahu sendiri miskin, suami pun miskin, jenis cukup-cukup makan. Eh tetap juga tak nak rancang keluarga. Mesti jenis bila orang nasihat tak nak dengar, jenis berlagak besar kepala, bila dah nak melingkup baru nak minta nasihat, nak play victim. Patut berjodoh sebab dua-dua bodoh. Papa kedana tapi nak nampak bergaya.

    Lelaki nya miskin bodoh, yang perempuan pun sama miskin bodoh, yang jadi mangsa anak-anak dapat mak bapak miskin bodoh. Anak tak buat salah kena bantai, bapa perangai macam babi kena sentuh pun tak. Kesimpulannya perempuan bodoh sayang kat suami bodoh. Langsung tak sayang anak-anak. Macam mana kau siksa anak-anak kau, layaklah hidup korang tersiksa. Layaklah hidup suami melingkup. Dosa dosa dari tak jaga anak-anak dengan baik. Cash korang dapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *