Bertahan Atau Tinggalkan?

Aku dah berkahwin selama 5 tahun & dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Dari sebelum kahwin lagi, aku pernah berfikir samada betul ke tidak keputusan untuk pertaruhkan hidup ku berkahwin dengan si dia. Namun aku teruskan juga sebab aku yakin rezeki lepas berkahwin InshaAllah akan ada.

Suami aku tidak mempunyai sebarang harta. Dari dulu bekerja sampai sekarang cukup makan hidup je. Aku pula kerja sekadar kerani je.

Masa awal perkahwinan, dia mampu lagi untuk berikan nafkah tiap bulan. Sejak dikurniakan anak sulung, nafkah jadi kadang ada kadang tiada.

Bermulalah hidup tak cukup duit makan minum. Setiap bulan ade je duit yang dia akan pinjam dengan aku tapi dia memang bayar balik la bulan depan. Tiap2 bulan pinjam tapi akan bayar balik bulan depan.

Duit gaji dia cuma bayar kan duit asuhan anak, pampers susu anak, beli barang dapur, makan minum & minyak motor. Sedangkan aku kena bayar kereta & sewa rumah.

Setiap kali tengah bulan memang aku la bayar segalanya bila dah tak cukup duit untuk menampung beli barang rumah bagai.

Bila dah anak dua orang, lagi la hidup kami diuji. Masalah kewangan memang menguji betul. Gaji dia cukup2 bayar asuhan anak je 2 orang. Dapat je gaji dia memang terus belikan pampers susu anak, barang dapur sikit.

Awal boleh lagi makan kedai seminggu. Bila sampai pertengahan bulan memang sudah tak mampu dah. Aku dah la bayar kereta, bayar servis kereta, roadtax kereta, minyak kereta, sewa rumah lagi, coway lagi, semua atas kepala aku.

Bila akhir bulan je semua atas kepala aku. Dengan gaji yang tak seberapa tu. Kadang sampai terpaksa guna simpanan aku untuk teruskan kelansungan hidup.

Kita sebagai isteri ni kadang rasa la juga nak suami bagi hadiah ke apa. Berkeinginan nak apa suami boleh belikan. Idamkan apa suami boleh belikan. Tapi itu semua bukan untuk aku la.

Suami aku memang tak mampu nak belikan aku beg, kasut, baju semua tu. Emas lagi la jauh sekali. Semua barang yang aku nak semua aku kena guna gaji aku sendiri untuk belikan.

Aku cemburu bila tengok suami orang lain boleh hadiahkan apa yang isteri nak, apa yang isteri nak makan. Aku nak makan makanan yang viral aku terpaksa la beli sendiri. Teringin kek secret pon kena beli sendiri.

Suatu hari tu, aku baru tahu rupanya motor dia dah sekian lama dia tidak bayar berbulan2. Duit di dalam beg aku juga dia pernah ambil.

Aku pelik juga kadang duit aku hilang not 10, not 20 macam tu. Lama2 duit anak pula hilang not 10, not 20. Tapi aku senyapkan aje sebab aku tak kisah sangat.

Bila ditanya, duit untuk dia makan minum minyak motor. Duit anak pon aku yang gantikan balik. Aku terima je takdir aku macam ni mungkin susah2 dulu senang2 kemudian. Marah2 sekalipon lama2 kita akan reda juga maafkan juga dia.

Sampai la satu hari, aku teringin nak tengok barang kemas aku, memang sah hilang! Dia gadaikan barang kemas aku tanpa pengetahuan aku untuk kelasungan hidup kami semua katanya.

Mula2 aku melenting minta dia pergi tebus balik. Memang dia tebus balik selepas dapat gaji. Lama2 marah aku pon reda balik.

Walaupun dia gaji kecik tak mampu nak mewahkan aku. Tapi dia seorang yang sangat baik & bertanggungjawab.

Hampir setiap hari dia memasak, basuh jemur pakaian, hantar ambik anak2, bawa jalan2 makan angin, layan baik orang tua, peramah. Bukan seorang yang baran malah aku pula yang lagi baran.

Aku cuma ingin tahu. Macam ni ke hidup berumahtangga? Bahagia ke kami?

Adakah aku masih kena bertahan, bertolak ansur hidup susah senang bersama? Mengalah dengan gaji dia yang sikit malah aku pula yang kena tampung hidup harian? Nak tinggalkan pon dia bukan seorang yang jahat buat kekerasan.

Bukan tak pernah minta dia cari kerja lain, tapi kerja berapa la sangat gaji seorang kuli buruh tu.

Aku ada baca awal 5 tahun perkahwinan memang Tuhan uji susah dulu. 5 -10 tahun Tuhan uji dengan kestabilan. Tapi aku tengok gaya dia tak nampak bayang akan stabil pon.

– Asma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. itu bukan sahaja asam garam perkahwinan tapi ujian sebuah kehidupan.. mungkin suami memang terdesak sebb nak bagi semua serbi keperluan asas cukup.. dia pun baik dari segi akhlak dan ringa tulangnya.. masalah sekarang hanyalah rezeki dlm bentuk kewangan.. cuba cari cabang2 sumber rezeki lain yang boleh dibuat bersama sebagai extra income mcm affiliate dan sbgnya… jaga hubungan dgn sang Pemberi Rezeki.. bykkan amalan2 sunat yang inshaAllah akan dipermudahkan.

  2. Dik, begitu la lumrah perkahwinan. Sering diuji dan akan terus diuji. Kita bukan kawin dengan anak2 old money. Jadinya mmg tang duit tu akan ada la waktu kita sesak. Selain dari isu duit, ada bnyk lagi nikmat2 lain yg perlu kita syukuri. Allah hadirkan awak suami yg baik, yg rajin membantu kerja2 rumah dan lain2. Bahagia tu terletak pada cara kita menilai sesuatu benda. Ada org bahagia bila dapat beg, kasut dan emas. Ada org cukup dia dan pasangan ada di rumah dan sama2 nikmati makan malam. Bila kita sama2 kurang duit, kita cari la bahagia cara kurang duit. Jgn terlampau melihat kepada material lihat kepada hati budi. Bila sama2 saling redho, insyaAllah akan datang rezeki dari arah yg lain.

  3. Pada aku, sudah ada rumah utk berteduh, makan pakai ada, sudah cukup keperluan asas. Bila bnyk sngt tengok kehidupan org lain yg lebih mewah, tu yg dtg perasaan tak cukup.
    Bersyukur la apa yg kita ada. Allah akan tambah…Yakin janji Allah.

  4. bersyukurlah…dalam berumah tangga ni..kne ada give and take…kne tolak ansur…rezeki kamu dpt dr kerja itu…mungkin reski bersama…jadi jgn la berkira..bukan laki tu pergi berjoli..pergi hisap rokok…bersyukur la…rami lagi yg hidup dgn biawak hidup…hidupp ini perjalanan, jalani lah iya…matlamat hidup aalaah untuk keredhaan Allah…kne redha…bila kita nk harap sesuatu..kita kena beri sesuatu…”Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu saling (kenal-mengenali antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: 13).

  5. Dah kalau gaji korang laki bini bnyk tu je.. belajar control expenses tu. Cut mana yg boleh. Stop tambah anak.

    Coway tu boleh stop. Nak air panas. Masak air. Nak air sejuk buat stock dlm peti ais. Tiap2 hari masak bwk bekal p kerja. Kau cerita situ laki rajin masak. Tgok.. dia pun tau nak jimat mcm mna. Kalau rumah ada tanah.. tanam la sayur sikit mana yg boleh guna. Sambil tu tolong la apply kan kerja lain kat laki tu. Belajar la kawal nafsu nak itu ini. Stop tengok life org lain. Dah cukup baik la laki hang tu kerja nak cukup kan keperluan anak bini. Duit dia habis pun kat anak bini jgk.

    Hang yg pilih nak hidup dgn dia. Patut kalau nak hidup senang dgn mentaliti mcm kau ni.. cari suami kaya raya dari awal. Bukan p tekan suami tu nak penuhkan kehendak kau.

  6. Aku start mula kawen sampai la skrg komitmen yg besar2 sume aku byr.gaji laki aku jauh kecik dr gaji aku.tiap kali aku byr rumah,keta, mkn kt luar, duit bulanan mertua,blanja baju raya sume tu aku niat dlm hati nk sedekah kt laki aku..laki aku lps byr nafkah mkn minum rm 100 seminggu,bil fon aku dan dia,maintenamce umah, belanja sekolah anak ,gaji dia tinggal bpe je.sian laki aku.makan pun bercatu.tiap hari aku msk bekal utk dia.mula tu mmg rasa mcm tk adil sume yg berat2 aku byr tp mengenangkan gaji aku besar dr dia..aku halalkan dan berlapang dada.dulu mula kawen gaji aku 14 taun lps 3k lebih kurang,.dia 1 k lebih je.ms tu senak jugak,dok kl.sume mhl.mkn kt luar pun gi mamak je.tu pun pilih menu plg murah..tp lama2 berkat sabar,sume makin mudah..gaji aku pun dh naik 3 kali ganda.dia pun sama..anak pun dah besar..hari2 kena byk tolak ansur dan masing2 kena tau tanggungjawab .kena sedar jugak yg umah tga ni ujian Allah utk kita lg dekat dgn dia.mmg kdg2 nanges tk dpt apa kita nk tp cpt2 la kita berbalik pd realiti.amalkn doa byk2 tiap hari.aku ni seingat aku,mcm2 doa aku hafal supaya hidup senang sket.Allah tu maha pemberi dan pemegang rezeki.Dia akan beri pd waktu yg sesuai.hanya pd Dia tmpat kita mengadu..moga dipermudahkan rezeki tt dan family.

  7. habis tu kak nak apa ye ? dah cakap cari kerja lain , gaji buruh kecik..hidup je la dgn keadaan skrg..takkan la akak nak lari tinggalkan suami dan anak2 pulak kan..berdosa tu.. cuba la usaha tambah pendapatan , kalau pandai masak buat la delivery food , baking ke apa ke.. penat la nak tlg fikir utk akak..hmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *