Assalamu’alaikum. Moga admin & pembaca sihat & selamat hendaknya. Aku Bunga – bunga yang masih hidup tetapi menyedari wangi, seri, segarnya, semakin menghilang. Namun bila layu & gugurku, hanya Allah yang tahu.
Kalau ikut life expectancy terkini, berpuluh tahun lagi Bunga Hidup ini akan bersama Biawak Hidup. Atau lebih tepat lagi bekas Biawak Hidup. Itu sahaja maklumat peribadi yang aku boleh hint.
Memang seronok baca senarai Confessor baru ni yang membuktikan suaminya bukan Biawak Hidup (aku beri singkatanlah: BIDUP).
https://iiumc.com/tanda-tanda-dia-bukan-biawak-hidup/
Tahniah, Alhamdulillah. Sejujurnya I am happy for her & aku berharap lebih ramai pasangan yang begitu, walau gaji isteri lebih lumayan, suami tak jadi lemau & ambik kesempatan.
Aku tak semak kamus tapi jika BIDUP bermaksud suami tak menyara keluarga, tanggungjawab nafkah tak dilunas, maka sah suami aku pernah jadi BIDUP sebab beras pun tak dibeli selama berbelas tahun lamanya.
Aku sebut benda paling asas, makanan ruji rakyat Malaysia. So kalau yang asas untuk hidup tak disediakan, maka pahamlah sendiri bab bumbung, pakaian, pelajaran, peralatan, kenderaan, semuanya sahih isteri yang sediakan.
Kawan2 aku & sedara yang mengetahui aku hidup dengan BIDUP begitu lama, memang hairan kenapa aku yang bijak atas kertas & bijak bila bercakap, tang berlaki tak pula bijak.
Jadi berdasarkan pengalaman peribadi, aku nak share kenapa aku manusia yang terus hidup dengan BIDUP.
1. Aku dibesarkan dalam keluarga penuh konflik, kurang kasih sayang, parents abusive (seperti kisah wanita yang ok suaminya curang) with psychological issues & adik beradik pakat bawak diri.
So kahwin dalam usia muda bermakna aku dapat escape daripada rumah ibu bapa lebih cepat. Jadi aku bersyukur suami meminang sedangkan dia pun struggle, bukannya gaji besar (RM1100 sahaja) & tanggungan pula besar (kepada keluarga di kampung).
2. Antara sebab dia memilih untuk beralih kerjaya adalah kerana rumah yang aku beli jauh untuk dia berulang.
Ke pejabat aku 30km sehala tapi naik kereta. Untuk dia 130km pergi balik. Sampai dia kerap sakit kerana naik motor tak lindungi dia daripada hujan & pencemaran. Dalam erti kata lain, keputusan keluar company tu adalah untuk kebaikan kami sekeluarga.
3. Dia mencari tapak untuk memulakan sesuatu yang baru. Aku mula2 tu isteri mithali yang jenis sanggup sehidup semati. Tolong carikan kerja, tolong tulis resume, macam2 lagi.
Tapi sampai satu tahap, fed-up bila suami bukan nak dengar nasihat isteri, lebih percaya org lain selain bini jadi aku biarkan dia pandai2 sendiri cuba buat itu ini… aku kira ini fasa pengorbanan. So kami teruskan kehidupan dan aku beranak lagi sorang, anak yang bongsu InshaaAllah.
4. Sikap tak bertanggungjawab menjadi-jadi. Dahlah duit tak beri, masa & tenaga pun kedekut sekali. Perangai pun menyakitkan hati. Aku makin hari makin tak boleh pergi.
Macam2 peristiwa rajuk, gaduh, lari, bincang dengan peguam, buat laporan, sesi Kaunseling, curah perasaan sana sini, bersilih ganti. Siap buat surat sumpah lagi. Dengan saksi daripada both parties. Ini fasa konfrontasi barangkali.
5. Lepas tu aku naik pangkat, kena tukar, makin sibuk, makin ligat, makin tak harap pada laki. Dia pulak berkeras tak nak bercerai, sanggup stay at whatever terms asal kekal laki bini.
So dia setuju aku tak perlu peduli suami sebab aku kata dah tak cinta lagi. Hiduplah aku dengan fokus kepada anak2 & kerjaya. Ini fasa pasrah & tak kuasa.
6. Pejam celik 12 tahun dah rupanya tempoh suami menjadi BIDUP. Aku tengok macam suami ada duit tapi tetap sesen pun tak nak beri. Aku rasa suami aku jaki dengan bini sendiri.
Selagi aku bergaji, selagi tu dia pakai duitnya untuk perkara selain kami. Aku kata enough toleransi! Aku doa banyak2. Aku mohon petunjuk.
And guess what? Aku berhenti!! (ini pun seperti confession seseorang baru-baru ini). Aku selesaikan hutang piutang dan lepaskan jawatan serta paycheck yang aku rasa diidam ramai warganegara tanpa sebarang kesal hingga hari ini.
7. Sekarang ni aku berada dalam fasa merawat hati sendiri & redho hidupku begini, walau hati meronta nak bawak haluan sendiri, Allah takdirkan aku masih bergelar isteri.
Alhamdulillah suami dah tak jadi BIDUP. Dia terpaksa bagi sebab dia yang berkeras tak nak lepaskan kami & aku dah tak earning lagi. Dari luar rumahtangga kami intact tapi actually masing2 buat hal sendiri.
8. Di saat ini selepas membaca macam2 kisah, aku ambik nafas, pikir dengan tenang, aku tahu dalam banyak2 kekurangan suami, dia ada juga kebaikannya (contoh: dia minta maaf berkali2 atas kekhilafan sebelum ini).
Aku juga tahu dalam banyak2 kelebihan aku, tetap ada kelemahannya (contoh: aku keras hati & sarcastic sekali).
9. Aku juga akur Allah penentu jodoh.. even selepas aku buat & cakap macam2, perpisahan tetap tidak terjadi.. jadi aku yakin & pasti hikmah jodoh kami akan aku mengerti eventually… dan mungkin juga ini tarbiyah KasihNya yang abadi..
Akhir sekali, terima kasih Admin & seluruh warga IIUMC sudi beri laluan untukku kali ini. Memang menakjubkan bagaimana confession akhir-akhir ini benar-benar berupa kombinasi kisah hidupku, seolah-olah memanggilku untuk turut confess.
Semoga berbaloi apa yang aku lalui & harapnya sifat Biawak Hidup itu takkan hidup kembali menghantuiku.
Kepada Allah aku berserah.
Alhamdulillah Ala Kulli Haal.
– BUNGA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit