Salam semua.. Saya perempuan berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun dari hasil perkahwinan pertama.
Dan ini adalah perkahwinan saya yang kedua selepas 3 tahun bercerai. Saya dan suami kedua berkenalan dalam dating apps.
Pada awalnya memang sudah redflag dimana dia tidak dapat melupakan bekas isterinya. Waktu itu saya tak tahu lagi tentang perasaannya.
Fast forward tentang kecurangan dia bersama ex wife dan beberapa perempuan lain, saya tetap beri peluang atas kata “berilah peluang kedua, semua orang berhak diberi kesempatan untuk berubah”. (Berlaku sebelum berkahwin)
Tapi di tahun kedua perkahwinan, saya tergerak hati untuk check text dia dengan kawan lelaki, rupanya masa birthday dia, dia ada kerumah urut tapi dia tak mengaku, katanya dia tak jadi pergi dan terus balik.
Saya tak tahu nak percaya atau tidak, dan hal kantoi ini berlaku sebelum kami berkahwin lagi. Tapi kenapa Allah tunjuk pada tahun kedua perkahwinan kami?
Suami sudah berubah, dah tak curang. Rajin solat dan baca Al-quran. Saya pula jenis dah tak mahu sakitkan diri sendiri. Jadi saya dah tak pernah check handphone suami kerana nak hidup tenang.
Tetapi suami saya seorang yang susah untuk dibawa bincang dari awal perkenalan.
Sepanjang kami bercinta dan berkahwin saya memang susah nak share hal gembira atau masalah sebab the way dia respond acuh tak acuh.
Dan dia seorang yang sangat susah untuk ditegur. Dia akan cakap saya cuba attack dia. Jadi saya sekarang sudah banyak diam untuk elakan bergaduh.
Kalau dulu bergaduh masih tersisa rasa sayang, tapi tahun lepas bulan tujuh, dalam kereta dia marah saya hanya hal sudu, dan tiba tiba perasaan saya terus mendatar dan hilang.
Saya jadi diam dan perasaan saya kosong sehinggalah sekarang saya sudah mati rasa.
Puas saya berdoa dengan Allah sehingga cerita ini ditulis saya tak give up. Tapi tetap rasa itu tak ada.
Paling sedih suami tahu saya mati rasa tapi tiada effort dari dia, katanya dia sayang saya dan tak mahu berpisah tapi tiada usaha dari dia untuk ambil hati saya. Masih lagi marah dan sukar ditegur.
Dulu waktu dia kata dia masih sayang bekas isterinya saya put effort untuk jadi terbaik. Tapi usaha kami berbeza untuk satu sama lain.
Ada ke pembaca disini mempunyai nasib yang sama?
Saya ok jika masih ada rasa sayang, tapi sekarang kosong tak ada sisa.
Saya bertahan kerana saya risau jika saya tidak cukup berusaha, saya risau yang saya ni jenjs tak bersyukur ke? Saya tak tahu.
Bantu saya pembaca sekelian jika pernah berada dalam situasi seperti saya. Terima kasih..
– Nadia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lelaki ni sekali dua tiga kali dah seronok melanggan ayam atau rumah urut..tak mustahil akan terjebak balik.sebab hawa nafsu dia akan memujuk2 dia ke arah tu semula kalau tak ditegah dgn cara betul.
Dan lelaki kalau dah kerap curang..dia akan ulang benda sama jika memerlukan utk mencurang.Faham kan?cth x dpt layanan yg memuaskan dari bini atau sekadar hobi jaha dia
Jgn la percaya suami sis tu ..kena ada syak wsangka juga agar hati tak hancur kali ke 10…
Kalau dah tkde hati utk apa tunggu lagi sakitkan ht sendiri?ke sis je yg terhegeh2 syg dia?dia tak pon…